Tuesday, April 12, 2016

Projek Limau Nipis : Pembersihan Tanah

Letih dan penat itulah yang aku boleh nyatakan, namun ia satu kepuasan :). Masa cuti sekolah yg lalu mana2 pokok yang tidak dikhendaki telah di tebang . Setelah hampir 3 minggu dan di musim panas pokok2 cepat kering dan boleh di bakar.

Bertolak dari KL selepas subuh dan sampai di kampung dalam pkl 9:30pagi.. Alhamdulillah store barang dah siap dan pendawaian elektrik pun dah siap. Terus ke kebun dan operasi kumpul dan bakar di lakukan.. Musim panas ni masa pembakaran kena kawal api takut melarat ke kebun sebelah...

Pada sebelah petangnya selepas asar hujan mula turun keesokkanya ambil 2 orang pekerja dengan upah RM120 untuk kerja kumpul dan bakar dan di bantu oleh asben, aku ni tolong sikit2 jer sbb tangan aku ni la ni limited kekuatannya..

Overall semuanya siap, lagi sekali balik, insyaallah kutip saki baki jer.  Alhamdulillah ada 3  batang durian yang berbunga.. insyaallah boleh dapat makan buahnya...

Target penamaman pokok limau nipis sebelum puasa dan bergantung pada keadaan cuaca. If worst scenario kenalah buat sistem fertigation ke siap pokok limau..




No comments:

Post a Comment