Monday, March 16, 2015

Syabas kaunter 1


Sepatutnya mggu lepas dah settled buka akaun syabas utk rumah lelong aku. Sbb mggu lepas sibuk sangat di opis jadi tak sempat nak gi HQ syabas. Pagi tadi sempat menyelit gi ke salah satu cawangan syabas. Sekarang ni dah senang sikit sebab kita dah boleh buka akaun di mana2 cawangan syabas. Katakan kalau rumah kita di Klang, kita dah boleh buat urusan di Kajang. Dah tak perlu nak gi cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah yang di beli yg nun jauh di sana.

Semua dokumen dah siap, form pun aku download dari website syabas, isi siap2. Masa d kaunter ambil giliran, kerani tu akan verifying dokumen dan utk rumah lelong ada form tambahan yang perlu kita isi n sign.  Nombor giliran diberi

Nombor giliran di panggil, kaunter 1, check lagi sekali, tanyakan aku semada masa ambil  nombor giliran tu, kerani tu ada check tak dokumen. Of course lah kata aku.  Kalanya SOP dorong mahukan satu surat dari lawyer yang mengatakan bayaran fully settled ke bank pe lelong . Nasib baik mood Isnin aku bagus hari ini, aku terangkan bahawa, aku ada sertakan dokumen dari bank yang stated 70% dari harga belian  sudah disbursed dan surat dari lawyer bank pelelong yg menyatakan menerima bayaran 25% utk differentiable amount dan lagi 5% di bayar masa auction seperti yang tertera di POS.

Tak puas hati dengan explaination aku, katanya dia kena ikut SOP sebab  ada SLA nak kena follow. Hish2 mood aku masih baik lagi. Dia suruh aku pergi ke cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah lelong , sbb katanya dorong ajar boleh decide samada nak terima or tidak.. Aku suggest dia kol cawangan tapi katanya dia tak boleh kol, insist aku gi cawangan tu.. Mood aku masih baik... Malas nak layan aku, dia terus petik next number...

Aku pun pergi ko kaunter nombor giliran tanyakan no telefon pengurus cawangan dan namanya. Kerani tu tanyakan mengapa, aku bagi tahulah masalahnya, dia pun pelik by rite takde masalah nak buka akaun sbb dokumen aku dah lengkap.  Dia kata kebetulan pengurus cawangan ada di dalam bilik runding. Masa aku tugu di luar bilik runding tu, kerani kaunter 1 tu pandang2 kat aku, aku pun jeling2. 

Dapatlah aku berjumpa dengan pengurus dan ceritakan yang kaunter no 1 tu refused nak proses buka akaun. Dia pun semak dan katanya takde masalah pun, terus keluar dari bilik dan berikan dokumen aku pada ketua kerani kot..

Nama aku dipanggil dan pembayaran di buat dan dah settled. Alhamdulillah. Agaknya kerani kaunter 1 tu belum khatam SOP tapi ikut suka hati cakap pasal SOP, malulah mukanya pada staf yang lain dan juga pada pengurus cawangan. Tq tq en H...

No comments:

Post a Comment