Thursday, March 26, 2015

Kerja Kontrak di hujung minggu

Selepas unit yang dibida di CIMB Mega Auction semuanya tewas terus ke rumah lelong nun jauh sana  tu untuk kerja pemasangan lampu, kipas dan pembersihan... Rumah ni tak pernah diduduki oleh owner walaupun semua grill tingkap, pintu dan siling door telah dipasang. Meter air telah dipasang oleh pihak Syabas pada 17 Mac.

Masalah wiringdalam bilik air, wayar hidup tak diturunkan jadi asben terpaksa panjang panjat bumbung potong dan buat sambungan wayar life turun ke point..  Masalah kedua pulak asben kena hacking di dalam bilik air sebab ada kebocoran di stop off .. aduhai.. alhamdulillah semuanya settle.. Nasib baik pada hari ahad ada kedai tile buka, belilah beberapa keping warna putih walaupun tak match .. disebabkan kebocoran tak dijangka, tile cutter tak bawak.. insyallah pada 4/4 boleh pasang di bahagian stop off.

Semuanya di buat sendiri sbb kalau upah orang mmg melayang at least RM200-RM300..

Btw just nak shared unit ni accidently dibeli apabila unit ini dipanggil oleh pelelong tapi pembida tunggal tidak mengangkat paddle. Mungkin sebab frust selalu ajer kalah, asben decided ambil rumah ni ,  Jadi lepas auction asben terus deal pelelong ambil unit ni.. Mengapa pembida tunggal tu tak angkat tak tahulah .. but mungkin ada sesuatu ???

Ni 1st time aku beli rumah lelong tanpa lakukan site visit, checkkan tunggakkan dan tak pernah jejak kaki di sini ...tapi officemate aku duduk disini, banyak jugak info yang di sharedkan..

Jangan tiru cara ini mmg high risk,

Ramai yang telefon nak tengok, intend nak sewa tapi selagi rumah tak siap aku tak berani nak berjanji. Hari ahad, ada new wedded couple datang tengok dan terus confirm nak menyewa. Alhamdulillah rumah pun di handed awal sbb dorang nak beli barang2 sebab nak elakkan GST pada 1st april.

Di sini terdapat CF sebanyak RM217 selepas ditolak monthly installment sebanyak RM143 dan RM40 untuk maintenance.

Minggu lepas turun lagi d CIMB Mega auction kesudahannya kalah jugak, hari ni pun masuk juga seunit, tapi kalah jugak... Insyaallah akan turun2 lagi ke gelanggang lelong, bid untuk diri sendiri, sedara mara dan kawan2 ...apa2pun beli rumah lelong ni mestilah berbaloi2, rendah dari market value ini yang aku pegang dan pesankan

DB pun masih ada
unit penthouse ..:)


terlebih hack..... 


pasang sendiri,.. nak save punya pasal.. tempet2 siaplah

sediakan tempatkan memasak, RM120 jer



No comments:

Post a Comment