Tuesday, February 24, 2015

Cuti CNY dan kena "SEKENEK"

Sempena CNY tempohari aku balik ke kampung untuk menyelesaikan beberapa perkara disamping bercuti bersama keluarga. 

Ambil cuti extra pada hari Rabu sebab takut jalan jammed, malam selasa dah gerak ke kampung sbb hari Rabu ada appointment dengan lawyer untuk urusan pindah milik rumah yang dibeli menggunakan nama mak aku. Mak pun mmg suruh aku segerakan urusan pindah milik ini. 

Hari Khamis sepatutnya jurukur datang ukur tanah ang dibeli tapi hampa sbb last minutes jurukur nak ber Gong Xi Fa Chai jugak. Aduhai .. yealah walaupun tanah ni aku tahu tapi aku nak buat sempadanan yang betul sebelum aku bersihkan tanah ini. Masa ukur tu aku nak ada sekalilah.

Ada satu lagi tanah pusaka mak yang luasnya lebih kurang suku ekar kot. Masalahnya mak takde adilk beradik lelaki. Menurut persetujuan mulut sepupu lelakinya dorang setuju serahkan bahagian faraid mereka kepada mak dan adiknya dan direct transfer ke nama aku... bukan free, tapi aku akan bayar harganya pada mak dan adiknya. Tak bestlah free2 ni kan.

Since mak dah upah orang tebang pokok2 di tanah aku yang akan dijadikan kawasan parking, dengan rajinlah aku membakar pokok2 dan ranting.. dan dengan ranjinlah aku bawa asben ke  tanah ni tengok apa pokok2 buah yang ada...  

Dengan kerajinanan aku dapatlah aku "sekenek" spesis hama melekat di kelopak mata aku, kelopak mata aku bengkak sehinggakan mengecil jadinya, sakit dan gatal... 1st time kena sekenek ni ..


Hari sabtunya ada rombongan merisik anak sedara di Ipoh, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kedua2 nya adalah tentera yang baru dapat pertauliahan Left Muda bulan lalu di PD.. Insyaallah raya ni kenduri nikah kahwinya .. 


Insyaallah asben cuba deal dapatkan tanah TOL di kawasan aku untuk tanaman kontan. Tanah TOL ni kena buat renewal setiap tahun dan selepas 5 tahun boleh minta hakmilik.  Yang ni, kalau dapat mmg rezeki terpijaklah. Tak mengharap tapi ingin mencuba.. 

Mak nak cuba nego2 dgn orang kampung katanya ada angin2 nak jual rumah berserta tanah 2 ekar.. Adalah harga yang aku offerkan

rumah kakak yang di beli thru auction dalam proses ubahsuai



No comments:

Post a Comment