Wednesday, April 11, 2018

Kena Ketuk dengan Plumber Cekik Darah

Hari ni asben ambil cuti sbb plumber nak pasang water pump di salah sebuah rumah aku. Penyewa complain air kecil walaupun bukan waktu puncak.

Adalah kenal seorang plumber OKU untk pasang pam. Masa mula deal dia nak RM1500 lump sum termasuk water pum, wiring, hacking, letak pam atas siling, buat paip baru, banyak lah kerja yg perlu dia buat.. Endup  aku decided water pump aku nak beli sendiri dan bila asben tanyakan upahnya RM700 sahaja. Dia pun ada but onsite survey sebelum buat kerja...

Hari ni datanglah plumber dan rakannya, check balik tak boleh hacking buat paip dan letak atas bumbung sebab paip jalan dalam lantai dan dinding.  Jadi kerja nya mudahlah lepas meter terus pasang water pump, kiranya standard installation. Asben jangkakan kalau standard installation biasanya dalam RM300-RM350 sahaja. Bila tanya balik kat plumber dia nak upah RM600 discount RM100, Mak bapak mahal nyer. Kalaulah dia ni tak buka apa2 lagi sure aku suruh pasang balik... Aku ada call plumber lain RM350 jer tu pun baru 1st nego.. Aku cakap kat asben kalau dia charge RM500 okaylah ni mati2 nak RM600 jugak.. Asben kata kalau standard pasang diapun boleh buat tapi kalau sampai naik siling, hackiing sana sini mmg agak susah dia nak buat sorang... 

Ni last aku upah ko Plumber OKU.. ingatkan nak bagi bisnis kat dia rupanya ketuk kaw2.. 

No comments:

Post a Comment