Ada masalah dengan rumah lelong yg aku beli, pemaju dah buat presentation di PTG untuk strata, dalam carian pun dah tercatat Strata. Masalahnya bila lawyer nak buat perfection strata, pihak pemaju suruh buat Deed Of Assigment, katanya documentation dorang tak lengkap. Tak boleh buat strata, yang lawyer aku hangin adalah, kalau documentation tak complete, kenapa gatal2 gi buat strata presentation di PTG, ni namanya bodoh menyusahkan, harapnya nama yang gah, tapi buat kerja di kepala lutut. Sampai aku yg tak tahan ni, kol pemaju nyer PIC.
Bank pulak sorilah yea, kalau land search clearly perkataan " strata" mati hidup semula dorang takkan release duit.. Bank pelelong dah granted untuk extension tapi kalau kes macam ni mmg buang duit bayar extension.
The only solution ialah, banker aku akan minta dengan financing bank dan kenalah aku keluarkan duit buat full settlement, dan financing bank akan disburse duit once perfection strata completed. Bila entahlah ...
Nilah salah satu cabaran apabila beli rumah lelong... hmmm btw, rumah ni api dah masuk dan air mmg dah ada, insyaallah mid next month dah boleh sewakan....
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Friday, April 21, 2017
Tuesday, April 18, 2017
Update Kebun Limau
Lama tak update citer pasal kebun limau, alhamdulillah progress kebun so far so good. Pokok membesar dengan baik, cuma kalau ada yang mati kira standardlah.
Cabaran dari cuaca yang panas, pokok kepanasan, dengan adanya silvershine dapatlah pokok tu bertahan, bila hujan pula, rumput2 cepat pula tinggi..
Kebun limau no 2 pula tidak berpagar, datang pulak lembu2 dari kampung sebelah makan rumput, kalau setakat makan rumput aku tak kisahlah sangat, mmg bagus tapi banyak pokok rosak sebab di sondol dan dipijak, daun bendi dan cempedak pun habis di makannya...Cabaran2.
Rutin setiap kali balik kampung, petik cili, membaja pokok cili, sembur baja foliar CY787 dan racun serangga malathion diselang seli dengan Mitac. So far untuk kebun limau 2 nampaknya keadaan pokok lebih baik mungkin di sebabkan kurang lindungan pokok2, matahari cukup. manakala kebun limau 1, kiri kanan ada pokok2 tinggi dan bukaan tanah yg agak sempit..
![]() |
Limau nipis yang berusia 4 bulan |
![]() |
tumbesaran yang bagus |
![]() |
Lada siam, ada permintaan |
![]() |
Limau kapas, tanam 2 pokok, buat air mmg sedap, wangi aromanya |
Friday, April 14, 2017
Loan refinance cash out LULUS
Alhamdulillah loan refinancing utk cash out dah approved dan LO pun dah signed, dapat rate cun jugak. Walaupun sudah melebihi jumlah XI bank masih nak bagi loan, kata banker CCRIS akak semuanya 0, Cumanya bank lately mmg berhati2 nak approve, macam2 dorang nak check dan verify, Kalau dulu2 submit form hari ini dalam masa 7 hari LO dah keluar. La ni 2 mggu tu kira bagus dah.
Submit pada 4 bank, so far yang bagi feedback approved cuma 2 bank, yang lagi 2 tu masih dalam proses, apa yang dia process pun tak tahulah, tapi rate 2 bank ni tak cantik sangatlah. Actually bukannya banker tak tahu berapa bank yang kita submit loan, dorang ada system yang boleh trace tapi cumanya dorang tak tahu bank mana, cuma nampak amaunnya sahaja..
LO pun signed di kedai mamak jer, adalah juga banker shared tips2 untuk dapatkan loan.. Katanya masih ada ruang lagi untuk buat loan, ruang DSR msh ada.
Beberapa hari lalu ada masuk lelong tapi kalah, rumah buruk di nun sana. Untuk market rental jer sbb unit low cost. Lawan sampai limit yg ditetapkaan , insyaallah akan mencuba nasib dalam masa terdekat..
Apa2pun market subsale agak menarik sekarang ni, mencuba utk nego2 utk harga terbaik

Wednesday, April 12, 2017
Apa Backup Plan Kita
Apa backup plan kita ? Macam poyo jer tajuknya. Apa yang aku citerkan apa akan terjadi pada kita tiba2 hilang kerja. Tiba2 kena terminate, company tutup, kena transfer jauh2, kena frame, macam2lah sebabnya kan..
Sedangkan masa ada duit, asyik nak melabur makan angin, hutang credit card tapi bayar minimun, beli rumah wow gedabak besau2, dengan alasan apa nak takut, company tempat aku kerja secured, taip2 tahun untung, increment paling cikai 7% setahun... Gaji bulan2 habis bayar hutang, habis bermewah2
Apa yang aku nak bagitau sediakan tabungan secukupnya yang mungkin situasi2 yang tidak diinginkan berlaku samada dalam bentuk tabungan duit atau hartanah, Walaupun hartanah susah nak liquid tapi at least kita ada jugak duitnya di situ..
Jangan ingat company yang kita kerja ni boleh survive sampai kita pencen, sampai kita rasa duit kita cukup.. We wont know what will be happen in future kan..

Subscribe to:
Posts (Atom)