Tuesday, September 10, 2013

Ukur Baju di Badan

Ukur Baju di Badan hmm macam sengal ajer tittle aku ni .. btw belasah ajerlah ...Actually aku ni bukanlah terrer pasal nak beri nasihat tapi aku just nak shared pendapat aku sahaja. Apa yang aku taip ni pun aku pakai taip ajer.. 

Ada pendapat mengatakan akan berlakunya property bubble dan akan berlakunya kejatuhan harga hartanah dan ada yang tunggu nak akan membeli rumah setelah berlakunya kejatuhan ini. Tunggu dan tunggu tapi harga rumah makin meningkat, akhirnya terpaksa mengalah membayar pada harga terkini atau terpaksa downgrade rumah yang diinginkan ataupun masih menunggu dan menunggu .. Pada aku pulak tak kisah rumah apapun janji ikut kemampuan kita.. Boleh jugak kalau nak beli jauh2 rumah landed tapi kalau tempat kerja jauh kena fikir jugak kos minyak, tol dan masa..

Kalau beli rumah kenalah kaji berapa yang kita mampu bayar bulanan,kalau utk pelaburan jangan gopoh2 beli rumah mahal yang tentunya bayaran bulanan pun tinggi jugak, boleh survive ke kalau unit kosong 2-3 bulan, dapat cover tak installment bila rumah di sewakan.. Kalau utk diduduki mampukah untuk bayar installment yang mungkin lebih tinggi dengan kadar sewaan..

Ada juga segelintir kawan-kawan kita yang terlalu ghairah untuk bergaya membeli barangan yang tidak perlu seperti gadget seperti handphone yang mahal hanya kerana mahu update status facebook, twitter. Ada juga yang terlalu nak bergaya membeli kenderaan yang mahal sekadar hanya mahu menunjuk2. Pada aku pulak kalau setakat nak berhubung dengan keluarga, kawan2 handphone RM200-RM300 pun dah memadai. Unless kalau ada duit berlebih2 tu takde salahnya..ya

Sekarang ini pulak berbelanja di hujung jari, apa nak beli hanya masukkan no kad kredit esok, lusa barang dah sampai. Tak salah mempunyai kad kredit tapi kenalah pandai mengawal perbelanjaan. Nak melancong boleh tempah tiket online, nak beli barang2 boleh beli di groupon, nak shopping barang dapur boleh beli di tesco eshop nak beli perabut pun boleh nak shopping baju2 boleh di zalora .. dan lain2.. kalau tak tahan nafsu mmg senang nak menghabiskan duit...

Kesimpulannya ialah dalam berbelanja kena beringat2 bukan ikut suka hati berbelanja. Teringat kata arwah abah kalau duit dibelanjakan begitu sahaja dapat hiduplah tapi tak berharta. Mmg harta benda tidak boleh di bawa mati tapi kena ingat Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kesempitan, kesusahan.. Adanya harta kita itu kita boleh membantu umat kita dengan zakat yang dibayar dan sedekah kepada mereka yang memerlukan...

Ukur baju di badan seumpana berbelanja ikut kemampuan bukan berbelanja di luar kemampuan,,





1 comment:

  1. Artikel pertama saya. Hartanah RM250 ribu di pulau pinang.http://kopiandproperty.com/2013/12/06/hartanah-di-pulau-pinang-sekitar-rm250-ribu/

    ReplyDelete