Friday, September 7, 2018

over confident boleh jadi accident

Lately banyak betul rumah2 lelong bawah market value, yg baru2 siap pun berlambak2 kena lelong. Harga lelong bawah RM100K ++ murah dari developer jual.. Ini yang aku katakan dulu, kalau takde power holding jangan berani nak beli unit high cost iaitu melebihi RM350K keatas. Mmglah rumah cantik, lawa, ada berbagai2 facilities, ada swimming pool dibandingkan dengan unit2 2nd hand.. Mmg classlah ada rumah macam ni tapi bila nak bayar bulan2 perit sampai makan pun nak catu2. Aku bab2 nak bergaya tapi ikat2 perut ni mmg aku tak setuju, pada aku yg penting jaga cash flow kita , berbelanja bawah kemampuan, dan penting jangan ikut2 orang.

Mmglah SA untuk unit2 baru promote bagai nak rak, gaji RM3-4K dah boleh beli rumah RM400K siap dengan 0% DP, free legal fees , free air con dan lain2. Bila unit dah siap bayar bank katakan RM1500 sebulan, maintenance RM200, sedangkan market sewa baru RM1000 jer. Kena top up RM700 bulan2. Ini kalau unit dapat disewakan kalau takde sapa nak sewa bulan RM1700 nak kena tanggung. Nak jual pun takde buyer maka tanggunglah beberapa tahun...kot2 boleh tanggung oklah kan

Pelaburan hartanah mmg terbukti boleh jadi hartawan dan juga boleh jadi papa kedana juga. Sebagai contoh Bukit Beruntung hanya selepas 20 tahun baru kawasan ini naik, Ramai yang beli disini dulu termasuklah boss opis aku, bulan2 bayar RM500 hehe.. Banyak yang terlelong dan terbiar begitu sahaja. Masa tu ramai yang mengharapkan bukit beruntung akan naik seperti Shah Alam.. Btw Shah Alam pun dulu2 pun ambil masa nak matang juga. Itu yang aku katakan Power Holding itu perlu dalam pelaburan hartanah, kalau kita mampu "sara" di masa2 suram. Jangan jadi budak opis aku buat personal loan ratus ribu sebab yakin tiap2 tahun ada increment... over confident boleh jadi accident.

Mmglah aku beli rumah lelong tapi aku tak nak rumah bangsa aku kena lelong sebbab kegelojohan sendiri ...

Ada kawan aku kata minat nak beli SOHO d semenyih dan aku bagi tahu kalau nak beli, beli dekat2 KLCC .. 




No comments:

Post a Comment