Thursday, December 19, 2013

Alhamdulillah, rumah lelong kakak telah dikosongkan

Btw, aku nak share pasal Drama Tamil rumah lelong kakak  yang di menangi beberapa bulan lepas. Pada hari deepavali eve, sesampai aku dipintu pagar rumah, ada seorang lelaki menaiki motosikal di luar pagar. Asben terpinga2 bertanyakan pada aku kenapa, aku bagitahu tak tahu apa2 kenapa lelaki tersebut muncul di rumah aku. Lalu lelaki tu bertanyakan rumah ni bernombor XX ke ? asben aku jawab apa hal U mau tahu ? berkali2 dia bertanyakan rumah ni bernombor XX ke ?? aku macam kenal ajer lelaki tersebut walaupun dia berhelmet. Aku pun tengok nombor plat ,,mmg sah, orang ni yang tinggal di rumah lelong kakak menangi tu. Lepas jawa YA barulah dia berlalu tanpa berkata apa2.

Aku dan asben pun terus kerumah tu tapi takde orang di rumah. Lebih kurang 10mlm aku datang balik ke rumah tu dan tengok nombor plat motor adalah sama, mmg sah lelaki nilah yang datang kerumah aku. Asben pun hello2 dan muncullah mamat di muka pintu rumah, dengan kasar berkata Apa hal lu mari sini ? Asben pun bertanyakan apa hal u datang rumah I ? dengan kasar dia berkata I mana ada datang rumah U ? Aku bukan apa takut mamat ni buat sesuatu tak baik pada keluarga ku jer ..

Sampai d rumah, selesai parking mamat tadi datang rumah bising2 depan rumah aku,  mmg hangin asben aku dibuatnya sampaikan asben hilang sabar, siap bagitau U bayar semua I akan keluarlah. Aku pun bukan nak kacau suruh dia keluar sbb belum bayar habis. 

Pada 9hb kakak balik menyelesaikan baki pinjaman pada 11hb. Kalau nak bayar awal lagi  mmg boleh tapi aku dah warned mangkuk ni dah akan selesaikan dalam masa 2 bulan so that dorang ada masa pindah keluar. Bank acknowledged receipt pada 14hb. Pada 14hb anak sedara aku yang la yang tengah buat chambering criminal pergi kerumah ni bersama2 asben, aku dan anak sedara aku sorang lagi served notis pindah keluar. Barulah reti bahasa cakap baik2 dan hormat orang. Macam biasaah putar belit, corner sana sini. At last baru bagitau rumah ni kakak ipar dia owner rumah ni. Anak sedara aku dah pesan, biar dia yang handled, aku dan asben jangan cakap apa2.. Anak sedara aku minta no tel tapi dia tak bagi, anak sedara bagi no hp kalau kakak dia tak kol esok dia akan datang lagi..

Tak sampai 10 minit asben owner called adik ipar dan macam biasalah jugak putar belit jugak.. tak percaya yang kakak dah buat full settlement.. Anak sedara pun bagitahu yang owner bagi notis 1 mggu kosongkan rumah. Asben owner bagitahu dia perluka masa untuk berbincang dengan familiy dia. Esoknya dia kol anak sedara dia minta lanjutkan tarikh keluar pada 18/12.. as expectedlah .. tapi anak sedara aku bagi notis sampai 13/12 sahaja.. that's final kalau tak owner nak ambil legal proceeding.

At last dorang setuju pada 13/12..Aku pulak hari tu baru balik dari langkawi, anak sedara aku kol owner tapi tak berangkat, masa dalam perjalanan dari Lcct ke rumah aku  bagitau sah dorang dah keluar mesti ada buat dajal kat rumah tu .. Turun dari taxi masuk barang dalam rumah terus ke rumah tu as expected lah rumah tak berkunci, rosakkan kan grill sliding door dan lampu2 dan kipas bawah habis dicabutnya.. rumah taklah bersepah2 sangat tapi standardlah perabut2 buruk yang ditinggalkan, Gate rumah ni wrought iron, mahal tu ..

Jikalau tak nak keluar jugak mmg kena ambil court order mengeluarkan dorang, mmg nak tak nak dorang mmg kena keluar juga,

Kalau yang ada masa tu rajin2kanlah survey rumah lelong ataupun subsale, bila lagi nak tambah rumah generate passive income.

