Selamat hari raya aidil fitri aku ucapkan. Hari raya yg paling meriah dan memenatkan..
Aku just shared citer penyewa yg ada 2 isteri.. he2 menarikkan.. masa mula sewa dulu, dia kol asben katanya dia pindah tempat kerja dan perlukan rumah segera sbb wife nak bersalin.. katanya dia ni factory manager.. okay tu ciri2 penyewa yg berduit .. tanpa jumpa terus dia transfer rm1k.. bila 1st time aku jumpa .. awat tuanya penyewa aku ni..
Bila nak buat TA dia bagi wife dia nyer details.. masa nak sign TA asben minta details dia..kelat2 juga dia nak bagi.. rupanya umurnya dah 59tahun wife baru 36 tahun.. takpalah jji bayar sewa ontime.. bagi post dated cheque selama 6 bulqn tarolhnya 8hb .. aku okay lagilah .. walaupun TA stated due date 5hb..
Masuk bulan ke2 dah buat hal htr sms srh bankin cheque pada 14hb sbb tgh update company acct
. Msk bulan ke3 sama jugak.. minta bank in pada 14hb.. ini sudah lebih pak cik.. pandai2 jer ko tukar ya..
Tak ddk diam aku ..sms dihtr jarang d jawab. Kalaunkol tak pernah berjawab. Asyik srh bersabar. Dia pulal nak nasihat owner..
Misi siasatan dilakukan.. wowow anak2 kerja bagus2, pencen gomen.. awatlah liat sangat bayar sewa.. best partnyer rmh 1st wife dia pun 10min perjalanan..
Bulan demi bulan macam tulah perangai pakcik ni, sengkek sangat ker.. tapi dalam Facebook gaya orang ado2..
On due date pd bulan 7, htr msg kata nak keluar, nak tolak deposit 2 bulan.. hadiah raya utk aku ker... sbb aku baik hati sgt aku kata ddk sampai hjg bln 7 dan tak perlu bayar sewa.. berkeras nak ddk free smpai hjg bln 8. Aku ckp aku nak gi rmh tu nak bersemuka.. sampai2 dah takde d rmh, grill tak berkunci.. aku htr message tp tak reply.. esoknya asben tgk.msh nak berkunci.. ptg tu baru balas bagitahu yg takde masa nak kunci .. boleh tu jawab macam tu..ingat dah blah dah..
Endup aku cari dia d rmh 1st wife dia..malangnya takde sapa2 d rmh. Tapi aku tinggalkan no tel srh pakcik tu kol aku.. saja aku buat mcm tu. Nak bagitahu yg aku dah sampai d rmh dia..
Selepas 2 hari pakcik ni htr message kata dia setuju kkeluar pada 1 ogos..macam nilah pakcik.. ponet kejor ..
Aku kata nak dia personally handed kunci rmh pada aku.. dibalasnya kunci dia akan bagi pada guard.. hish2.. ada ke patut.. aku jawab.. kalau malu sgt nak jumpa aku, letakkan kunci dalam post box..
Pagi ni aku pun ambil kunci dari post box, rmh di bersihkannya, kipas2 tak di cucinya, ada sampai di luar rmh tak di angkutnya ..okaylah
Masa trn lift, pintu lift terbuka.. tersembul muka pakcik sambil memegang stroller dan 2nd wifenya .. dan jugak anak 1st wife dan mungkin dgn kawannya. Sbb lift dah penuh, hanya anaknya dan rakannya naik lift..wowow.. pindah bawah 1tingkat yea pakcik.. dari no parking anaknya aku dah tahu no rmh baru dia...
Aku percaya dia mesti perasan aku n asben dalam lift.. tulah selalu sangat mengelak jumpa aku .. dunio ni kocik ajo. Alhamdulillah. . Pakcik ni dah keluar dari rmh aku.. sepanjang aku menjadi tuan rumah sewa, inilah penyewa balik tua dan paling banyak perangai. Mmg sakit hati betul dapat penyewa macam ni.. semoga pakcik ini dah serik dan berubah menjadi penyewa yg menepati janji. Kalau macam tu jugak ...hmm kasihanlah tuan rumah baru dia..
