Monday, April 23, 2018

2018 - 2 unit utk tahun ini

Setelah seminggu akhirnya agent bagitau owner dah signed borang ITP. Ni bukan sebab owner tak nak sign tapi sbb agent ni tamak sangat kalau ada buyer lain yg offer pada harga yang lebih tinggi. Harga yg offer adalah RM20k lebih rendah daripada yg dia offerkan, sbb aku adalah cash buyer, mestilah aku akan offer harga yg lebih rendah.. Hari2 aku kacau agent ni, follow up pasal ITP ni, last2 aku bagitau yg kawan asben aku adalah top agent di agency di mana dia ni bernaung. Barulah dia ni alert sikit dan baru nak mengelabah. Lately mmg banyak unit2 bawah market value di iklankan, jadi sekarang ni kita as a buyer banyak pilihan utk memilih hartanah yg memberikan pulangan yg menarik. Cadangnya aku nak buat sewaan ikut perhead sbb lokasi rumah ni sangat2 hot di tengah kota Kuala Lumpur, boleh gi kerja jalan kaki jer, even nak ke Times Square, nak ke Low Yat, Imbi Plaza, Bukit Bintang jalan kaki jer sampai. Dah jimat sangat2, tak perlu nak bayar parking, tak perlu nak bayar tol, bayar train, cuma exercise jalan kaki...Semoga dipermudahkan urusan pembelian ini.

Pada Jumaat lepas anak aku yg sulong selamat sign S&P untuk unit yg diletakan bawah nama dia. Ni pun bawah market value dalam RM25K jugak, pernah masuk lelong di sini tapi kalah, Ni rezeki terpijak agaknya. Owner adalah staff syarikat pemaju, dia dapat pun rumah ni free.. Sbb tu dia jual murah agaknya. Kadar sewa di sini pun tengah naik, aku jangkakan akan boom lagi 2 atau 3 tahun lagi setelah mall beli belah dibuka berdekatan dengan rumah ini.

Baru ni asben bagitau yg jiran sebelah rumah menyesal sebab tak beliau tak beli rumah di kawasan rumah ni. Katanya flat buruk tingkat 4 di situ pun dah dijual 80K. Dulu masa aku gi buka rumah ni aku dah bagitau kawasan rumah ni akan meningkat setelah MRT dan jalan exit baru di buka. Pernah bagitau aku yang apartment ni susah nak cari penyewa dan nak jual pun payah. La ni menyesal tak sudahlah ya. Asben aku ni pun tahu, setiap unit yang aku intend nak beli mmg aku akan buat research dahulu blue print kawasan tersebut. 

Rasanya tahun ni adalah tahun terakhir aku nak beli rumah rasanya, yalah almost 10 tahun dah aku terlibat dalam pelaburan hartanah ni secara part time, itu sebabnya aku tidak berminat nak reveal " who i am ". Secara amnya aku berkerja di sektor banking almost 25 tahun, dari sebuah bank, ke sebuah bank. Secara konsistennya setiap tahun average pembelian rumah dalam 2.5 buah setiap tahun, tak banyak pun di bandingkan dengan yang lain. Plannya aku nak anak aku take over manage rumah2 ni.

Btw, itu hanya perancangan, tapi beli rumah ni macam dah jadi gian, hari2 nak cari rumah utk dibeli ..  sbb dah sebati dengan jiwa kot. La ni tengah involved benda baru pulak, ni tak perlu nak kesana kesini, cuma kena ada PC dan phone sahaja. Ni pun kawan opis aku yang expert pasal benda ni yang membantu. Apa2pun semuanya ada risiko, kalau tak nak risiko simpan duit kat Bank ajerkan..








No comments:

Post a Comment