Perkara terhangat yang diperkatakan sekarang adaah isu cukai
GST dan juga cadangan menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun...
Ini adalah pandangan aku
yea. Kononnya pelaksanaan GST ini memberi impak kecil kepada rakyat,
harga barang akan menjadi murah, banyak yang turun, sedikit ajer yang naik..
Itulah promosi yang dicanangkan tapi sebagai seorang pengguna ada yang
menyokong dan ada yang membangkang. Lepas 1hb April maka ramai yang naik
hangin.. Btw. inilah realiti yang kita kena hadapi sekarang ini.. kuasa beli semakin mengecil ... kuasa
menabung pun semakin kurang...
Isu menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun pun satu
hal jugak. Pada aku seharusnya KWSP memberi pilihan kepada pencarum samada nak
keluar pada umur 55 atau 60 tahun. Itu duit kita kan, mmg setiap tahun dapat
dividen tapi sebagai pencarum aku berhak menentukannya. Kalau dinaikkan ke 60
tahun, tanpa persetujuan kita sebagai pencarum, ini dah jadi macam komunis ...
sorry emo sikit
Aku tertarik dengan entry di The Star Too Poor To Retire ..
Kononnya 68% daripada ahli KWSP pada usia 54 tahun memiliki kurang daripada
RM50,000. Betul ker ? Pada pendapat akulah, golongan ini adalah mereka yang
dulunya bekerja dan selepas itu berkerja sendiri. Ataupun mereka2 ini adalah ex
army yang tamat perkhidmatan 21 tahun dam berkerja di sektor swasta selepas
persaraaan dari tentera. Dan mungkin juga dahulunya mereka ini bekerja sendiri
dan akhirnya berkerja dengan syarikat2.
Btw, sebagai orang yang makan gaji macam aku ni, apa
persediaan kita bila dah pencen nanti. Ya, kenalah rancang dari sekarang
sebabnya masa ni, kita masih banyak masa yang boleh kita lakukan. Sebagai
contoh, kalau ada tanah, bolehlah plan tanam getah atau sawit, kalau takde
tanah, bolehlah riki2 cari. Boleh jugak beli2 rumah untuk dijadikan rumah sewa.
Bila pencen nanti, katakan semua loan dah settled.. Kalau ada 5 buah rumah,
kalau sebiji sewa RM800 dah ada RM4000 dah .. Kalau setahun beli sebiji, 10
tahun dah ada 10 biji. Bukannya masa pencen tu kita nak bergaya dan menunjuk
tapi tak perlulah bersusah2 nak cari duit untuk makan, minum..
Mggu lepas masuk lelong bid 3 unit, untuk aku, kakak dan
kawan asbsen, semuanya tewas ... menang itu rezeki, kalah tu please try again
:) just nak pesan, masa sesi lelong tu
kenalah berhemah sikit, kan tak perlulah nak tunjukkan sikap terlalu excited ..
No comments:
Post a Comment