Malam semalam aku bank in balance deposit kepada ex-tenant kakak selepas tolak outstanding api/air, sewa rumah untuk 7 hari [sbb notis keluar rumah di beri pada 7th Jan, itupun selepas aku bertanykan tentang sewa rumah], dan juga upah cuci rumah sebanyak RM50. Hari ini ex-tenant hantar sms mengapa aku deduct RM50 untuk upah cuci rumah. Dgn sukacitanya aku bagi tau yang dorang keluar rumah tanpa bersihkan rumah, peti ais tak bercuci, bulu kucing merata-rata even di dapur, tinggalkan surat khabar lama dan barang2 dorang yg rosak dalam store room, toilet kotor tahap gaban dan dgn kreatifnya lekatkkan bulan bintang sign di siling bilik master room . Aku deduct RM50 ajer, kalau owner lain ntahlah. Menyesal pulak aku cuci semalam, eloknya aku call nurse2 ni bersihkan rumah ini. Lepas tu tanya mengapa aku deduct 7 hari sewa. Dahlah masa masuk dulu aku tak berkira bagi dorang pindah masuk seminggu awal tanpa bayaran. Lagi mahu cakap banyak.
Kakak mengamanahkan rumah ini pada aku jadi kenalah pegang amanah untuk menjaga " hal-ehwal" rumah ini dengan sebaik mungkin. Kalau dilayan memang meyakitkan hati juz buat tak tahu ajerlah . Aku jadikan ia sebagai panduan untuk masa akan datang agar lebih " kreatif melayani " penyewa yang pindah keluar.
No comments:
Post a Comment