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Saturday, August 1, 2015
Wednesday, June 17, 2015
Aktiviti Terkini, Bercucuk Tanam, pulak
Aktiviti terkini aku sekarang ni ialah tanam pokok di tanah yang dibeli bersebelahan dengan rumah mak di kampung. Selagi ada ruang tanah, tanam apa sahaja pokok buah-buahan dan sayur. So far aku dah tanam 28 pokok limau nipis dan kasturi, 5 pokok kelapa matag, 1 pokok kelapa mawar, 2 pokok durian musang king, 1 pokok durian kampung, 3 pokok belimbing buloh, 2 pokok limau purut, 1 pokok mangga. Mak aku pulak jenis yang mmg suka berkebun, macam2 pokok sayur dia tanam, kelling rumah mmg banyak pokok dia tanam, kalau setakat pokok kunyit, serai, limau nipis, limau kasturi, cili padi dan lain2 mmg tak payah nak beli.. pokok kucai pun dia tanam dalam pasu...
Asben beli paip segulung buat saluran air dari rumah mak untuk senang dia siram pokok2, incase hari tak hujan. Asben buat setiap 50 kaki, satu paip, insyaallah lepas ni nak buat macam sistem fertigasi pulak, kalau harii tak hujan, mak just on paip lepas paip dan air terus ke pokok.. ni mahal sikit , kalau pakai sprinter murah lagilah ..ni semua DIY lah buat sendiri.. kalau upah mestilah mahal
Setiap weekend kalau tak balik kampung ialah beli anak pokok, kat porch rumah dah ada 10 pokok buah termasuk buluh madu yang di beli dari nursery di serdang.. Weekend ni nak ambil anak pokok limau nipis dan limau nipis lagi..
Insyallah mggu depan balik kampung untuk tanam pokok2 ni, MPV aku mmg betul2 MPVlah... macam2 aku sumbat masuk.
Alhamdulillah, pisang yang di tanam di Bagan Datoh dah berikan hasil awal tahun ini, dapatlah hasilnya selepas di bahagi 2 dengan pak cik yang menjaga kebun ni. Kalau balik kampung tu mmg adalah duit kebun untuk aku....
Pada bulan Mac yang lalu aku ada tambahkan tanah lagi d kampung aku, ni beli dari sepupu aku. Alhamdulillah nama dah masuk geran. Semua tanah2 yang dibeli ni aku tak guna lawyer, aku upah orang uruskan pindah milik. Upahnya jangan tak percaya hanyalah RM400, siap geran di hantar ke rumah mak aku ... Once owner signed 14A duit tanah pun di bayar, senang.
Tanah terbaru ni aku plan nak usahakan tahun depan sebab tahun ni aku berkejaran KL-Bagan Datoh - Kampung aku nun jauh di sana.... Tanah ni aku plan nak buat tanaman semula getah dan buluh madu or limau nipis. Tanah dusun dan tanah sawah terbiar pun belum diusahakan..Mmg tahun ni aku banyak balik ke kampung,, kiranya okay jugak boleh jenguk mak di kampung...
Yalah, sebelum aku "bersara" makan gaji nanti sekurangnya pokok2 tu dah besar2 dah boleh merasa hasilnya. Kalau balik kampung baru nak tanam nanti tak lambatlah hasilnya..kan2. Tengah dok usahakan dapatklan tanah TOL dalam 5-10 ekar untuk projek ternakan.
Dok sibuk2 ni dalam masa terdekatnya ni insyaallah akan turun bid rumah di lembah klang dan luar KL... insyallah ada rezeki dengan budget ciput ....
| ni pengarang jantung asben aku.. anak adikku ..sayang sangat kat dia, siap ada folder gambar dia.. |
Saturday, June 13, 2015
Attend meeting pelantikkan JMB Melor
Hari ini attend meeting penubuhan JMB Melor Bandar Baru Bangi.. Banyak jugak lah yg dihighlightkan Oleh owner2. Yg menariknya jumlah rate maintenance yg dbincangkan. Kata pemaju yuran rm110 kadar semasa tak ckp menampung kos2 selenggara apartment. Katanya bil letrik sebulan ialah rm33k ... Gilos ke aper, tggi sangat ni 24jam pasang lampu ke! Adalah mamat sorang ni terus suggest naik ke rm132 !, ada pulak kata bayar lebih asal maintenance bagus. Mak ai, ada share ker bang??? Adalah mamat sorang ni share pengalaman dia managed sebuah apt di bangi, katanya apartment mempunyai lift, Pam air , bilangan lampu yang lebih bil Nya baru rm8k jer.. Semua terdiam termasuk mamat tadi dan developer. End up rm110 yg persetujui secara majoriti...
