Thursday, March 19, 2015

Takut Nak Beli Rumah ??

Ramai orang yang jadi takut dan cerewet bila bab nak beli rumah ke nak beli tanah ke.. Takut loan tak luluslah, takde orang nak sewa, susah nak manage tennant. Ada juga yang cerewet sangat, boleh sewa rmh flat bertahun2 tapi bila ada peluang beli rumah flat tak nak pulak. Alasanya nak cari rumah landed, nak cari at apartment.. 

Nak tunggu harga rumah turun, kononnya dari pembacaannya harga rumah akan turun gila2. Nak beli masa nilah.. just aku nak shared tahun 2010, flat penara subsale banyak nak di jual ard rm70k - 80k. Sekarang ni cuba check dalam mudah.my. . Berapa yea? 

Tahun demi tahun masih lagI menyewa rumah orang. Masa ni baru nak salahkan pihak ini pihak itu sebabkan harga rumah melambung tggi. 

Tapi bila decide nak beli kereta tak de pulak nak banyak fikir2. Ada mentaliti yang mahu menunjuk2 drive kereta bila balik kampung nanti. Ramai macam ni kan.. bila balik kampung bangga kalau orang cakap mahal keta ko .yea. takde orang nak tanya pasal rumahkan.


Pendapat akulah belilah rumah yang bersesuaian. Kalau tak duduk pun takpa janji mesti boleh disewakan. Lebihan sewaan yang dijana tu kumpulkan untuk modal beli rumah lagi. Boleh jual if nak beli rumah yang lebih baik  dan of course lebih mahal.

Rajinkan diri tambahkan ilmu selok belok pasal hartanah, kalau malas sangat nak cari info bolehlah hadir ke seminar2 hartanah yang banyak dianjurkan oleh mereka2 yang berpengalaaman. 

1 comment:

  1. Untuk pencarian hartanah dalam harga linkungan RM70,000 dan RM100,000 di Malaysia, kunjungi HouseNearby.com.my

    ReplyDelete