Alhamdulillah dapat berita baik dari pejabat tanah mengenai tanah moyang ke nenek dan ke mak aku dan ke aku bernoktah semalam. Tanah ini tanah teroka moyang dulu, takde geran puluhan tahun sehiggalah mak aku decided minta aku uruskan dengan pejabat tanah dan terus di letakkan nama aku... lebih 6 tahun baru exco negeri luluskan... dah 2 pru baru selesai. kerajaan bertukar baru settle..
Since tanah teroka dapat geran pajakan mukim,, apa2pun geran tu yang penting. kena bayar almost 1k kepada pejabat tanah.
Banyak di kampung2 kes tanah pusaka yang berlapis2 nama, end up takde sapa yang ambil peduli dengan alasan "renyah" nak buat. Sebab tulah banyak tanah orang kita terbiar dan susah nak tentukan hak yang sahih. Adakah hak orang lain pada tanah tersebut. Jadi usahakan selesaikan orang omputeh kata " lets the ball roll kalau tak roll bila nak jalan kan..
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Wednesday, July 17, 2019
Sunday, June 30, 2019
Gelagat orang
Suka tgk gelagat orang, suka angkat besar. Suka sangat kelentong otang. Citer terbaru adalah mamat ni canang satu dunia di kerja di satu tempat yg gah. Status dalam FB siap tulis kerja di tempat ini... Rupanya kerja cleaner jer pn itupun syarikat kerja dapat kerja contract disitu.
Agaknya cleaner2 kerja tempat aku up status d bamking sektor. Atau pun work at PM office
Yang diperbodohkan ialah orang2 kampung yg bermatian percaya kat si polan ni
Aduh....
Dunia ni kecik jer. Semua di hujung jari jer.
Apa2pun esok aku cuti 7 hari compulsory leave. Tak ambil tak comply pulak dgn bnm nyer rules. . Balik kg tggu durian gugur sambil2 buat kerja kebun..
Biar menunduk kebawah walau setinggi mana engkau. Jujur pada diri jujur pada semua dan jangan sesekali mendongak hingakan kau tersadung langgar tunggul....
Monday, May 13, 2019
Jgn Sesekali Bertelanjang di Media Sosial
Kadang2 aku pun nak tergelak2 bila baca posting di media sosial. Macam2 mahu dikongsikan, macam2 tips pun ada, berkongsi cerita benar pun ada walaupun tanpa disedari apa yang dikongsi itu umpama ludah kelangit jatuh ke muka sendiri.
Cuma ingatkan diri sendiri tidak terlalu obses menunjukkan kisah2 benar yang mahu dikongsi, di war2kan dipertontonkan kepada awam. Mungkin terlalu obses bercerita kejayaan, kecekalan, kesempurnaan hinggakan "menelajangkan" peribadi kita sendiri.
Jangan kerana 1% follower yang like yang response agak berapa banyak berkata "bodohnya ko ".
Btw, hiduplah bersederhana dalam apa jua yang kau mahukan dalam hidup...
Mungkin agak2nya nanti nak minta anak cucu cicit berbangga dengan "ke open an" opah dan atuknya ... mungkin untuk dijadikan pusaka kemegahan warisan ...
Monday, April 22, 2019
"Gajah pun Boleh Terbang "
Semalam scroll2 FB dah ternampak satu posting mengenai ketidakpuasaan seorang ahli group FB yang agak DIVA, pernah masuk TV, pernah masuk paper, pernah dinobatkan anugerah cemerlang perkhidmatan awam...
Setahun yang lalu dulu si Diva ni pernah screenshot comments aku dalam FB yg mana beliau adalah Admin FB group tersebut. Dia kasi aku popular satu komuniti dan beratus2 comments terhadap si posting DIVA ni..
Dalam FB DIVA ni posting semua transaksi ribu-ribuan, order masuk kiri kanan, almaklumkan DIVA kan..
Last2 aku left group tersebut.. panas hati aku tengok..
Allah nak tunjuk, semalam ada hamba allah ni buat posting siap keluar muka si DIVA ni dengan captured conversation wasap... wah merendah diri down to the earth.. bagitau dia takde duit nak bayar sebab bisnes tak okay.... Agaknya nilah spesis sembang gajah pun boleh terbang tapi hakikatnya ...
Btw jangan kita ainaya orang, jangan kita jatuhkan orang, jangan kita malukan orang sebab kita belum tentu selama-lamanya sempurna...
Setahun yang lalu dulu si Diva ni pernah screenshot comments aku dalam FB yg mana beliau adalah Admin FB group tersebut. Dia kasi aku popular satu komuniti dan beratus2 comments terhadap si posting DIVA ni..
Dalam FB DIVA ni posting semua transaksi ribu-ribuan, order masuk kiri kanan, almaklumkan DIVA kan..
Last2 aku left group tersebut.. panas hati aku tengok..
Allah nak tunjuk, semalam ada hamba allah ni buat posting siap keluar muka si DIVA ni dengan captured conversation wasap... wah merendah diri down to the earth.. bagitau dia takde duit nak bayar sebab bisnes tak okay.... Agaknya nilah spesis sembang gajah pun boleh terbang tapi hakikatnya ...
Btw jangan kita ainaya orang, jangan kita jatuhkan orang, jangan kita malukan orang sebab kita belum tentu selama-lamanya sempurna...
Thursday, March 7, 2019
salah diri sendiri atau ...
Aku suka tengok orang-orang yang bergaya serba kemewahan, habiskan dengan minat mewah, makanan mewah, kenderaan mewah2 dan hobi mewah, lepas tu mengeluh bila anak nak masuk sekolah takde duit, bila nak renew road tax insuran takde duit, nak bayar bill2 takde duit .. nak ziarah orang tua di kampung takde duit bayar minyak...