Actually aku just nak tengok pretasi JMB ni, yg tak best nyer ialah pengerusi, bendahari dan beberapa Ajk bukan tinggal di Melor. Ada jugak nominated proxy sebagai Ajk .. Mana boleh bang yea... Owner ajer yea. Btw aku diberitahu salah seorang yg dilantik tu Ada 3 buat rumah di Melor! What 3 biji rumah! Kita susah2 register tapis2 tapi dia tu dapat 3 biji.. Whateverlah janji dorang buat keja dorang Dan janganlah apartment ni jadi taraf rumah flat pulak
Actually aku just nak tengok pretasi JMB ni, yg tak best nyer ialah pengerusi, bendahari dan beberapa Ajk bukan tinggal di Melor. Ada jugak nominated proxy sebagai Ajk .. Mana boleh bang yea... Owner ajer yea. Btw aku diberitahu salah seorang yg dilantik tu Ada 3 buat rumah di Melor! What 3 biji rumah! Kita susah2 register tapis2 tapi dia tu dapat 3 biji.. Whateverlah janji dorang buat keja dorang Dan janganlah apartment ni jadi taraf rumah flat pulak
Sunday, April 19, 2015
GST & KWSP
Perkara terhangat yang diperkatakan sekarang adaah isu cukai
GST dan juga cadangan menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun...
Ini adalah pandangan aku
yea. Kononnya pelaksanaan GST ini memberi impak kecil kepada rakyat,
harga barang akan menjadi murah, banyak yang turun, sedikit ajer yang naik..
Itulah promosi yang dicanangkan tapi sebagai seorang pengguna ada yang
menyokong dan ada yang membangkang. Lepas 1hb April maka ramai yang naik
hangin.. Btw. inilah realiti yang kita kena hadapi sekarang ini.. kuasa beli semakin mengecil ... kuasa
menabung pun semakin kurang...
Isu menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun pun satu
hal jugak. Pada aku seharusnya KWSP memberi pilihan kepada pencarum samada nak
keluar pada umur 55 atau 60 tahun. Itu duit kita kan, mmg setiap tahun dapat
dividen tapi sebagai pencarum aku berhak menentukannya. Kalau dinaikkan ke 60
tahun, tanpa persetujuan kita sebagai pencarum, ini dah jadi macam komunis ...
sorry emo sikit
Aku tertarik dengan entry di The Star Too Poor To Retire ..
Kononnya 68% daripada ahli KWSP pada usia 54 tahun memiliki kurang daripada
RM50,000. Betul ker ? Pada pendapat akulah, golongan ini adalah mereka yang
dulunya bekerja dan selepas itu berkerja sendiri. Ataupun mereka2 ini adalah ex
army yang tamat perkhidmatan 21 tahun dam berkerja di sektor swasta selepas
persaraaan dari tentera. Dan mungkin juga dahulunya mereka ini bekerja sendiri
dan akhirnya berkerja dengan syarikat2.
Btw, sebagai orang yang makan gaji macam aku ni, apa
persediaan kita bila dah pencen nanti. Ya, kenalah rancang dari sekarang
sebabnya masa ni, kita masih banyak masa yang boleh kita lakukan. Sebagai
contoh, kalau ada tanah, bolehlah plan tanam getah atau sawit, kalau takde
tanah, bolehlah riki2 cari. Boleh jugak beli2 rumah untuk dijadikan rumah sewa.
Bila pencen nanti, katakan semua loan dah settled.. Kalau ada 5 buah rumah,
kalau sebiji sewa RM800 dah ada RM4000 dah .. Kalau setahun beli sebiji, 10
tahun dah ada 10 biji. Bukannya masa pencen tu kita nak bergaya dan menunjuk
tapi tak perlulah bersusah2 nak cari duit untuk makan, minum..
Mggu lepas masuk lelong bid 3 unit, untuk aku, kakak dan
kawan asbsen, semuanya tewas ... menang itu rezeki, kalah tu please try again
:) just nak pesan, masa sesi lelong tu
kenalah berhemah sikit, kan tak perlulah nak tunjukkan sikap terlalu excited ..
Thursday, March 26, 2015
Kerja Kontrak di hujung minggu
Selepas unit yang dibida di CIMB Mega Auction semuanya tewas terus ke rumah lelong nun jauh sana tu untuk kerja pemasangan lampu, kipas dan pembersihan... Rumah ni tak pernah diduduki oleh owner walaupun semua grill tingkap, pintu dan siling door telah dipasang. Meter air telah dipasang oleh pihak Syabas pada 17 Mac.
Masalah wiringdalam bilik air, wayar hidup tak diturunkan jadi asben terpaksa panjang panjat bumbung potong dan buat sambungan wayar life turun ke point.. Masalah kedua pulak asben kena hacking di dalam bilik air sebab ada kebocoran di stop off .. aduhai.. alhamdulillah semuanya settle.. Nasib baik pada hari ahad ada kedai tile buka, belilah beberapa keping warna putih walaupun tak match .. disebabkan kebocoran tak dijangka, tile cutter tak bawak.. insyallah pada 4/4 boleh pasang di bahagian stop off.
