Wednesday, March 14, 2018

Rumah Bawah Market Value Untuk Anak

Tahun lepas dapat offer dari seseorang utk carikan buyer rumah kos rendah, harga yg letakkan mmg rendah at least 40K -50K dari market value. Tak perlulah aku reveal sbb kawasan ni sangat2 hot. Rumahnya pun ditingkat 3 jer, lift rosak boleh guna lift, kebetulan unit ini adalah endlot, ada extra tingkap.  Bulan ni pun 2 unit rumah di sini masuk lelong.. harga yg dijual mmg dibawah harga lelong. Katanya kalau dapat jual lebih adalah komisyen, pandai2 lah adjust harga katanya. Seller ni pun satu jugak, bayaran di bank pun ikut mood dia nak bayar sedangkan tiap2 bulan dapat duit dari penyewa.

Setelah berbincang dgn asben dan pendapat lawyer, takde halangan kalau rumah ini dibeli under nama anak sulung. Ini sebagai rewards kat dia sebab rajin menolong dalam hal2 dirumah dan di kebun.. Untung anak2 sekarang ni. Seller pun setuju duit 10% digunakan menyelesaikan oustanding maintenance dan segala hutangnya. Kalau ada lebih baru serahkan kepada kalau tak cukup buyer kenapa top up dan akan ditolak semasa full disbursement. Alasanya win-win situation sebab dia jual murah. Dari Loan Agreement dengan Bank  tempoh pinjamanya adalah 15 tahun yg sepatutnya tamat dalam tahun ni ...

Esok akan submit semua document ke lawyer untuk proses pembelian... harapnya prosesnya selesai hujung tahun ni, sebab sekarang ni aku tersangat sibuk... orang lain nak cepat aku pulak nak masa lama. kalau dulu2 hari ni bayar kalau boleh esok dah nak rumah ... 

Semoga urusan ini di permudahkan

No comments:

Post a Comment