Tuesday, April 10, 2018

Alasan2 lewatkan bayar sewa dan pindah keluar

Melayan karenah penyewa ni kadang2 memeningkan juga. Yang jenis lambat bayar dan bagi short notices pindah keluar dengan pelbagai alasan2 yang terkini seperti ;

 - Sudah menyewa berbulan2, bila sampai due date bayar sewa rumah, bang bulan ni gaji lewat, sekian2 hari bulan baru gaji keluar. Patern penyewa macam ni ialah dia akan tak bayar bil api 2 atau 3 bulan lepas. Bila tiba masa yang dijanjikan nak bayar sewa, bagi notis pindah keluar.

- Sama juga taktiknya 2 atau 3 bulan tak bayar bil api, complain kata rakan rumah yang ala2 lembut kena perli dengan budak2 di flat. Aku sound asben, tengoklah seminggu lagi mesti bagi notis nak pindah keluar, mmg betul telahan aku. Tak sampai seminggu terus pindah keluar

- Duit sewa kena telan oleh mesin CDM, kononnya nak bank in dalam mesin lepas tu baru nak online transfer. Katanya bank akan refund dalam masa 10 hari berkerja. Bila aku sound yang bank setiap hari keluarkan duit dari CDM dan akan ada journal utk semua transaksi, esoknya terus duit sewa masuk akaun..

- Staff balik kampung, nnt staff buat online transfer. Takkan staff balik kampung nak buat online transfer yang dianya adalah owner syarikat takkan tak boleh buat fund transfer. Alasan nak lewatkan bayar sewa, bukan aku tak tahu dorang potong gaji pekerja untuk bayar sewa

Nasib baiklah semua rumah aku ambil deposit 2 bulan, kalau sebulan mmg kes nayalah. Dapatlah cober2 bil2 utilities yg pending... Nak buat macam mana inilah karenah2 penyewa yang seringkali dihadapi oleh owner. Bila kita sewakan rumah kata kita ni kapitalis, menindas oleh bangsa sendiri.

Itu sebabnya tahun ni aku tulis terang2 alasan2 deposit sewa tidak dikembalikan jika penyewaann kurang setahun dan notice pindah keluar at least sebulan. Walaupun begitu atas sikap belas kasihan aku akan refund at least sebulan deposit sewaan dan baki2 deposit utiliti jika penyewa serahkan rumah dengan baik..

Yang terbaru asben balik dari bawa bakal penyewa tengok rumah, bagitau yang anak penyewa dalam keadaan comot, kasihan kat anaknya dan sedekah sedikit duit kepadanya,  kata asben walaupun dorang bagi 1 minggu short notices pindah keluar dia nak refund deposit. Penyewa ni dah pun pindah keluar sabtu lepas. Bila hari ni asben share bill api berjumlah RM100++, wasap di baca tapi diam tak reply langsung. Hish2 kita jer kasihan kat dia.. kan.. 

No comments:

Post a Comment