Thursday, August 8, 2019

MSS

Tengah memikirkan samada nak ambil tidak MSS yang company buka untuk staff. Dengar citer nak kurangkan banyak jugaklah, almaklumlah banyak branches dah tutup dan akan ditutup dan juga banyak transaksi boleh di buat thru online. Termasuklah banyak kerja yang hendak di outsourcekan..

Pakej yang ditawarkan tak menarik langsung, pada akulah. Tapi kalau yang ada aim nak jadi full time housewives atau houseman bolehlah apply, fokus pada family.

Pada aku sekarang ni tengah explore satu pelaburan baru, tgh dok belajar pasal chart, setahun lebih juga involve, 2x kali gagal dan bangun semula kali ke 3 dengan involvement asben. Attend class2 yang dianjurkan dalam bidang tersebut Alhamdulillah dengan rezeki yang dapat ini melebihi apa yang aku target.

Dah diskus dengan asben untuk beri masa dalam 6 bulan lagi samada mahu ambil mss dan fokus kepada trade, jualan pokok online, kebun limau dan hartanah. Lagipun ada orang tawarkan tanah di hulu langat untuk projek pertanian.

Bukan satu keputusan yang mudah hendak dibuat, macam2 ada dalam kepala ni..

Friday, July 19, 2019

Sejarah Kerja Dgn Orang

Kerja mula2 aku ialah part time pam attendant di Esso masa studny, bertahan selama 10 hari jer terkejar2 nak ke class, sampai demam seminggu. Ingat keja stesen minyak senang ker, macam2 karenah.. 

Lps habis belajar, orang kata kerja tempat saham, duit banyak. mmg betul gaji ciput jer OT berlambak2. kalau larat kerja boleh stayback sampai 3pagi. Dapat boss pulak tengok orang macam nak telan orang. Kerja 3 bulan dorang nak confirmkan, aku bagitau tak nak confirm sbb nak resign. Kena panngil dgn HR, terus aku bagi notis 24jam. Menggangur seminggu dapat kerja di securities di bank rimau. Kerja happy, dapat opismate satu kepala sbb umur almost sebaya, Kerja setahun, resign sebab OT dah kurang sangat. Ayah marah sbb aku resign dari sini. Almaklumlah kerja di securities bank kan. Nampak downlah ayah aku ni. Kerja pulak di rangkaian 24 jam, sbb dapat gaji lebih sikit. Cabarannya ialah kena handle customer2 yg macam2 antaranya pelacur, bapak ayam, gangster, artis2, termasuklah komposer terkenal yg dah berhijrah :)). 

Yang tak bestnya bila handle umat seagama yang beli arak, pernah jugak aku sound " you ni tumpang raya cina ker " handsome2 pulak tu. Boleh gelak2 kat aku. Belum lagi hari valentine beli "cxxxxx". Tu yang tak syoknya walaupun kerja happy... Bila kerja nak masuk 6 bulan, boss nak confirmkan. Aku terus bagi surat resign :))

Mengganggur 3 hari rasanya. Lepas tu dapat kerja di insurance company, kerja sehari jer. apa taknya depan belakang kiri kanan meja2 boss.. esoknya terus tak datang kerja sbb suasana boring sangat2. 

Dapat kerja di bank yang mana bank tu tak wujudnya dah,  kena merged. Minta tangguh seminggu kononnya nak balik kampung, sebenarnya tggu jawapan dari another bank. Endup join 2nd company.  Kat sini kerja dari bujang, kahwin, anak sorang resign. Stay almost 7 tahun jugak.  Bila dah boring kerja disini, masa merger aku resign tanpa pampasan vss. 

Dapat kerja di salah sebuah bank pelaburan, stay sampai lani yg mejangkau 18 tahun dah. Agaknya bila nak resign ni. Jawatan terakhir dalam hidup adalah petani ...haha


 

Wednesday, July 17, 2019

Tanah Turun Temurun

Alhamdulillah dapat berita baik dari pejabat tanah mengenai tanah moyang ke nenek dan ke mak aku dan ke aku bernoktah semalam. Tanah ini tanah teroka moyang dulu, takde geran puluhan tahun sehiggalah mak aku decided minta aku uruskan dengan pejabat tanah dan terus di letakkan nama aku... lebih 6 tahun baru exco negeri luluskan... dah 2 pru baru selesai. kerajaan bertukar baru settle..

Since tanah teroka dapat geran pajakan mukim,, apa2pun geran tu yang penting. kena bayar almost 1k kepada pejabat tanah.

Banyak di kampung2 kes tanah pusaka yang berlapis2 nama, end up takde sapa yang ambil peduli dengan alasan "renyah" nak buat. Sebab tulah banyak tanah orang kita terbiar dan susah nak tentukan hak yang sahih. Adakah hak orang lain pada tanah tersebut. Jadi usahakan selesaikan orang omputeh kata " lets the ball roll  kalau tak roll bila nak jalan kan..


Sunday, June 30, 2019

Gelagat orang

Suka tgk gelagat orang, suka angkat besar. Suka sangat kelentong otang. Citer terbaru adalah mamat ni canang satu dunia di kerja di satu tempat yg gah. Status dalam FB siap tulis kerja di tempat ini... Rupanya kerja cleaner jer pn itupun syarikat kerja dapat kerja contract disitu.

Agaknya cleaner2 kerja tempat aku up status d bamking sektor. Atau pun work at PM office 

Yang diperbodohkan ialah orang2 kampung yg bermatian percaya kat si polan ni
Aduh.... 

Dunia ni kecik jer. Semua di hujung jari jer.

Apa2pun esok aku cuti 7 hari compulsory leave. Tak ambil tak comply pulak dgn bnm nyer rules. . Balik kg tggu durian gugur sambil2 buat kerja kebun.. 

Biar menunduk kebawah walau setinggi mana engkau. Jujur pada diri jujur pada semua dan jangan sesekali mendongak hingakan kau tersadung langgar tunggul....

Monday, May 13, 2019

Jgn Sesekali Bertelanjang di Media Sosial

Kadang2 aku pun nak tergelak2 bila baca posting di media sosial. Macam2 mahu dikongsikan, macam2 tips pun ada, berkongsi cerita benar pun ada walaupun tanpa disedari apa yang dikongsi itu umpama ludah kelangit jatuh ke muka sendiri. 

Cuma ingatkan diri sendiri tidak terlalu obses menunjukkan kisah2 benar yang mahu dikongsi, di war2kan dipertontonkan kepada awam. Mungkin terlalu obses bercerita kejayaan, kecekalan, kesempurnaan hinggakan "menelajangkan" peribadi kita sendiri.

Jangan kerana 1% follower yang like yang response agak berapa banyak berkata "bodohnya ko ".

Btw, hiduplah bersederhana dalam apa jua yang kau mahukan dalam hidup...

Mungkin agak2nya nanti nak minta anak cucu cicit berbangga dengan "ke open an" opah dan atuknya ... mungkin untuk dijadikan pusaka kemegahan warisan ... 





Monday, April 22, 2019

"Gajah pun Boleh Terbang "

Semalam scroll2 FB dah ternampak satu posting mengenai ketidakpuasaan seorang ahli group FB yang agak DIVA, pernah masuk TV, pernah masuk paper, pernah dinobatkan anugerah cemerlang perkhidmatan awam...

Setahun yang lalu dulu si Diva ni pernah screenshot comments aku dalam FB yg mana beliau adalah Admin FB group tersebut. Dia kasi aku popular satu komuniti dan beratus2 comments terhadap si posting DIVA ni..

Dalam FB DIVA ni posting semua transaksi ribu-ribuan, order masuk kiri kanan, almaklumkan DIVA kan..

Last2 aku left group tersebut.. panas hati aku tengok..

Allah nak tunjuk, semalam ada hamba allah ni buat posting siap keluar muka si DIVA ni dengan captured conversation wasap... wah merendah diri down to the earth.. bagitau dia takde duit nak bayar sebab bisnes tak okay.... Agaknya nilah spesis sembang gajah pun boleh terbang tapi hakikatnya ...

Btw jangan kita ainaya orang, jangan kita jatuhkan orang, jangan kita malukan orang sebab kita belum tentu selama-lamanya sempurna...

Thursday, March 7, 2019

salah diri sendiri atau ...

Aku suka tengok orang-orang yang bergaya serba kemewahan, habiskan dengan minat mewah, makanan mewah, kenderaan mewah2 dan hobi mewah, lepas tu mengeluh bila anak nak masuk sekolah takde duit, bila nak renew road tax insuran takde duit, nak bayar bill2 takde duit .. nak ziarah orang tua di kampung takde duit bayar minyak...

Tapi vroom breakfast ke pau tanjung malim ... vroom pula ke tanjung lumpur untuk lunch. slash kad kredit untuk melancong oversee... update kat fb senyum sampai ke telinga ..lepas tu nak bayar min payment pun sangkut2... minta bank reschedule... sanggup menyewa rumah nuunnnn jauh di sana sbb nak rumah banglo... pergi balik ratusan km dgn tol dan duit minyaknya... ada juga beli rumah max dsr kononnya tapi hutang kecik berderet2.... dan bangga dgn tagline #takrugibelirumah ... 

Ada yg dapat duit macam beruk dapat bunga... macam2 nak beli ... last2 habis. Ada juga yang terlalu sayangkan anak, duit kwsp dapat 400k 500k , duit tulah nak renovate rumah ratusan ribu, kenduri kahwin anak, bagi anak duit melancong, belanja sana sini sbb kena nak minta orang puji, beli keta besar beli motor besar... setahun dua duit dah habis .. lepas tu salahkan kerajaan sbb harga barang mahal... hmmm tak pernah salahkan diri sendiri

Ada jugak langau yang dok kata harga rumah mahal2...suruh beli rumah dalam kemampuan tak mahu .. mau landed mau yag berswimming pool, mau yg ada guarded, kalau boleh sebelah tempat kerja, sebelah pasar, sebelah sekolah anak ... lepas tu salahkan orang salahkan kerajaan rumah mahal ..

Ada juga yang terlalu optimis nak jadi cepat kaya .. kalau boleh esok nak jadi jutawan dah... inbes dalam mlm.. minta mak ayah bergolok gadai jual apa yang ada, minta sepupu sepapat join kononya goyang kaki duit mari2... last2 mak ayah kena semput2, sakit kepala nak bayar bunga pajak gadai, dengan sedara mara jadi musuh, tak berani tunjuk muka... 

Biarlah perpada berbelanja biarlah bergaya tak sesegak orang dan ada kenderaan yg boleh kita bergerak.... jji hari2 tak pening duit takde, bila tak kerja ada duit masuk hari2....