Tuesday, April 6, 2021

Revert to Aim

 Baru dapat login... password terlupa dan kekangan masa bzzz mengalah najib razak naik turun court ..haha..

1st entry untuk tahun 2021.. hampir setahun tak mencoretkan kisah2 aku kat sini.. ada ka yg nak baca ? tapi suka aku taip supaya apa yg aku coretakan ini menjadi sejarah utk aku selak kembali.. walaupun satu purnama sekali .. mengimbau apa yang diinginkan apa yang dicitakan apa yang menyenangkan dan apa yang menyedihkan.. mungki tiada sapa yang mengenali aku tapi aku kenal semua player2 market hartanah lelong.. ada yang aku pernah berbual ada yang pernah aku hanya memberikan salam.. tapi disebabkan aku ni pemalu katakan .. tak sapa pun tahu sapa ku .. rasanyalah ,.. walaupun ada juga yang cuba menjejaki aku di facebook ..

Setelah hampir 28 tahun di sektor perbankan .. aku mengambil keputusan untuk resign dengan mengambil skim mutual seperation scheme dalam tahun ini. Setelah berbincang dengan en asben dan adik beradik aku rasa noktah aku hanya di sini. Aku rasakan enough it enough utk berkerja dengan orang. Aku nak berbalik kepada tujuan asal aku titipkan pada posting 1st aku di blog ini. 

Aku mahukan buat apa yang aku inginkan selama ini iaitu balik kekampung enjoy hidup tanpa tekanan tanpa stress. involving dalam sektor pertanian, penternakkan yang aku amat minati.. dalam skala kecil sebagai tanda "ada kerja " hobi baru.. 

Untuk anak2 aku dah allocatekan simpanan utk pendidikan, insyaallah boleh menampung anak yang bercita2 mahu mengejar impian seorang doktor. Memberi ilmu selok belok manage rumah sewa, minor repair, tahu kat mana rumah2 aku ..sapa lawyer yang aku selalu deal.. tahu serba sedikit mengenai market hartanah, tau kat mana tanah2 aku dikampung dan kampung. Aku mempersiapkan mereka sedikit ilmu sedikit informasi jikalau aku sudah tidak kuat lagi  ..

Itu yang aku citakan, semoga anak2 menjadi pewaris impian, menambah baik lagi dengan apa yang aku usahakan .. 

INSYALLAH ...

... syahproperty...

... 6/4/2021









No comments:

Post a Comment