Gambar anak2 semasa bercuti d Singapore n Langkawi baru2 ni ..

D' USS

D' USS 

D' LANGKAWI

D LANGKAWI


Friday, November 22, 2013

Wujudnya Sikap Birokrasi di Hospital Gomen ? & Update renovation rumah

Assalamualaikum .. agak lama jugak tak update. Sibuk sangat. Minggu lepas adik aku jatuh pokok dah seminggu di Hospital, 2 kali dah operate mggu depan lagi sekali.. patah tulang tangan dan masuk besi,, tapi disebabkan sikp birokrasi gomen hospital pembedahan adik aku dilewatkan 12 jam.. tak pasal2 adik kena bedah for 2nd time dan next week for the 3rd time.. aku dah hantar surat rasmi via email ke pengarah hospital tersebut .. alhamdullah dia ada replied dan akan menjalankan siasatan.. insyaallah aku akan sharedkan nanti bila aku dapat reply secara rasmi dari hospital.. bukan nak buruk2kan gomen hospital .. tapi sikap birokrasi, ego bodoh segelintir staffs kat hospital berkenaan memualkan aku..  nak kelentong pun agak2lah sebab kakak aku adalah pensyarah perubatan di salah sebuah kolej .. wokay.. Out of property topic tapi ni luahan menyampah ikhlas dari aku...

Just nak update penyewa rumah aku yg almost 4 tahun menyewa sudah pindah keluar pada awal bulan oktoer. Payment takde masalah langsung sebab kilang yang sewakan jadikan asrama pekerja asing. Rumah ni sebelum sewa pun mmg disewakan pada company yang sama. Kasihan sangat aku tengok rumah tu jadi aku bagilah notis dorang keluar untuk kerja2 baikpulih..

Keadaa rumah hmmm mmg mengerikan, as expectedlah, mmg rumah ni masa beli dulu pun mcm ni .. la ni mmg lagi2 teruk ... ni rumah sebelum dorang pindah ..



Amacam ngerikan .. btw sewa rumah dapatlah cover monthly installment.. beli dulu pun murah ajer. Sapalah yang berminat nak beli rmh sebegini teruk.. Btw, rumah teruk2 ni aku suka sbb boleh dapat harga luarbiasa...

Pasang tiles seluruh rumah, extend dapur, tambah 1 tandas/bilik air, skim dinding, buat parking dan lain2 ..Insyallah sewa aku akan upkan at least 10% dari kos renovation. Buat masa ni kerja ubah suai dilakukan dah sebulan dah ... dah 70% siap..

Target penyewa aku lepas ni pada penyewa wanita atau yang baru berkahwin.. penyewa akan dapat rumah yang telah di makeover..

Kalau nak sewakan pada kilang tapi pastikan rumah kita tu mmg agak2 boleh duduk, tak perlu nak bazir duit banyak sebabnya harap maklumlah bila dorang keluar nnt confirm  tak macam rumah dah...btw sewakan pada company ni, payment mmg cantik,, tak pernah lewat, bil2 pun di bayar promptly..






In next entry aku nak strory pasal drama tamil kenapa aku kata drama tamil, nanti aku storykan ni pasal rumah lelong kakak yg dekat rumah aku tu ..




Friday, October 4, 2013

Loan Rumah Bawah RM50K ?

Aku dapat beberapa email bertanyakan bank mana yang memberi pembiayaan pinjaman perumahan bawah RM50K.  Jawapannya ada bank yang masih berikan pinjaman bawah RM50K.

Sebelum ni aku pernah dapat loan rumah sebanyak 70% dari rumah yang dibeli lelongan dan subsale. So far ada 4 buah rumah yang di beli bawah dari RM50K mendapat pinjaman dari bank.

Nama Bank                   Harga Rumah           MOF    
EON Bank                    RM45,000               90%   [Dec 2010]
Public Bank                   RM4, 7400              70%   [ Dec 2011]
CIMB Bank                  RM40,500               70%    [ Jan 2013]
Alliance Bank                RM47,000               70%    [Sept 2013]

Ya, tedapat bank2 yang tidak mahu berikan pinjaman bawah RM50K yang kononnya margin keuntungannya kecil ..

