Saturday, June 9, 2018

Dugaan Di Bulan Posa

Tahun ini dugaan bulan puasa ialah tiga beranak masuk hospital sebab sakit mata yang amat teruk. Selalunya sakit mata dalam 3 atau 4 hari dah sembuh, keluarga aku 1 mggu tak kebah, dan semakin teruk sampaikan mata jadi bengkak, perit dan terasa sakit. Ubat GP dah habis tapi tak baik2. End up jumpa pakar mata dan 1st anak bongsu check in, selang 3 hari aku dan asben check in pulak, orang check in hotel aku check in msk wad, request sebilik dgn asben. setiap 1 jam nurse datang msk ubat, msk antibiotik, Alhamdulillah selepas 2 hari nampak progress, mata kurang bengkak dan sakit kurang. Anak dan asben bermalam 5 malam aku bermalam 4 malam di hospital. Nasib baiklah hospital dekat jer dengan rumah tak sampai 1km, senang jugak anak sulung hantar makanan dan baju. Untuk bil hospital 3 beranak dalam 13K juga, semuanya company cober costnya.

Nasib baik persiapan raya anak2 dah ready masa bercuti ke Jakarta\Bandung bulan march yg lalu, Utk aku apa pun belum beli lagi.. Supposedly aku kena operate cataract tapi aku selalu postponed2. Dulu aku short seeing lepas sakit mata ni dekat/jauh semuanya jadi kabur. 

Kadang2 sesuatu yg tak dijangka berlaku kepada kita, musibah2 dan dugaan tanpa kita minta, tanpa kita cari ia datang untuk memberi peringatan supaya lebih mendekati denganNYA dan taat kepada suruhanNYA. 

Aku insan biasa dan aku jarang bercerita sangat apa yang aku lakukan dari segi hartanah rumah, tanah dan kebun Cuma di sini aku suka tulis untuk catatan  pendorong aku. Aku dan keluarga adalah tersangat low profile sampaikan banyak orang tak tahu aku dan asben kerja apa... 

Lately ada beberapa perkara yang berlaku pada keluarga aku, tapi aku redha dan berusaha utuk menepis hasad dengki manusia. Mohon kepadaNYA lindungi keluarga aku dan hindari dari perbuatan mistik kepada keluarga aku .. 



No comments:

Post a Comment