Friday, November 23, 2018

Loan Tanah Dah Approved

Alhamdulillah loan tanah dah approved dgn margin 80%, cuma letter offer belum sign sbb aku minta bank tukarkan dari term loan ke flexi term loan... loan tanah ni rate lebih tggi loan rumah ya.. plannya dan dump duit dalam ni so that interest rate dpt dijimatkan...

Unit corner lot 5029sqft betul seberang jalan dgn projek perumahan yang dibangunkan oleh syarikat terkemuka dan opposite main road dan kedai yg sedang d bina. Aku target dalam 3 tahun lagi harga increase at least 40% .. Plannya more kepada rumah persinggahan bila tua nanti lagipun suasana disini masih lagi "green".

Kalau kat kampung boleh beli hampir 10 ekar tanah ni ... kat sini jual ikut kaki kat kampung jual ikut ekar :)).. Selagi ada payslip dan selit loan selagi itu boleh beli rumah.. sbb boleh dikatakan semua TA aku tak stamping :)) loan ikut DSR gaji ... Masih ada lagi ruang buat hutang

Anak2 aku dah bising dah bila bagitau nak tengok rumah, katanya mummy sudah2lah rumah dah banyak... maklumlah semua kerja2 mengecat, bersihkan rumah, electrical, plumbing semuanya buat sendiri .. tapi bila di terangkan barulah dorang faham apa yang aku rancangkan kepada mereka.. dan selalunya memang ada token untuk mereka bila habis kerja. Tapi setiap kali balik dari buat kerja mmg dorang akan order makanan special2. Pada aku layan ajerlah sebab aku nak dorang expose dengan bidang ini untuk meneruskan apa yang aku lakukan.  Aku dah shortlisted unit2 yang menarik dari harga, sewa dan MV untuk di bida dalam masa terdekat ini... 

Ingatkan nak retired beli rumah tapi mungkin dah jadi gian kot beli rumah,. Tahun ni 3 rumah dan 1 lot tanah di beli secara subsale dan lelong dan kalau rezeki sebiji lagi sebelum penutup tahun ini...

Apa2pun semoga dipermudahkan.......

No comments:

Post a Comment