Thursday, September 26, 2013

Kemenangan di Lelongan Pejabat Tanah

Syukur alhamdulillah akhirnya pencarian kakak yg tinggal di Australia untuk mendapatkan rumah berdekatan dengan rumah aku akhirnya berjaya pada hari ini. Sebelum ni beberapa kali kalah dan called off akhirnya hari ini dapat juga.

Yang menariknya ialah rumah double storey 3r3b ni adalah satu taman dengan rumah aku dan juga next lorong, tak sampai 30 meter rasanya.. mmg2 dekat sangat. 

Dapat pada RP walaupun ada 8 bidders walaupun asben tahu tak semuanya genuine tapi demi nak mendapatkan rumah ni kakak setuju compenstate dorang ni sebab bukan senang nak dapat rumah yang sebegini dekat dengan rumah aku.  

Rumah ni akan dijadikan rumah persinggahan kakak semasa balik ke sini nanti, katanya kalau dah ada rumah mmg selalu boleh balik.. nak suggest kat dia untuk dijadikan homestay kot ..

Kata asben hari ini owner ada datang jugak masa lelongan tapi hanya tengok sahaja rumahnya di lelong.. Misi malam ini ialah bersemuka dengan owner. Bagi masa dia pindah keluar according to the law. Kena faham jugak keadaannya dia.

Harapnya misi bersemuka ini tidak hangat dan owner dapat menerima dengan rela.






No comments:

Post a Comment