Yang terbaru aku mendapat pinjaman dari Alliance Bank tapi ratenya tak menariklah BLR-0.90 sahaja btw takkan nak beli rumah secara tunai pulak kan.

So yang mana tercari2 tu bolehlah mencuba.

Kalau ada rakan2 yang boleh tambah lagi bank2 yang berikan pinjaman bawah RM50K bolehlah kita share dengan rakan2 kita yang lain


Wednesday, October 2, 2013

Jumpa Owner beri masa pindah keluar

Pertemuan aku, asben dengan owner serta kaum kerabatnya berjalan dengan baik. Dorang menyatakan mahu membeli rumah tersebut apabila selesai menjual hartanah mereka yang lain. Macam ayat2 biasa yang kita dengar dari kawan2 kita yang shared pasal rumah lelongkan. Kalau dorang sayangkan rumah tu kenapa biarkan rumah tu terlelong, kenapa tidak dari awal lagi berusaha menyelamatkannya. Selama tahun masa diberikan tapi buat tak tahu ajer.

Aku terus terang bagitahu rumah tu aku nak duduk dan akan menyelesaikan baki bayaran secara tunai, acted as a ownerlah kalau dia tahu aku bukan owner confirmed dia lagi banyak cekadak. Lepas terus bagi tahu rumah tu rosak itu ini .. walawei ..

Aku cakap aku tak kisah dan mahu dorang keluar dalam masa 2 bulan dan owner pun barulah bagitau dia tengah cari rumah yang berdekatan. Barulah kendur sikit percakapan kerabat owner dan owner ni pun minta masa untuk pindah keluar.

Jika baki bayaran dilunaskan kepada bank, aku akan appointed lawyer untuk dapatkan court order mengeluarkan dorang.

Bank tanggung semua outstanding bill2 up to auction date, cumanya aku takkan bayar selagi owner tak keluar dari rumah tu. Katakan kita bayar of courselah dia tahukan dah tentunya lagi seronoklah dorang bersenang lenangkan.. Jangan dok gatal2 nak bayar dulu,

Insyaallah aku akan sharedkan pasal progress mengeluarkan at least boleh di jadikan panduan untuk semua..


Tuesday, October 1, 2013

Lelongan Tanah di Kampung

Hari Selasa mimggu lepas4.30pg tadi aku memulakan perjalanan ke kampung dlm misi menawan tanah lelong di kampung.. mcm sengal aje ayat ni kan .. balik sorang ajer sbb anak2 bersekolah asben pulak baru ambil cuti seminggu masa exam di inspen
 Takkan nak cuti pulak.. sambil drive pasang radio kuat2, alhamdulillah pkl 8:30pg sampai d rmh mak..

Dgn berkobar ke pejabat tanah tapi bila park kereta banyak mata tengok kami berdua
 Sampai di kaunter terus d sapa oleh staff pejabat tanah dan terus tanyakan pd aku hang nak beli tanah lelong ke .. hmm spoil betul

Terdapat 7 pembida tanah ni .. musnahlah harapan nak dpt rp.. takpa aku ada bajet extra.

Masa nak mulakan lelongan siap ada loceng dibunyikan ala-ala lelong tiga abdul .. aku nak gelak pun ada .. mmg betul2 lelong .. semua pembida kena duduk atas kerusi yg disediakan... aku ajer heroin yg lain2 adalah hero2.. fuhhh hangat ..aku merasa angkat sekali ajer.. endup hanya 2 bidder yang lawan yg mana  salah orang tu abang owner yg katanya dia dan adik beradik yg lain pun tak tahu yg adik dia gadaikan tanah ini pada bank

. Akhirnya dia mengalah pada 46k walaupun aku tengok.waris2 yg lain suruh angkat lagi . Tapi.dia hanya mengelengkan kepala .. btw  dari valuation rpt yg aku dapat dari bank mv tanah tu 35k sahaja. Ard suku ekar dah gone sbb ada parit dan addittional cost kl nak timbus kolam ikan..

Sebelum berlalu aku berikan valuation rpt pada sucessful bidder.. sbb aku pun tak perlukannya lagi ..

