Tuesday, September 17, 2013

survey tanah lelong - edited version

Hari jumaat malam yang lepas aku balik kekampung sempena cuti hari malaysia. Jumpa mak dan juga utk survey tanah lelong d sana.

Aku dapat info pasal notis bila masa urusan pindah milik makcik tanah sawah ke aku dan juga urusan pindah milik tanah pusaka mak pada akhir bulan ogos lalu. Kat notis board pejabat tanah ada notis lelongan . Actually aku pun tak pasti tanah ni kat mana sbb just tulis mukim dan no lot dan juga bank pelelong.

Bila balik kl baru asben aku kol pentadbir tanah utk maklumat tanah ni tapi  mcm biasalah deal dgn dorang ni kan kena bersabar banyak2. 

Aku pun kol branch bank pekan aku dan dorang srh aku liase dgn another branch then branch ni srh aku refer ke regional opis.. then barulah aku dpt ber cakap dgn pic. Pic ni mmg helpful email full.complete info tanah ni .. siap dgn valuation rpt pun dia email

Setelah membelek aku pun dapat mengagak tanah ni rupanya berada di kg abang ipar aku .. aku pun kol kakak dan diberitahu tanah ni rupanya selang 2 lot dari tanah abag ipar. Abg ipar pun tahu sapa ownernya.. actually tanah ni tanah pusaka bila dpt ke cucunya dia refinance tanah ni buat kolam ikan .. tanah ni sebahagiannya ada kolam.ikan .. kolam pun dah kontang dan sebahagian ada ditanam pisang.. ada laluan bertar ketanah ni dan d hjg tanah ada aliran sungai kecil.ada dua batang pokok durian sepemeluk .. dah berbuah pokok ni kata sepupu abg ipar. Hujung tanah ada rumah yang hanya dipisahan dengan parit tapi disebabkan owner tanah lelong ni tak bagi keizinan untuk beri laluan tanah ke tanah sebelah jadi jalan hanya setakat tanah lelong ni..

Kalau dapat nnt ada additional cost untuk menimbus berbelas2 kolam ikan. Unless kalau ada orang nak sewa buat kolam pancing. Since aku pun takde intend nak jadi usahawan ikan jadi baik timbus balik .. mungkin dlm +- RM5K jugak kot

Ni 1st time survey tanah, nasib baiklah ada orang sudi tunjukkan kalau tak mmg confirmed tak beli ..

Sesuai jugak kl nak bt rmh. Luas tanah almost 2 ekar.rp 25k sahaja..

Menarik kan..
Pokok durian

sungai kecil .. boleh mandi manda
batu sempadan, jumpa satu saja .. 




1 comment: