Friday, July 29, 2016

Subletter Putar Alam

Lama tak menaip di blog ni. Sibuk sangat selepas MC panjang... busy di opis, busy di rumah, busy di kebun...

Ni aku nak citer pasal Subletter yang aku kategorikan memerangkap owner rumah. Citernya macam ni, pada bulan depan ni salah sebuah rumah aku akan kosong. Naik iklan, banyak tapisan yang di buat. At last ada seorang student katanya memerlukan rumah segera dan tak sampai beberapa jam terus bank in sebulan deposit dan bakinya diserahkan semasa handover kunci. Kononnya akan duduk bersama2 rakan2 kuliahnya.

Hari ni watsapp asben bagitau sebenarnya dia nak sublet rumah aku ni ... apa yang aku benggang ialah lagi 2 hari nak masuk baru cakap nak di subletkan..Kenapa nak menipu kata nak duduk dan sebenarnya nak di subletkan.

Haruskah aku percaya manusia yang sebegini ? So kenalah gentlemen sikit janganlah menipu. Siap bagitau kalau asben tak bagi sublet dia nak balik duit tu.. Kalau macam ni perangai subletter apakah akan terjadi pada mereka yang mendiami rumah ni kelak. Ada ciri2 putar alam subletter ni. 

No comments:

Post a Comment