Semuanya di buat sendiri sbb kalau upah orang mmg melayang at least RM200-RM300..
Btw just nak shared unit ni accidently dibeli apabila unit ini dipanggil oleh pelelong tapi pembida tunggal tidak mengangkat paddle. Mungkin sebab frust selalu ajer kalah, asben decided ambil rumah ni , Jadi lepas auction asben terus deal pelelong ambil unit ni.. Mengapa pembida tunggal tu tak angkat tak tahulah .. but mungkin ada sesuatu ???
Ni 1st time aku beli rumah lelong tanpa lakukan site visit, checkkan tunggakkan dan tak pernah jejak kaki di sini ...tapi officemate aku duduk disini, banyak jugak info yang di sharedkan..
Jangan tiru cara ini mmg high risk,
Ramai yang telefon nak tengok, intend nak sewa tapi selagi rumah tak siap aku tak berani nak berjanji. Hari ahad, ada new wedded couple datang tengok dan terus confirm nak menyewa. Alhamdulillah rumah pun di handed awal sbb dorang nak beli barang2 sebab nak elakkan GST pada 1st april.
Di sini terdapat CF sebanyak RM217 selepas ditolak monthly installment sebanyak RM143 dan RM40 untuk maintenance.
Minggu lepas turun lagi d CIMB Mega auction kesudahannya kalah jugak, hari ni pun masuk juga seunit, tapi kalah jugak... Insyaallah akan turun2 lagi ke gelanggang lelong, bid untuk diri sendiri, sedara mara dan kawan2 ...apa2pun beli rumah lelong ni mestilah berbaloi2, rendah dari market value ini yang aku pegang dan pesankan
Masalah wiringdalam bilik air, wayar hidup tak diturunkan jadi asben terpaksa panjang panjat bumbung potong dan buat sambungan wayar life turun ke point.. Masalah kedua pulak asben kena hacking di dalam bilik air sebab ada kebocoran di stop off .. aduhai.. alhamdulillah semuanya settle.. Nasib baik pada hari ahad ada kedai tile buka, belilah beberapa keping warna putih walaupun tak match .. disebabkan kebocoran tak dijangka, tile cutter tak bawak.. insyallah pada 4/4 boleh pasang di bahagian stop off.
Semuanya di buat sendiri sbb kalau upah orang mmg melayang at least RM200-RM300..
Btw just nak shared unit ni accidently dibeli apabila unit ini dipanggil oleh pelelong tapi pembida tunggal tidak mengangkat paddle. Mungkin sebab frust selalu ajer kalah, asben decided ambil rumah ni , Jadi lepas auction asben terus deal pelelong ambil unit ni.. Mengapa pembida tunggal tu tak angkat tak tahulah .. but mungkin ada sesuatu ???
Ni 1st time aku beli rumah lelong tanpa lakukan site visit, checkkan tunggakkan dan tak pernah jejak kaki di sini ...tapi officemate aku duduk disini, banyak jugak info yang di sharedkan..
Jangan tiru cara ini mmg high risk,
Ramai yang telefon nak tengok, intend nak sewa tapi selagi rumah tak siap aku tak berani nak berjanji. Hari ahad, ada new wedded couple datang tengok dan terus confirm nak menyewa. Alhamdulillah rumah pun di handed awal sbb dorang nak beli barang2 sebab nak elakkan GST pada 1st april.
Di sini terdapat CF sebanyak RM217 selepas ditolak monthly installment sebanyak RM143 dan RM40 untuk maintenance.
Minggu lepas turun lagi d CIMB Mega auction kesudahannya kalah jugak, hari ni pun masuk juga seunit, tapi kalah jugak... Insyaallah akan turun2 lagi ke gelanggang lelong, bid untuk diri sendiri, sedara mara dan kawan2 ...apa2pun beli rumah lelong ni mestilah berbaloi2, rendah dari market value ini yang aku pegang dan pesankan
![]() |
| DB pun masih ada |
![]() |
| unit penthouse ..:) |
![]() |
| terlebih hack..... |
![]() |
| pasang sendiri,.. nak save punya pasal.. tempet2 siaplah |
![]() |
| sediakan tempatkan memasak, RM120 jer |
Thursday, March 19, 2015
Takut Nak Beli Rumah ??
