Friday, October 4, 2013

Loan Rumah Bawah RM50K ?

Aku dapat beberapa email bertanyakan bank mana yang memberi pembiayaan pinjaman perumahan bawah RM50K.  Jawapannya ada bank yang masih berikan pinjaman bawah RM50K.

Sebelum ni aku pernah dapat loan rumah sebanyak 70% dari rumah yang dibeli lelongan dan subsale. So far ada 4 buah rumah yang di beli bawah dari RM50K mendapat pinjaman dari bank.

Nama Bank                   Harga Rumah           MOF    
EON Bank                    RM45,000               90%   [Dec 2010]
Public Bank                   RM4, 7400              70%   [ Dec 2011]
CIMB Bank                  RM40,500               70%    [ Jan 2013]
Alliance Bank                RM47,000               70%    [Sept 2013]

Ya, tedapat bank2 yang tidak mahu berikan pinjaman bawah RM50K yang kononnya margin keuntungannya kecil ..

Yang terbaru aku mendapat pinjaman dari Alliance Bank tapi ratenya tak menariklah BLR-0.90 sahaja btw takkan nak beli rumah secara tunai pulak kan.

So yang mana tercari2 tu bolehlah mencuba.

Kalau ada rakan2 yang boleh tambah lagi bank2 yang berikan pinjaman bawah RM50K bolehlah kita share dengan rakan2 kita yang lain


Wednesday, October 2, 2013

Jumpa Owner beri masa pindah keluar

Pertemuan aku, asben dengan owner serta kaum kerabatnya berjalan dengan baik. Dorang menyatakan mahu membeli rumah tersebut apabila selesai menjual hartanah mereka yang lain. Macam ayat2 biasa yang kita dengar dari kawan2 kita yang shared pasal rumah lelongkan. Kalau dorang sayangkan rumah tu kenapa biarkan rumah tu terlelong, kenapa tidak dari awal lagi berusaha menyelamatkannya. Selama tahun masa diberikan tapi buat tak tahu ajer.

Aku terus terang bagitahu rumah tu aku nak duduk dan akan menyelesaikan baki bayaran secara tunai, acted as a ownerlah kalau dia tahu aku bukan owner confirmed dia lagi banyak cekadak. Lepas terus bagi tahu rumah tu rosak itu ini .. walawei ..

Aku cakap aku tak kisah dan mahu dorang keluar dalam masa 2 bulan dan owner pun barulah bagitau dia tengah cari rumah yang berdekatan. Barulah kendur sikit percakapan kerabat owner dan owner ni pun minta masa untuk pindah keluar.

Jika baki bayaran dilunaskan kepada bank, aku akan appointed lawyer untuk dapatkan court order mengeluarkan dorang.

Bank tanggung semua outstanding bill2 up to auction date, cumanya aku takkan bayar selagi owner tak keluar dari rumah tu. Katakan kita bayar of courselah dia tahukan dah tentunya lagi seronoklah dorang bersenang lenangkan.. Jangan dok gatal2 nak bayar dulu,

Insyaallah aku akan sharedkan pasal progress mengeluarkan at least boleh di jadikan panduan untuk semua..


Tuesday, October 1, 2013

Lelongan Tanah di Kampung

Hari Selasa mimggu lepas4.30pg tadi aku memulakan perjalanan ke kampung dlm misi menawan tanah lelong di kampung.. mcm sengal aje ayat ni kan .. balik sorang ajer sbb anak2 bersekolah asben pulak baru ambil cuti seminggu masa exam di inspen
 Takkan nak cuti pulak.. sambil drive pasang radio kuat2, alhamdulillah pkl 8:30pg sampai d rmh mak..

Dgn berkobar ke pejabat tanah tapi bila park kereta banyak mata tengok kami berdua
 Sampai di kaunter terus d sapa oleh staff pejabat tanah dan terus tanyakan pd aku hang nak beli tanah lelong ke .. hmm spoil betul

Terdapat 7 pembida tanah ni .. musnahlah harapan nak dpt rp.. takpa aku ada bajet extra.

Masa nak mulakan lelongan siap ada loceng dibunyikan ala-ala lelong tiga abdul .. aku nak gelak pun ada .. mmg betul2 lelong .. semua pembida kena duduk atas kerusi yg disediakan... aku ajer heroin yg lain2 adalah hero2.. fuhhh hangat ..aku merasa angkat sekali ajer.. endup hanya 2 bidder yang lawan yg mana  salah orang tu abang owner yg katanya dia dan adik beradik yg lain pun tak tahu yg adik dia gadaikan tanah ini pada bank

. Akhirnya dia mengalah pada 46k walaupun aku tengok.waris2 yg lain suruh angkat lagi . Tapi.dia hanya mengelengkan kepala .. btw  dari valuation rpt yg aku dapat dari bank mv tanah tu 35k sahaja. Ard suku ekar dah gone sbb ada parit dan addittional cost kl nak timbus kolam ikan..

Sebelum berlalu aku berikan valuation rpt pada sucessful bidder.. sbb aku pun tak perlukannya lagi ..

Nilah 1st time aku masuk lelong tanah.
Pkl 3:30ptg aku bertolak balik ke kl.. sorang2 drive... walaupun takde rezeki aku tapi rezeki aku dapat makan bersama2 dgn mak sekurangnya terhibur hatinya apabila aku balik ziarah..