Wednesday, September 5, 2018

3rd House for the year

Alhamdulillah berjaya dapat sebuah rumah melalui lelongan baru-baru ni.. nak kata untung sangat taklah bawah MV dalam 30%  jer but potentially akan melonjak naik selepas setahun dua lagi.. Untuk market sewa takde masalah sbb access jalan yg bagus tambahan ada pula bas MRT yang lalu betul2 depan rumah ni... Rumah pun dah renovated, plaster siling, ada kipas, wet kitchen dan kitchen cabinet tapi kena repairlah.. rumah dah kosong, owner dah cabut lari 2 tahun yg lepas..

Cadang nya nak sewakan perbilik untuk upkan CF, lagipun tak jauh sangat rumah ni dari rumah aku.. Lagipun asben dah sound, jauh2 sewakan rumah dekat2 bolehlah sewa bilik dan disewakan kepada lelaki sahaja. Katanya kalau perempuan susah nak tegur2 dan tak boleh sewenang2nya masuk rumah untuk pembaikan dan bawa tenant baru masuk.. Lagipun perempuan ni sensitif susah nak di tegur..

Rupanya sekarang ni ulat2 lelong cari makan jadi negotiater lelong pulak, naik pangkat pulak ya.. Walaupun satu purnama sekali aku muncul d dewan lelong tapi kenal lah mereka ni.. Yg ejen melayu pun guna negotiater lelong ni bernego dengan aku... Simpanlah duit tu bang buat modal beli rumah lain tak pun sedekah ke rumah anak yatim ada pahalanya daripada "membeli" harga maruah aku... agak2 terasa tak.. 

Bulan September bulan hari jadi aku dan asben, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yg berterusan dan dilindungi dari musibah2..



1 comment: