Jurnal Pelaburan Hartanah
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Tuesday, May 18, 2021
Beli rumah subsale tahap barai
Tuesday, April 6, 2021
Revert to Aim
Baru dapat login... password terlupa dan kekangan masa bzzz mengalah najib razak naik turun court ..haha..
1st entry untuk tahun 2021.. hampir setahun tak mencoretkan kisah2 aku kat sini.. ada ka yg nak baca ? tapi suka aku taip supaya apa yg aku coretakan ini menjadi sejarah utk aku selak kembali.. walaupun satu purnama sekali .. mengimbau apa yang diinginkan apa yang dicitakan apa yang menyenangkan dan apa yang menyedihkan.. mungki tiada sapa yang mengenali aku tapi aku kenal semua player2 market hartanah lelong.. ada yang aku pernah berbual ada yang pernah aku hanya memberikan salam.. tapi disebabkan aku ni pemalu katakan .. tak sapa pun tahu sapa ku .. rasanyalah ,.. walaupun ada juga yang cuba menjejaki aku di facebook ..
Setelah hampir 28 tahun di sektor perbankan .. aku mengambil keputusan untuk resign dengan mengambil skim mutual seperation scheme dalam tahun ini. Setelah berbincang dengan en asben dan adik beradik aku rasa noktah aku hanya di sini. Aku rasakan enough it enough utk berkerja dengan orang. Aku nak berbalik kepada tujuan asal aku titipkan pada posting 1st aku di blog ini.
Aku mahukan buat apa yang aku inginkan selama ini iaitu balik kekampung enjoy hidup tanpa tekanan tanpa stress. involving dalam sektor pertanian, penternakkan yang aku amat minati.. dalam skala kecil sebagai tanda "ada kerja " hobi baru..
Untuk anak2 aku dah allocatekan simpanan utk pendidikan, insyaallah boleh menampung anak yang bercita2 mahu mengejar impian seorang doktor. Memberi ilmu selok belok manage rumah sewa, minor repair, tahu kat mana rumah2 aku ..sapa lawyer yang aku selalu deal.. tahu serba sedikit mengenai market hartanah, tau kat mana tanah2 aku dikampung dan kampung. Aku mempersiapkan mereka sedikit ilmu sedikit informasi jikalau aku sudah tidak kuat lagi ..
Itu yang aku citakan, semoga anak2 menjadi pewaris impian, menambah baik lagi dengan apa yang aku usahakan ..
INSYALLAH ...
... syahproperty...
... 6/4/2021
Friday, April 10, 2020
Coretan Waktu Covid 19
Ni ada masa time MCO, ni yang rajin sikit nak tulis kat sini... Walaupun MCO kena datang kerja seminggu 2 atau 3 hari seminggu sbb ada lagi trader2 dan back office keja. Just standby handle BAU dan guidance user, selebihnya layan facebook dan facebook
Azam lps raya haji hingga sekarang kuruskan badan, dah 40 series kenalah jaga, kalau tak seperti menjemput2 penyakit singgah. Alamdulillah dapat mengurangkan 20 kg dalam masa 8 bulan,, bolehlah pakai saiz M, BMI pun dah Normal, dullu Obesiti, Target lagi 5 kg . Harap boleh maintainlah ...
Bank bagi Moratorium untuk tangguh bank loan installment. Untuk bula april aku bayar semua loan. Kemungkinan akan hold bayaran 5 bulan kot, kumpul duit monthly, kumpul dan full settlement loan rumah yang dah ada strata..at least aku boleh pegang geran rumah 😎.
Renovation rumah kecil di tenga2 bandaraya tertangguh deisebabkan PKP ni, sebelum PKP pun contractor pun takut sebab 70% penduduk adalah chinese, katanya tak pasal2 kena covid.... apa2pun bertabahlah..
Time PKP ni juga alhamdulillah ada rezeki masuk, beberapa penyewa bilik check in. Rumah2 utk sewa ni pun dekat2 je dgn rmh.
