Tuesday, August 27, 2013

bid rumah utk kakak

Insyallah akan turun ke lelongan mahkamah untuk membida sebuah landed property untuk kakak di australia.. Dia mmg nak beli sebuah landed property katanya sebagai rumah persinggahan semasa balik bercuti di malaysia. Dia pun dah ada sebuah apartment di sentul dan bank loan pun dah settle.

Kali ini kakak n asbennya memperuntukkan additional RM100K dari RP .. dengan harapan dia dapat memiliki rumah tu.. rumah pun mmg tak jauh dengan rumah aku sekarang dalam 4KM kot,, senang jugak aku nak jeguk2 .. katanya nak settle cash kalau menang, yealah AUD1 berbanding RM3.

Onsite survey dah dibuat dan rumah itu disewakan pada keluarga.. asben cuba mendapatkan no telefon owner tapi penyewa tak nak beri... takpalah tak beri .. cuma nak memcuba nasib kot2 boleh direct dengan owner untuk menjualkan rumah tu pada kakak .. of course kena settle hutang dia dengan bank dahululah ..benda ni kita kena serahkan pada lawyer yang buat jangan buat sendiri2 sebab agak berisiko ..

Penyewa rumah ni pun ada intend nak beli rumah ni dari owner tapi katanya owner masih sayangkan rumah tu .. katanya jugak kalau auction ni rumah nanti confirmed akan terjual melebihi market value .. pandainya dia ..aku and asben pun sound dia .. auction ni kadang2 owner boleh buat duit lebih kadang2 owner terduduk sbb kena bayar pada bank sbb rumah dibida kurang dari jumlah terhutang dengan bank..

Ada beberapa kes yang mana terdapat berbelas2 pembida tapi dibeli dengan harga reserved price ...terus terdiam penyewa ni ..

Bukan nak menakutkan inilah realitinya apabila acara lelongan di jalankan, kalau tak percaya rajin2kanlah hadiri sesi lelongan..

Selepas lelongan aku n adik akan terus ke kampung untuk persedian hari pertunangan adik pada 31st aug ni ...sebelum tu singgah di felda trolak pickup makcik .  asben n anak2 akan menyusul pada hari jumaat malam
ke kampung..

2 comments:

  1. jangan terkejut kalau masa lelongan nanti jumpa lagi si penyewa tu...

    ReplyDelete
  2. jangan terkezut masa lelongan nanti jumpa lagi si penyewa tu....rasanya dia pun nak masuk bid sekali tuuu

    ReplyDelete