Nilah 1st time aku masuk lelong tanah.
Pkl 3:30ptg aku bertolak balik ke kl.. sorang2 drive... walaupun takde rezeki aku tapi rezeki aku dapat makan bersama2 dgn mak sekurangnya terhibur hatinya apabila aku balik ziarah..


Thursday, September 26, 2013

Kemenangan di Lelongan Pejabat Tanah

Syukur alhamdulillah akhirnya pencarian kakak yg tinggal di Australia untuk mendapatkan rumah berdekatan dengan rumah aku akhirnya berjaya pada hari ini. Sebelum ni beberapa kali kalah dan called off akhirnya hari ini dapat juga.

Yang menariknya ialah rumah double storey 3r3b ni adalah satu taman dengan rumah aku dan juga next lorong, tak sampai 30 meter rasanya.. mmg2 dekat sangat. 

Dapat pada RP walaupun ada 8 bidders walaupun asben tahu tak semuanya genuine tapi demi nak mendapatkan rumah ni kakak setuju compenstate dorang ni sebab bukan senang nak dapat rumah yang sebegini dekat dengan rumah aku.  

Rumah ni akan dijadikan rumah persinggahan kakak semasa balik ke sini nanti, katanya kalau dah ada rumah mmg selalu boleh balik.. nak suggest kat dia untuk dijadikan homestay kot ..

Kata asben hari ini owner ada datang jugak masa lelongan tapi hanya tengok sahaja rumahnya di lelong.. Misi malam ini ialah bersemuka dengan owner. Bagi masa dia pindah keluar according to the law. Kena faham jugak keadaannya dia.

Harapnya misi bersemuka ini tidak hangat dan owner dapat menerima dengan rela.






Tuesday, September 17, 2013

survey tanah lelong - edited version

Hari jumaat malam yang lepas aku balik kekampung sempena cuti hari malaysia. Jumpa mak dan juga utk survey tanah lelong d sana.

Aku dapat info pasal notis bila masa urusan pindah milik makcik tanah sawah ke aku dan juga urusan pindah milik tanah pusaka mak pada akhir bulan ogos lalu. Kat notis board pejabat tanah ada notis lelongan . Actually aku pun tak pasti tanah ni kat mana sbb just tulis mukim dan no lot dan juga bank pelelong.

Bila balik kl baru asben aku kol pentadbir tanah utk maklumat tanah ni tapi  mcm biasalah deal dgn dorang ni kan kena bersabar banyak2. 

Aku pun kol branch bank pekan aku dan dorang srh aku liase dgn another branch then branch ni srh aku refer ke regional opis.. then barulah aku dpt ber cakap dgn pic. Pic ni mmg helpful email full.complete info tanah ni .. siap dgn valuation rpt pun dia email

Setelah membelek aku pun dapat mengagak tanah ni rupanya berada di kg abang ipar aku .. aku pun kol kakak dan diberitahu tanah ni rupanya selang 2 lot dari tanah abag ipar. Abg ipar pun tahu sapa ownernya.. actually tanah ni tanah pusaka bila dpt ke cucunya dia refinance tanah ni buat kolam ikan .. tanah ni sebahagiannya ada kolam.ikan .. kolam pun dah kontang dan sebahagian ada ditanam pisang.. ada laluan bertar ketanah ni dan d hjg tanah ada aliran sungai kecil.ada dua batang pokok durian sepemeluk .. dah berbuah pokok ni kata sepupu abg ipar. Hujung tanah ada rumah yang hanya dipisahan dengan parit tapi disebabkan owner tanah lelong ni tak bagi keizinan untuk beri laluan tanah ke tanah sebelah jadi jalan hanya setakat tanah lelong ni..

Kalau dapat nnt ada additional cost untuk menimbus berbelas2 kolam ikan. Unless kalau ada orang nak sewa buat kolam pancing. Since aku pun takde intend nak jadi usahawan ikan jadi baik timbus balik .. mungkin dlm +- RM5K jugak kot

Ni 1st time survey tanah, nasib baiklah ada orang sudi tunjukkan kalau tak mmg confirmed tak beli ..

Sesuai jugak kl nak bt rmh. Luas tanah almost 2 ekar.rp 25k sahaja..

Menarik kan..
Pokok durian

sungai kecil .. boleh mandi manda
batu sempadan, jumpa satu saja ..