Tahun ni dari segi nak cari penyewa mmg agak susah sikit, nasib baiklah takde ambil sublet. Kalau tidak jenuh jugak kan. Walau bagaimana pun dapat jugak cover bank loan, maintenance dan bills, adalah untung kat situ..
Pasal tanah-tanih, alhamdulillah sepupu aku setuju jual 2 bahagian tanah dorang, tapi disebabkan adik aku beria2 nak buat rumah kat sini, satu bahagian aku bagi kat dia. Bermakna bahagian aku dalam geran adalah 3/4 dan 1/4 adik aku nyer. Kl tidak dapat single geran. Ni sbb asben dah janji dengan adik lagipun tanah ni ditepi jalan kampung, kiri kanan ada jiran.. Harga bolehlah tak lah mahal sangat btw lebih tggi sedikit dari tanah sebahagian yang dibeli dari mak dan pak sedara 6 tahun lepas
Dapatlah aku 11 pokok durian yang tengah berbuah, belimbing madu, petai, cempedak dan rambutan. Sebelum PKP dapatlah aku dan asben clearkan suku tanah ini, pokok rambutan yang dekat dgn pokok durian. Cadangnya mmg nak clearkan habis, tapi PKP pulak . Cadangannya juga nak bina rumah kebun disini, kecik2 dalam 400 sft je, kontraktor pun dah dapat, katanya nak start pada awal april, sbb PKP tertundalah, mungkin tahun depanlah kot boleh di bina...kena bina juga sebab tanah ini bersambung dengan dua lot tanah seluas 6 ekar...kalau tak duduk pun boleh dijadikan rumah pekerja.
Lepas PKP ni akan onsite survey tanah betul2 mainroad antara bandar, oposite sekolah agama, 100 meter masjid, luas kecik dalam 3/4 ekar. Tapi aku nampak peluang tanah ni samada bina deretan kedai dan rumah sewa, Kedudukkan depan adalah mainroad dan belakangnya jalan lama. Harga yang diminta aku rasa agak murah untuk tanah yang bersebelahan dengan mainroad. Harap ada rezeki..
Pasal kebun, akhir tahun lepas hantu mat pet kebas limau nipis aku, anggaran 400kg jugaklah, sebelum ni dorang kebas limau kasturi. Ni dah sebulan tak balik, harapnya takdelah kena kebas..
Anak aku accident 3 hari sebelum CNY, tulang peha terkeluar dari pinggul. Masa kemalangan ada orang call dan bagitau, Ambulan bawa ke hospital kerajaan dan aku transfer ke private hospital malam tu juga. Alhamdulillah operation dilakukan pada malam tersebut. Bernasib baik juga sebab aku diberitahu hospital kerajaan tersebut tidak melakukan operation kerana berlaku kebocoran di dewan bedah dan kes akan direfer ke hospital yang berdekatan. Jika tulang peha tidak dimasukkan dalam masa 4 jam, semua saraf2 di peha akan mati, takut aku dengar.
Untuk tahun ni kena lebih berhati2 dalam apa2 jua perbelanjaan dan pelaburan. Now zaman Money Is King as we dont know what will happen ! economic resession globaly
Setengah oraang berpendapat ada peluang untuk bertambah kaya ! Pada akulah tak kaya sangat pun takpa janji survival during recession...
Sekian
Monday, October 28, 2019
Coretan di Vietnam
Cuma aku nak share sedikit pemgalaman pahit manis di sana.
Sampai di airport ambil bas ke Ben Tanh Market, terus google War Remnant Museum, namanya war kan muzium perang.. Aku leadinglah .. aku jalan2 toleh belakang asben aku dengan tukang kasut. Aku tanyakan kena nak cuci kasut sedangakan kasut pun baru 2x guna. Kata asben,tukang kasut tangkap ambil sebelah kasut dan cuci. Lepas cuci tukang kasut mintak 200K Dong = RM36. Apa kejadahnya tak sampai 5 minit mahal. Mulalah aku naik angin, bagitau yang kita tak suruh pun dia cuci kasut, dia yang tangkap ambil kasut masa berjalan. Aku nak bagi equipvalent RM5 kat si pencuci tu. Tak nak pulak, end up si pencuci tu blah ..