Ramai orang yang jadi takut dan cerewet bila bab nak beli rumah ke nak beli tanah ke.. Takut loan tak luluslah, takde orang nak sewa, susah nak manage tennant. Ada juga yang cerewet sangat, boleh sewa rmh flat bertahun2 tapi bila ada peluang beli rumah flat tak nak pulak. Alasanya nak cari rumah landed, nak cari at apartment..
Nak tunggu harga rumah turun, kononnya dari pembacaannya harga rumah akan turun gila2. Nak beli masa nilah.. just aku nak shared tahun 2010, flat penara subsale banyak nak di jual ard rm70k - 80k. Sekarang ni cuba check dalam mudah.my. . Berapa yea?
Tahun demi tahun masih lagI menyewa rumah orang. Masa ni baru nak salahkan pihak ini pihak itu sebabkan harga rumah melambung tggi.
Tapi bila decide nak beli kereta tak de pulak nak banyak fikir2. Ada mentaliti yang mahu menunjuk2 drive kereta bila balik kampung nanti. Ramai macam ni kan.. bila balik kampung bangga kalau orang cakap mahal keta ko .yea. takde orang nak tanya pasal rumahkan.
Pendapat akulah belilah rumah yang bersesuaian. Kalau tak duduk pun takpa janji mesti boleh disewakan. Lebihan sewaan yang dijana tu kumpulkan untuk modal beli rumah lagi. Boleh jual if nak beli rumah yang lebih baik dan of course lebih mahal.
Rajinkan diri tambahkan ilmu selok belok pasal hartanah, kalau malas sangat nak cari info bolehlah hadir ke seminar2 hartanah yang banyak dianjurkan oleh mereka2 yang berpengalaaman.
Monday, March 16, 2015
Syabas kaunter 1
Sepatutnya mggu lepas dah settled buka akaun syabas utk rumah lelong aku. Sbb mggu lepas sibuk sangat di opis jadi tak sempat nak gi HQ syabas. Pagi tadi sempat menyelit gi ke salah satu cawangan syabas. Sekarang ni dah senang sikit sebab kita dah boleh buka akaun di mana2 cawangan syabas. Katakan kalau rumah kita di Klang, kita dah boleh buat urusan di Kajang. Dah tak perlu nak gi cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah yang di beli yg nun jauh di sana.
Semua dokumen dah siap, form pun aku download dari website syabas, isi siap2. Masa d kaunter ambil giliran, kerani tu akan verifying dokumen dan utk rumah lelong ada form tambahan yang perlu kita isi n sign. Nombor giliran diberi
Nombor giliran di panggil, kaunter 1, check lagi sekali, tanyakan aku semada masa ambil nombor giliran tu, kerani tu ada check tak dokumen. Of course lah kata aku. Kalanya SOP dorong mahukan satu surat dari lawyer yang mengatakan bayaran fully settled ke bank pe lelong . Nasib baik mood Isnin aku bagus hari ini, aku terangkan bahawa, aku ada sertakan dokumen dari bank yang stated 70% dari harga belian sudah disbursed dan surat dari lawyer bank pelelong yg menyatakan menerima bayaran 25% utk differentiable amount dan lagi 5% di bayar masa auction seperti yang tertera di POS.
Tak puas hati dengan explaination aku, katanya dia kena ikut SOP sebab ada SLA nak kena follow. Hish2 mood aku masih baik lagi. Dia suruh aku pergi ke cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah lelong , sbb katanya dorong ajar boleh decide samada nak terima or tidak.. Aku suggest dia kol cawangan tapi katanya dia tak boleh kol, insist aku gi cawangan tu.. Mood aku masih baik... Malas nak layan aku, dia terus petik next number...
Aku pun pergi ko kaunter nombor giliran tanyakan no telefon pengurus cawangan dan namanya. Kerani tu tanyakan mengapa, aku bagi tahulah masalahnya, dia pun pelik by rite takde masalah nak buka akaun sbb dokumen aku dah lengkap. Dia kata kebetulan pengurus cawangan ada di dalam bilik runding. Masa aku tugu di luar bilik runding tu, kerani kaunter 1 tu pandang2 kat aku, aku pun jeling2.
Dapatlah aku berjumpa dengan pengurus dan ceritakan yang kaunter no 1 tu refused nak proses buka akaun. Dia pun semak dan katanya takde masalah pun, terus keluar dari bilik dan berikan dokumen aku pada ketua kerani kot..
Nama aku dipanggil dan pembayaran di buat dan dah settled. Alhamdulillah. Agaknya kerani kaunter 1 tu belum khatam SOP tapi ikut suka hati cakap pasal SOP, malulah mukanya pada staf yang lain dan juga pada pengurus cawangan. Tq tq en H...
Subscribe to:
Posts (Atom)






