Saturday, May 5, 2018

Alternatif Buat Rumah Di Kg

Bulan lepas sebuah projek PPR di kampung aku di lancarkan. Sebanyak 500 buah rumah akan dibina yang telah menjadi "havoc" sebab seluruh pelusuk yang merantau balik untuk mengambil borang. Menurut saudara yang kerja di Pejabat Daerah, sebanyak 50,000 di cetak. Ada jugak yang dok merantau puluhan tahun rumah pun belum di beli. Ada jugak yang tukar IC ke daerah aku sbb borang hanya dikeluarkan kepada pengundi parllimen di sini.

Baguslah ada kesedaran nak ada rumah walaupun dah nak pencen daripada langsung tak de asset rumah. Tapi yang menjadi kehairanan aku adalah kenapa mereka hendak tunggu sehingga projek PPR ini dilancarkan baru nak beli rumah ? Bukan tentu dapat pun kerana banyak tapisan2 yang dilakukan, belum tentu lagi kroni sanak saudara yg berkepentingankan. 

Tanah kampung lot no 1 tepi jalan di kawasan aku dalam anggaran max RM60-70k sahaja, ni dah kira tanah stategik. Kalaulah beli seekar 43000 sqft, kongsi 7 orang, seorang dah dapat keluasan 6142sqft, modal beli tanah katakan 60K bahagi 6 = RM8571 seorang. Katakan tolak rizab jalan, tiang api, pembetungan, buat taman mini, seorang contribute 2000sqft ada lebih lagi 4142sqft. Luas tu dah dapat banglo sebiji, lagipun atas tanah pertanian tak perlu nak dapatkan consent apa2, tak perlu bayar cukai pintu. Bayar cukai tanah sesekar baru RM30 setahun. Nak jimat lagi buat rumah ala2 rumah teres,, sederet 6 biji,, 

Ini pandangan akulah sebab kita ada alternatif untuk bina rumah sendiri, pakat adik beradik, pakat dengan kawan2. Plot masing nyer bahagian, masuk nama dalam geran, nah dah dapat sebuah rumah untuk kita.


No comments:

Post a Comment