Tapi vroom breakfast ke pau tanjung malim ... vroom pula ke tanjung lumpur untuk lunch. slash kad kredit untuk melancong oversee... update kat fb senyum sampai ke telinga ..lepas tu nak bayar min payment pun sangkut2... minta bank reschedule... sanggup menyewa rumah nuunnnn jauh di sana sbb nak rumah banglo... pergi balik ratusan km dgn tol dan duit minyaknya... ada juga beli rumah max dsr kononnya tapi hutang kecik berderet2.... dan bangga dgn tagline #takrugibelirumah ...
Ada yg dapat duit macam beruk dapat bunga... macam2 nak beli ... last2 habis. Ada juga yang terlalu sayangkan anak, duit kwsp dapat 400k 500k , duit tulah nak renovate rumah ratusan ribu, kenduri kahwin anak, bagi anak duit melancong, belanja sana sini sbb kena nak minta orang puji, beli keta besar beli motor besar... setahun dua duit dah habis .. lepas tu salahkan kerajaan sbb harga barang mahal... hmmm tak pernah salahkan diri sendiri
Ada jugak langau yang dok kata harga rumah mahal2...suruh beli rumah dalam kemampuan tak mahu .. mau landed mau yag berswimming pool, mau yg ada guarded, kalau boleh sebelah tempat kerja, sebelah pasar, sebelah sekolah anak ... lepas tu salahkan orang salahkan kerajaan rumah mahal ..
Ada juga yang terlalu optimis nak jadi cepat kaya .. kalau boleh esok nak jadi jutawan dah... inbes dalam mlm.. minta mak ayah bergolok gadai jual apa yang ada, minta sepupu sepapat join kononya goyang kaki duit mari2... last2 mak ayah kena semput2, sakit kepala nak bayar bunga pajak gadai, dengan sedara mara jadi musuh, tak berani tunjuk muka...
Biarlah perpada berbelanja biarlah bergaya tak sesegak orang dan ada kenderaan yg boleh kita bergerak.... jji hari2 tak pening duit takde, bila tak kerja ada duit masuk hari2....
Thursday, February 28, 2019
Ingat nak rehat tahun ni
Baru 3 hari lepas posting tahun ni mungkin tiada hartanah nak dibeli sbb nak kumpul modal.. Malamnya kakak sepupu call asben bagi tahu yg dia sepakat dengan adiknya nak jual tanah lot belakang tanah aku. Kiranya aku 1st lot, tanah dia ni 2nd lot yang bersambung dgn tanah aku.. Pernah offeer nak beli 3 tahun lepas tapi katanya sayang nak jual..
Katanya tak nak lepas pada orang luar sbb harga yg di offerkan agak menarik juga. Luas tanah 4 ekar ++, maknanya bila bersambung dgn tanah aku akan jadi 5 ekar. Bukaan 4 segi sama....Nak buat rumah sewa pun boleh juga ni. sempadan belakang tanah ada pula taliair bawah JPS..
Adat membeli mestilah menawarkan walaupun dah tahu dah murah, akhirntya dipersetujui pada harganya. Insyaallah mggu depan boleh sign 14A, bayaran beli tanah ni kena tunailah. Yang bestnya bila di tukar nama terus dapat single geran.
Rasanya lah ini lah tanah last aku ada, sbb campur2 dah ada 12 ekar dah tanah termasuk di bagan datoh yang dalam di plannya akan di let go sbb dah tua2 nnt dah tak larat nak ulang alik sana dah.
Yang penting semua tanah aku adalah 1st lot samada dari jalan besar, jalan kampung dan jalan kebun..
Orang lain nak duduk opis tapi aku pulak beria2 nak bertani..apa2pun semoga di permudahkan
Monday, February 25, 2019
2019 tahun cabaran
1st posting utk tahun 2019. Sangat sibuk dengan hal2 di opis, rumah, berkebun dan bisnes2 online. Selagi terdaya dan selagi ada minat.. Kalau ada minat dan terdaya buat ajerlah..
Tahun 2019 yang mencabar dengan inflasi yg meningkat2, banyak bisnes yang bungkus, semakin hari semakin ramai orang sekeliling kita hilang kerja, pendapatan yg semakin berkurangan. Pak2 menteri telah memberikan bermacam2 idea untuk menambah pendapatan mahupun ada yang logik, sipi logik dan tak masuk akal. Apa yang penting kena ada usaha dari diri sendiri juga, usaha dan tawakal itu jer yang perlu di buat.
Tempiasnya juga untuk pelabur hartanah juga, ada hartanah yang turun sikit nilainya, kadar sewa yg berkurangan. Kalau dahulu nak dapat penyewa mmg agak senang, sekarang ni agak sukar sedikit dan bakal penyewa pun dah pandai demand macam2...
Btw, tahun ini adalah tahun untuk mengaut hartanah bawah pasaran. Banyak hartanah bawah MV yang menarik utk dibeli samada thru lelong atau subsale.
Tahun ni mungkin tiada penambahan untuk tanah dan rumah. Kl beli pun gunakan education fund anak sulung tambah unit under dia. Nak standby modal untuk projek pertanian yang mana aku dalam proses permohonan tanah tol. Keputusan dalam 6 bulan jugaklah.. kalau dapat asben resign dan manage projek ni. Fokus untuk cash-crop dan juga long term untuk backup income.
Apa2pun yang kita rancangkan kadang2 pun out jugakkan.. tapi at least kita ada aim yg kita nak. Apa2pun usaha dan tawakal
Subscribe to:
Posts (Atom)