Wednesday, November 21, 2018

Penyewa Tipu Bayaran Deposit

Walau dah lebih 10 tahun jadi tuan rumah pun kadang2 pun kena tipu juga.

Rumah ini di beli secara subsale under nama anak aku. Pasangan muda anak 1, berminat nak sewakan rumah ni. Katanya duit tak cukup untuk bayar full deposit dan minta untuk bayar secara ansuran dan bayaran secara mingguan.

Pada masa serahan kunci penyewa menyerahkan sebahagian deposit sahaja dan akan fund transfer bakinya pada malam tersebut sambil menunjukkan handphone nya tiada bateri. Katanya bila suaminya datang dia akan mengecaj handphone dan akan lakukan fund transfer. Tggu hingga pkl 12pagi pun duit tak masuk lagi. Asben dah naik angin dan bagi tau kalau duit tak masuk sebelum pagi sabtu, please get out from my house. Pada pkl 5pagi penyewa hantar wasap katanya duit dah transfer dah siap bagitau dia nak tidur dah tanpa sertakan resit fund transfer. Atas percaya aku pun percayalah duit tu dah masuk secukupnya. Sabtu dan ahad aku sangat sibuk mengecat dan terlupa suruh anak check acct dia, sehinggalah pada hari Isnin, anak menyatakan sekian amount sahaja yang masuk akaun.. Wow mmg naik singalah aku.. Asben pun wasap penyewa minta resit dan baru diberitahu oleh penyewa yang dia hanyakan masukkan sekian amount sahaja dan bakinya dia bank ini dan akan share resit.. Masih lagi nak menipukan ... asben bagitau yang dia dah check akaun2 yang diberikan tapi mmg duit tak masuk lagi..  asben bagitau penyewa kena bank in bakinya pada hari isnin juga. Bila desak dapat blue tick jer haram nak balas, bila call tak angkat .. mmg nak kenalah kan

Hari Selasa aku mengambil alih follow up mmg nahaslah kan, dah bagi peluang bayar ansur2 lagi mahu menipu,. Kata dua diberikan sila kosongkan rumah saya sebelum hujung bulan dan aku akan pulangkan deposit yang telah dibayar.. Berwasap2 lah aku dan penyewa penipu ni masih nak bagi tau yang baki bukannnya banyak .lagi pun mengapa nak berkira. Sedapnya dia bercakap yang kata aku ainaya dia... baru duduk rumah aku 4 hari dah tunjuk perangai buruk ... mmg tahlah kan. Biar rumah kosong jangan simpan penyewa penipu macam ni. 

Jika dia masih tidak mengosongkan rumah pada hujung bulan ini tindakan pemotongan air dan api akan dilakukan .... 

Kena berhati2 lah dalam pemilihan penyewa, bila dah dapat rumah , kita nilah pulak macam ah long kejar dorang... 

Dari stalker di FB bukannya tak berduit cuma ada spesis orang yg menyusahkan orang ... tempat niaga dia pun aku tahu.. kalau aku reveal ramai yang tahu apa dia jual dan kedai mana ...


No comments:

Post a Comment