Monday, August 20, 2018

Unit called Off

Sabtu lepas attend lelongan cimb tapi malangnya unit kena called off . Pagi Jumaar check masih listed dalam NCM nyer website, Pagi sebelum check dah takde listing dan cakap dengan asben unit kena called off.. Tapi asben kata jomlah pergi, kot2 ada unit lain yg blh register. Sampai tengok mmg sah called off dan cuba nak bid unit lain gunakan bank draft yg ada tapi malangnya entity yg berbeza maka tak boleh nak bid. Makan breakfast free jerlah di NCM dan terus ambil stok2 pokok yang pelanggan dah order...

Ingat nak stop beli rumah, tapi bila tengok unit yang menarik tu yang jadi tertarik... Insyaalah awal bulan 9 ada unit2 yang dah beberapa kali lelong takde bidder.. harapnya takde called offlah.. 

Cuma aku nak highlightlah masuk lelong ni kena study pasal banyak benda, jangan harapkan orang buat utk kita bagi info.. kena usaha sendiri. Bila terkena barulah nak gelabah, dan ambil positif tapi sampai bila ko nak jadi positif kalau kepala berpusing2 nak selesai masalah.. Unlesslah duit banyak boleh beli cash tu tak payahlah nak pening2.. ini untuk golongan yang harapkan loan kena study betul2 sebab pun dah sangat ketatkan syarat2 loan.. banyak orang share yang manis2  untung sekian2, berpuluh2 persen bawah market value, tapi yang pahit2 jarang2 nak sharekan ... so berhati2 lah ya


Wednesday, August 8, 2018

Tak Nak Cari Penyewa

Adalah hamba allah ni minta tolong cari penyewa rumahnya ....bila tanyakan rumah dah kemas, dibaiki mana2 yang rosak, di cat semula jawapannya BELUM lagi sbb sibuk sangat.. Rumah dah berbelas2 tahun tak pernah cat agaknya macam mana rupanya.. Sebelum ni pernah kena kes macam ni, masa view rumah beria2 owner betul ini dan itu bila dah dapat penyewa serah rumah, banyak yang tak di baiki dan betulkan... last2 aku yang malu dengan penyewa. Yang ownernya buat selamba jer .. Asben pulak tolong kemaskan rumah .. 

Itu sebabnya aku refused nak terima kalau owner nak sewakan rumah as where as basis sbb buat malu aku jer


Thursday, August 2, 2018

update pasal kebun

Dugaan banyak dalam bidang pertanian ni, dari nak tanam pokok sampailah ke tuaian. Fasa yang memeritkanlah bila hasil penat petani ini di "perlekehkan" dengan  menindas dengan menawarkan membeli dgn harga yang betul2 aku pun boleh down. 

So far tahap pengeluaran limau kasturi dan nipis agak memberangsakan... insyallah akan bertambah bila pokok semkin membesar. Dari segi pasaran aku jual direct ke kedai makan mamak, kedai tomyam dan kedai runcit. Mnggu ni asben dan aku gi kupdate pasar borong bertemu dengan pemborong dan peruncit untuk deal jualan limau. So far response yang diterima agak mengalakkan. 

Rupanya bidang pertanian ni kena cari market sendiri kalau nak harapkan badan2 kerajaan walaupun dah bertukar gomen responsenya masih sama tak berubah2...   

Slow2 cari networking untuk jual hasil kebun dan insyaallah akan melangkah jauh dalam bidang pertanian ini.. Semoga dipermudahkan...










Monday, July 30, 2018

Kunci Rumah Anak Dah Dapat

Alhamdulillah kunci dah dapat untuk unit d rumah d hujung sana. Semua mudah sebab buyer adalah staff pemaju dah terus buat direct transfer ke nama anak, strata pun ada terus masuk nama dalam geran strata. Ni sebagai hadiah untuk dia yang selama ni banyak tolong setup rumah2 sewa, jumpa penyewa, bantu di kebun, promosi jualan limau di kedai makan dan runcit dan deliver buah limau. Takde cerewet kalau suruh tolong apa2, lagipun dia ni jenis tak segan nak bertanya. Sekarang ni tengah belajar di salah sebuah kolej di Shah Alam, insyaallah tahun 2020 dah selesai corusenya.

Rumah ni mmg dapat pada harga bawah pasaran, jiran sebelah rumah beli dah 3 tahun lebih pun lebih 10K mahal dari harga yang aku beli... pernah masuk bid di tingkat 1 dan naik lebih 30K dari yang aku beli. Unit yg aku beli ni d tingkat 2 jer... ada bas Rapid lalu depan rumah lagi... Kata jiran sewa disini antara RM500-RM600 jugak.

Insyallah rabu ni sign SNP untuk unit di tengah2 kotaraya KL... proses ni mmg cerewet sbb seller baru siap transfer nama rumah ke namanya dari nama mendiang ayahnya... lawyer pun dah pesan ambil masa lama. Kata aku slow2 janji jalan sbb lawyer yg aku engaged ni mmg teliti dalam semua hal .. apa2pun semuanya berjalan lanncar

Thursday, July 5, 2018

Convert sewaan rumah ke bilik

Alhamdulillah sebuah rumah sewa yg disewakan bulanan d convertkan kepada sewaan bilik. Sekarang ni trend golongan muda mudi bujang lebih prefer utk sewa bilik. Antara sebabnya ialah kalau nak pindah keluar just terus bagi notis pada tuan rumah tanpa perlu nak mencari penganti penyewa kalau sewa rumah secara berjemaah..