Hilang mood nak gi muesum, terus jalan ke Hotel untuk check in. Sampai di Hotel, reception bagi tau supaya berhati2 semasa di Ho Chi Minh, banyak peragut, banyak penipu dan utk teksi guna grab yang lebih murah dan selamat. Jadi kemana2 aku naik grab, mmg murah dan takde kena tipu.
Untk makan malam aku ke Malaysian Street ada a fews kedai makan muslim, harga makan mmg agak mahal tapi dah takde pilihankan. Kedai Hjh Basiroh dan Kedai Osman mmg recommended. Ada kedai makan termurah kat situ iaitu Halal Amin tapi kalau ko bawak air luar masuk kedai dia charge RM4 okay. Depan kedai tulis harga makan murah2 tapi ada sebaliknya dia buat untung, Tak recommendedlah Halal Amin. So hati2 lah, sedap2 ko beli kopi tepi jalan masuk kedai makan Halal Amin lepas tu kena charge RM4 sebekas. Kedai Osman makanan sedap dan banyak, boleh share sepinggan 2 orang.
Di Malaysia street majoriti pandai cakap melayu ya, siap boleh dialek kelantan lagi. Kalau ko nak mengutuk silalah cakap omputeh. Harga banyak yang fixed price dan tak perlulah ko nak sakit kepala nak menawar. Boleh bayar dalan RM ya. Kadang2 untung bayar dalam RM kadang2 rugu bayar dalam Dong.
Bab penjual roti daging yang guna motosikal, aku takde belilah, tapi aku terjumpa posting pasal si penjual.Yang mana berkopiah bagai tapi bukan islam, dalam posting tersebut beliau menanyakan samaada si penjual tu mualaf ke, si penjual berkata di non muslim dan dapat melariskan jualan roti dagingnya bila memakai kopiah dan ramai orang malaysia beli. Daging yang digunakan pun tak halal ...
Bab penjual buah-buahan pula, tengah dok sembang2 di situ di datangi si penjual buah yang promote longan, sambil menawarkan aku pada 70K dong aku bagitau nak 50K dong jer. Selepas tawar2 dia kata nak timbang dan menunjukkan timbangan 2KG, sorilah ya nak beli sbb mula2 katanya 50K dong ni timbang2 pulak, Dahlah tipu berat.. berhati2lah ya
Si penjual kopi yang tertudung adalah aku beli kopi disini, asben tanyakan kopi 3 in 1 yang sangat popular di vietnam 1 pack besar ada 50 sachet nak di jualnya 200k dong Aku bagitau asben takkan mahal bebenar...
Esoknya aku ke Lotte Mart di situ aku borong kopi, yang si penjual kopi nak jual 200k dong to lotte mart baru jer 100k dong. Di sini mall nyer sangat besar boleh beli baju2 dan tak payah sakit kepala tawar menawar. Kualiti recommeded.
Kesimpulan banyak2 negara yang aku pernah jejak inilah sejarah termasam aku lalui..
Ada Ilmu dan Berani Mencuba dan Tawakal.
Saturday, September 28, 2019
Citer Pasal Rumah
Friday, September 13, 2019
Ransomware attack
Suasana meriah ini ditambah pulak puak2 yang gila kuasa yang mana macam instruction keluar. Tapi yang aku salute adalah user aku sendiri, redha walaupun data tak dapat di selamatkan... Yang meroyan adalah team2 BCM yang kononnya terrer sangat bab2 business continuity...
Dahlah kerja non stop termasuk public holidays, penat kerja takpe tapi hati jaangan sakiit.
Sebagai protes hari ni, aku ambil cuti tanpa certificate. Btw company aku allowed 5 hari cuti tanpa certificate setahun, so balunlah kan..
Btw, hari2 boleh senyum income dari trade. OTW to FTT, insyaallah