Friday, April 10, 2020

Coretan Waktu Covid 19

1st entry for tahun 2020, Malas nak update 😅..

Ni ada masa time MCO, ni yang rajin sikit nak tulis kat sini... Walaupun MCO kena datang kerja seminggu 2 atau 3 hari seminggu sbb ada lagi trader2 dan back office keja. Just standby handle BAU dan guidance user,  selebihnya layan facebook dan facebook

Azam lps raya haji hingga sekarang  kuruskan badan, dah 40 series kenalah jaga, kalau tak seperti menjemput2 penyakit singgah. Alamdulillah dapat mengurangkan 20 kg dalam masa 8 bulan,, bolehlah pakai saiz M, BMI pun dah Normal, dullu Obesiti, Target lagi 5 kg . Harap boleh maintainlah   ...

Bank bagi Moratorium untuk tangguh bank loan installment. Untuk bula april aku bayar semua loan. Kemungkinan akan hold bayaran 5 bulan kot, kumpul duit monthly, kumpul dan full settlement loan rumah yang dah ada strata..at least aku boleh pegang geran rumah 😎. 

Renovation rumah kecil di tenga2 bandaraya tertangguh deisebabkan PKP ni, sebelum PKP pun contractor pun takut sebab 70% penduduk adalah chinese, katanya tak pasal2 kena covid.... apa2pun bertabahlah..

Time PKP ni juga alhamdulillah ada rezeki masuk, beberapa penyewa bilik check in. Rumah2 utk sewa ni pun dekat2 je dgn rmh.

Tahun ni dari segi nak cari penyewa mmg agak susah sikit, nasib baiklah takde ambil sublet. Kalau tidak jenuh jugak kan. Walau bagaimana pun dapat jugak cover bank loan, maintenance dan bills, adalah untung kat situ..

Pasal tanah-tanih, alhamdulillah sepupu aku setuju jual 2 bahagian tanah dorang, tapi disebabkan adik aku beria2 nak buat rumah kat sini, satu bahagian aku bagi kat dia. Bermakna bahagian aku dalam geran adalah 3/4 dan 1/4 adik aku nyer. Kl tidak dapat single geran. Ni sbb asben dah janji dengan adik lagipun tanah ni ditepi jalan kampung, kiri kanan ada jiran.. Harga bolehlah tak lah mahal sangat btw lebih tggi sedikit dari tanah sebahagian yang dibeli dari mak dan pak sedara 6 tahun lepas

Dapatlah aku 11 pokok durian yang tengah berbuah, belimbing madu, petai, cempedak dan rambutan. Sebelum PKP dapatlah aku dan asben clearkan suku tanah ini, pokok rambutan yang dekat dgn pokok durian. Cadangnya mmg nak clearkan habis, tapi PKP pulak . Cadangannya juga nak bina rumah kebun disini, kecik2 dalam 400 sft je, kontraktor pun dah dapat, katanya nak start pada awal april, sbb PKP tertundalah, mungkin tahun depanlah kot boleh di bina...kena bina juga sebab tanah ini bersambung dengan dua lot tanah seluas 6 ekar...kalau tak duduk pun boleh dijadikan rumah pekerja.

Lepas PKP ni akan onsite survey tanah betul2 mainroad antara bandar, oposite sekolah agama, 100 meter masjid, luas kecik dalam 3/4 ekar. Tapi aku nampak peluang tanah ni samada bina deretan kedai dan rumah sewa, Kedudukkan depan adalah mainroad dan belakangnya jalan lama.  Harga yang diminta aku rasa agak murah untuk tanah yang bersebelahan dengan mainroad. Harap ada rezeki..

Pasal kebun, akhir tahun lepas hantu mat pet kebas limau nipis aku, anggaran 400kg jugaklah, sebelum ni dorang kebas limau kasturi. Ni dah sebulan tak balik, harapnya takdelah kena kebas..

Anak aku accident 3 hari sebelum CNY, tulang peha terkeluar dari pinggul. Masa kemalangan ada orang call dan bagitau, Ambulan bawa ke hospital kerajaan dan aku transfer ke private hospital malam tu juga. Alhamdulillah operation dilakukan pada malam tersebut. Bernasib baik juga sebab aku diberitahu hospital kerajaan tersebut tidak melakukan operation kerana berlaku kebocoran di dewan bedah dan kes akan direfer ke hospital yang berdekatan.  Jika tulang peha tidak dimasukkan dalam masa 4 jam, semua saraf2 di peha akan mati, takut aku dengar.

Untuk tahun ni kena lebih berhati2 dalam apa2 jua perbelanjaan dan pelaburan. Now zaman Money Is King as we dont know what will happen ! economic resession globaly

Setengah oraang berpendapat ada peluang untuk bertambah kaya ! Pada akulah tak kaya sangat pun takpa janji survival during recession...

Sekian











No comments:

Post a Comment