Lagipun rumah ni dalam 4km dari rumah aku, mudah utk handle. Kalau jauh2 nun d sana banyak masa terbuang atas jalan. So far dah 3 unit di convertkan kepada sewan bilik. Dapat 1 offer utk sublet sebuah unit flat d seksyen 7 tapi buat masa ni aku agak sibuk lagipun rumah yg dibeli under nama anak dah dapat kunci.. lebih baik dahulukan unit kita kan..

Apa2pun semoga diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yg subur. Aminn


Saturday, June 9, 2018

Dugaan Di Bulan Posa

Tahun ini dugaan bulan puasa ialah tiga beranak masuk hospital sebab sakit mata yang amat teruk. Selalunya sakit mata dalam 3 atau 4 hari dah sembuh, keluarga aku 1 mggu tak kebah, dan semakin teruk sampaikan mata jadi bengkak, perit dan terasa sakit. Ubat GP dah habis tapi tak baik2. End up jumpa pakar mata dan 1st anak bongsu check in, selang 3 hari aku dan asben check in pulak, orang check in hotel aku check in msk wad, request sebilik dgn asben. setiap 1 jam nurse datang msk ubat, msk antibiotik, Alhamdulillah selepas 2 hari nampak progress, mata kurang bengkak dan sakit kurang. Anak dan asben bermalam 5 malam aku bermalam 4 malam di hospital. Nasib baiklah hospital dekat jer dengan rumah tak sampai 1km, senang jugak anak sulung hantar makanan dan baju. Untuk bil hospital 3 beranak dalam 13K juga, semuanya company cober costnya.

Nasib baik persiapan raya anak2 dah ready masa bercuti ke Jakarta\Bandung bulan march yg lalu, Utk aku apa pun belum beli lagi.. Supposedly aku kena operate cataract tapi aku selalu postponed2. Dulu aku short seeing lepas sakit mata ni dekat/jauh semuanya jadi kabur. 

Kadang2 sesuatu yg tak dijangka berlaku kepada kita, musibah2 dan dugaan tanpa kita minta, tanpa kita cari ia datang untuk memberi peringatan supaya lebih mendekati denganNYA dan taat kepada suruhanNYA. 

Aku insan biasa dan aku jarang bercerita sangat apa yang aku lakukan dari segi hartanah rumah, tanah dan kebun Cuma di sini aku suka tulis untuk catatan  pendorong aku. Aku dan keluarga adalah tersangat low profile sampaikan banyak orang tak tahu aku dan asben kerja apa... 

Lately ada beberapa perkara yang berlaku pada keluarga aku, tapi aku redha dan berusaha utuk menepis hasad dengki manusia. Mohon kepadaNYA lindungi keluarga aku dan hindari dari perbuatan mistik kepada keluarga aku .. 



Saturday, May 5, 2018

Alternatif Buat Rumah Di Kg

Bulan lepas sebuah projek PPR di kampung aku di lancarkan. Sebanyak 500 buah rumah akan dibina yang telah menjadi "havoc" sebab seluruh pelusuk yang merantau balik untuk mengambil borang. Menurut saudara yang kerja di Pejabat Daerah, sebanyak 50,000 di cetak. Ada jugak yang dok merantau puluhan tahun rumah pun belum di beli. Ada jugak yang tukar IC ke daerah aku sbb borang hanya dikeluarkan kepada pengundi parllimen di sini.

Baguslah ada kesedaran nak ada rumah walaupun dah nak pencen daripada langsung tak de asset rumah. Tapi yang menjadi kehairanan aku adalah kenapa mereka hendak tunggu sehingga projek PPR ini dilancarkan baru nak beli rumah ? Bukan tentu dapat pun kerana banyak tapisan2 yang dilakukan, belum tentu lagi kroni sanak saudara yg berkepentingankan. 

Tanah kampung lot no 1 tepi jalan di kawasan aku dalam anggaran max RM60-70k sahaja, ni dah kira tanah stategik. Kalaulah beli seekar 43000 sqft, kongsi 7 orang, seorang dah dapat keluasan 6142sqft, modal beli tanah katakan 60K bahagi 6 = RM8571 seorang. Katakan tolak rizab jalan, tiang api, pembetungan, buat taman mini, seorang contribute 2000sqft ada lebih lagi 4142sqft. Luas tu dah dapat banglo sebiji, lagipun atas tanah pertanian tak perlu nak dapatkan consent apa2, tak perlu bayar cukai pintu. Bayar cukai tanah sesekar baru RM30 setahun. Nak jimat lagi buat rumah ala2 rumah teres,, sederet 6 biji,, 

Ini pandangan akulah sebab kita ada alternatif untuk bina rumah sendiri, pakat adik beradik, pakat dengan kawan2. Plot masing nyer bahagian, masuk nama dalam geran, nah dah dapat sebuah rumah untuk kita.