Monday, October 24, 2016

Kebun Di Kampung







Tanam lagi Cili padi bara...



Pokok Limau generasi pertama, setahun lebih

Limau Kasturi

Serai Mak


Limau Nipis .. Umur 4 bulan


Cili Jambak .. benih beli online dari Ali express

Bendi.. sebelah tu rumah sepupu







Sunday, September 25, 2016

sambungan :kerja ada kualiti .. tapi hampass

lps komplen.3x nilah yg ada kualiti kononnya..






nilaikan kerja2 mubarak yg kononnya kerja kualiti.. srh buang kayu yg sudah reput ..yg elok simpan belakang.. semuanya di longgokkan di belakang.. aku jugak yg kena sort out yg mana dah makan anai2..susun baik2 dan tutup elok.. mmg panas hati aku dgn si mubarak ni..kerja ada kualiti kononnya.. 

Saturday, September 24, 2016

Kerja ada kualiti, tapi hampas

Dalam posting sebelum ni aku ada cerita pasal ambil kontraktor bangla. Mula2 harga maha; jugak, lepas tu asben minta downgradekan gate pagar untuk lower downkan upahnya. So bangla ni bagi harga RM15,626.00 tapi katanya kalau kitaorang berpuashati dengan kerjanya kalau boleh bagilah dia RM16,000. So maksudnya yg lebih tu bonus dialah,,okay deal..

Mula2 kerja okaylah, tapi bab mengecat sampai 3x aku komplain.. komplain 1x buat siikit, 2x buat sikit 3x buat sikit.. sampai aku give up. barang2 yang tak berguna kena buang, ni ada di lambaknya belakang rumah, pintu buruk, kayu2 buruk. rumah sepatutnya di bersihkan di cuci ni tinggalkan mcm tu jer. 

Tempat patut kena letak filler, hentam kasi cat, mmg aku sungguh tak puas hati. Bangla ni adik ipar aku yang rekemen, direkemen oleh kawan hartanah kita, kalau sebut nama sure tahu. Tak salahkan sapa2 tapi bangla ni namanya Mubarak .. Asben bagi tahu kalau nak RM387 du dtg hari ni buang semua barang2 buruk dah touch up balik mana2 yg aku tak puashati.. aku nak ada masa dorang buat kerja touch up.. Ni pulak kata tipu dia .. dia tipu aku adalah, kerja mengelat.. 

Selalunya bab2 mengecat ni kitaorang buat tapi sebab kekangan masa nak menyiapkan rumah di Cheras sbb penyewa masuk tengah bulan september.. mmg ni last aku pakai khidmat si mubarak, adik apu pun kena jugak, lagi sakit hati dengan kitchen kabinet yg disiapnya.. 

ni aku share sket yg tak puas hati

cat tak sampai bawah... 

marah tak agaknya korang

dah suruh buang .. tapi tinggal macam ni

kerja ada kualiti katanya .. hmm hampas

kalau di perhatikan .. ada cat tal kena

ni pun sama..banyak lagi 

Monday, September 19, 2016

Update Pasal Kebun

Tahun ni berhari raya haji d kampung, ambil extra cuti. Jenguk2 kebun tanaman.. dapat menuai cili padi bara, hampir sekilo jugak.. tanam atas tanah jer.. pokok ni rupanya jenis renek paras lutut jer..
Bagi kat jiran dan sedara mara. mmg seronok  tapi jenuh jugak nak memetiknya.. ini baru sedikit pokoknya.. insyallah fasa kedua dlm 300 pokok akan d tanam lagi sebulan.. dan juga fasa2 seterusnya..

La ni tengah cuba2 biak halia..  baru testing2 semai dalam polsterine.. once dah keluar sulurnya baru blh pindah... potensi tanaman halia ni okay jugak...






Thursday, August 25, 2016

Kebun Limau

Balik ke kampung selang 2 atau 3 minggu telah menjadi rutin aku untuk menjengah kebun limau yang sedang diusahakan. Asben nak meracun rumput2 yang galak menghijau. Dari apa yang aku perhatikan pokok limau ni kalau semak sikit pembesarannya perlahan dan serangan ulat pun susah di kawal. Begitu juga racun serangga kalau tak racun lebih 3 minggu habis daun kena makan, pokok jadi togel dan daun2 jadi kerekot. 

