Monday, March 26, 2018

Lagi Rumah Market Value

Alhamdulillah lagi sebuah unit dibeli melalui subsale, harga bawah market valuie 25% dari harga pasaran. Harga pun lebih murah dari harga lelong, pernah bid di kawasan yang sama tapi kalah. Owner pun dah habis bayar rumah ni, strata pun dah ada cumanya owner tak buat strata perfection. Rumah ni di tingkat 2 dan jangkaan ROI 10% jugak pun letak atas nama anak. Nnt bila dia habis belajar dah ada payslip boleh cash out untuk rolling balik.. 

Menurut owner ramai yang berminat nak view rumah ni almaklumlah rumah bawah pasaran sapa tak nak kan .. 

Aku dan asben mmg selalu risik2 dengan kawan, google sana sini utk carikan unit2 bawah market value yg mampu belilah. Kawasan ni dulu2 mmg sejuk beku rasanya, mmg aku pun tak hingin tapi la ni wowow semua sudah ada. Jangkaan aku lagi 3-4 aku anggarkan market value rumah ni akan naik 2x ganda... Aku dan asben mmg target beberapa kawasan yang kami rasakan akan boom dari segi rental dan mv. Research dari segi market value, rental, development dan target penyewa/pembeli.. 

Btw,walaupun mood tengah tak best sebab bonus company menyusut ..huhu tapi allah tu adil dia beri aku rezeki rumah bawah market value kira bonus jugaklah kan.. Semoga dipermudahkan dengan segala urusan

Wednesday, March 14, 2018

Rumah Bawah Market Value Untuk Anak

Tahun lepas dapat offer dari seseorang utk carikan buyer rumah kos rendah, harga yg letakkan mmg rendah at least 40K -50K dari market value. Tak perlulah aku reveal sbb kawasan ni sangat2 hot. Rumahnya pun ditingkat 3 jer, lift rosak boleh guna lift, kebetulan unit ini adalah endlot, ada extra tingkap.  Bulan ni pun 2 unit rumah di sini masuk lelong.. harga yg dijual mmg dibawah harga lelong. Katanya kalau dapat jual lebih adalah komisyen, pandai2 lah adjust harga katanya. Seller ni pun satu jugak, bayaran di bank pun ikut mood dia nak bayar sedangkan tiap2 bulan dapat duit dari penyewa.

Setelah berbincang dgn asben dan pendapat lawyer, takde halangan kalau rumah ini dibeli under nama anak sulung. Ini sebagai rewards kat dia sebab rajin menolong dalam hal2 dirumah dan di kebun.. Untung anak2 sekarang ni. Seller pun setuju duit 10% digunakan menyelesaikan oustanding maintenance dan segala hutangnya. Kalau ada lebih baru serahkan kepada kalau tak cukup buyer kenapa top up dan akan ditolak semasa full disbursement. Alasanya win-win situation sebab dia jual murah. Dari Loan Agreement dengan Bank  tempoh pinjamanya adalah 15 tahun yg sepatutnya tamat dalam tahun ni ...

Esok akan submit semua document ke lawyer untuk proses pembelian... harapnya prosesnya selesai hujung tahun ni, sebab sekarang ni aku tersangat sibuk... orang lain nak cepat aku pulak nak masa lama. kalau dulu2 hari ni bayar kalau boleh esok dah nak rumah ... 

Semoga urusan ini di permudahkan

Friday, March 2, 2018

Terpaksa Sewakan Ikut Bilik

Terpaksa menukar strategi dari sewa rumah ke sewa bilik itu yang aku lakukan walaupun cuak dan risau takde penyewa. Pada mulanya aku iklankan sewa untuk satu rumah tapi takde sambutan, ada sebuah rumah tu hampir 2 bulan diiklankan dan sebuah lagi hampir sebulan setengah.

Satu unit di Kajang dan satu unit di Bangi, alhamdulillah dalam masa 2 mggu di iklankan dalam portal dan facebook, kedua2 unit dah fully booked. Syukur alhamdulillah. Tak sangka pulak sambutan bilik sewa di Kajang dan Bangi sangat bagus. Kalau dari segi cash flow mmg dikatakan almost 3x lebih dibandingkan sewaan satu rumah. Kos setup untuk satu rumah dijimatkan dengan menggunakan perabot dan barangan eleterik yang masih elok tapi tidak digunakan lagi. Daripada dok menyemak di rumah dipindahkan utk kegunaan rumah sewa. Ada benda yang dapat free bila kawan asben yang sewakan rumahnya fully furnished suruh ambil mana2 barang2 yang dia tak nak... Duit yang keluar dari poket dalam 6K jugaklah.. Deposit sewaan dan sewa bulanan pertama dapatlah cober balik kos setup.

Yang kasihannya asbenlah lepas maghrib bawa potential tenants view rumah, anak yang sulung tengah break sekarang ini banyak membantu menyiapkan rumah dan bawa tenant masuk rumah. Esok pun dia akan ke shah alam serah kunci dan TA.

Insyaallah lepas ni ada lagi sebuah rumah lagi nak diselesaikan.. tertangguh lama sebab banyak masa di habiskan di kebun dan aktiviti jualan pokok... Sekarang ni sedikit demi sedikit minta anak yang buatkan, bagi dia belajar jaga rumah2 sewa. Walaupun dia masih belajar di kolej tapi aku nak di expose dengan apa yang aku buat almost 10 tahun ni.

Insyaallah lepas ni aku dan asben nak ambil seunit rumah untuk sublet di kawasan rumah aku ni, aku nak anak aku handlekan A-Z, aku dan asben hanya akan guide dia. Dari research yg aku buat sekarang ini permintaan terhadap bilik sewa di area rumah aku ni agak baik sbb tengah pesat membangun dan mall2 dan pusat perniagaan yang baru siap dibina.

Tak salah mencuba benda yang baru tapi kena lakukan research sendiri. Kalau nak ikut2 orang, kena tengok strength kita, bandingkan kita dengan orang tersebut. Apa risk yang kita nak ambil apa exit plan kita ...