Bila kita tengok kebun semak dan pokok2 limau pokok tak cantik boleh jadi demotivated tau. So far semua kerja2 meracun dilakukan oleh asben dan dibantu oleh akulah. Kendonglah pam racun. Bila kita lakukan sendiri mmg ada kepuasannya.

Kos terbanyak Fasa 1 tanaman limau nipis ni ialah kos pagar yang menelan belanja ard 7K sebabnya ada lembu2 yang bertuan tapi lembu berkeliaran merata2. Malas nak bergaduh, naikkan pagar. Lagipun adalah aku tanam pokok cili padi. Target cili padi ni pun saja2 jer tanam adalah hampir 200 pokok jugak. 

Sebelum balik jumpa SO minta dia buat plan persempadanan.La ni semua main agak2 ni sempadan tanah aku tanah engkau. Once dah ukur baru aku akan minta kontraktor backhoe tolak semua sawit.

Plannya bulan 9 nie settlekan urusan ukur sempadan, pertengahan bulan 11 settle masuk backhoe bersihkan tanah, bulan 12 dah boleh tanam pokok limau. 

Cadangnya juga aku nak tanam limau kasturi dalam 200 pokok d kebun ni, kata mak aku tanam juga limau purut. Katanya ada permintaan. Semoga urusan Fasa 2 ni di permudahkan.









Friday, August 19, 2016

Turun Bid Rumah

Semalam turun bid sebuah rumah yang mana terdapat 20 orang pembida..hehe..dengan budget yang ciput seteleah mengambil jumlah tunggakkan repair rumah ni, aku taklah meletakkan budget yg tinggi. Lagipun unit top floor rumah mmg ada lantai dan dinding jer, bumbung pun hancur, boleh nampak langit.

Aku berpendapat mmg tak masuk akal harga yg di bida, tinggi sebab berlambak2 lagi rumah yang sebegini dengan rental yield yg bagus yang boleh di beli thru sub sale. Btw, setiap orang lain pendapatkan, ini pendapat akulah.  Masuk lelomg, bukan untuk menang tapi masuk lelong sbb nak dapat rumah yang bawah market value.


Dah lama juga tak masuk lelong ni, semenjak mc 3 bulan dan jugak projek agri-limau nipis. Banyak masa dan tenaga aku tumpukan kat projek ni.

Rumah aku di sana dalam proses ubahsuai, buat parking, minor renovation. Kali ni engaged kontraktor bangla pulak. Indon yang selalu aku engage to dah naik harga, agaknya sudah ada demand, tu yang tarik harga.

Market property la ni utk high end mmg ada penurunan dari segi harga jual dan sewa. Sapa2 yang beli high end projek yg tidak ada power holding yang kuat mmg terasalah.. worst scenario kena sewakan pada harga yang rendah dan kena top up.


Friday, July 29, 2016

Subletter Putar Alam

Lama tak menaip di blog ni. Sibuk sangat selepas MC panjang... busy di opis, busy di rumah, busy di kebun...

Ni aku nak citer pasal Subletter yang aku kategorikan memerangkap owner rumah. Citernya macam ni, pada bulan depan ni salah sebuah rumah aku akan kosong. Naik iklan, banyak tapisan yang di buat. At last ada seorang student katanya memerlukan rumah segera dan tak sampai beberapa jam terus bank in sebulan deposit dan bakinya diserahkan semasa handover kunci. Kononnya akan duduk bersama2 rakan2 kuliahnya.

Hari ni watsapp asben bagitau sebenarnya dia nak sublet rumah aku ni ... apa yang aku benggang ialah lagi 2 hari nak masuk baru cakap nak di subletkan..Kenapa nak menipu kata nak duduk dan sebenarnya nak di subletkan.

Haruskah aku percaya manusia yang sebegini ? So kenalah gentlemen sikit janganlah menipu. Siap bagitau kalau asben tak bagi sublet dia nak balik duit tu.. Kalau macam ni perangai subletter apakah akan terjadi pada mereka yang mendiami rumah ni kelak. Ada ciri2 putar alam subletter ni.