Tuesday, August 27, 2013

Called Off

Ingat ptg tadi nak buat bank draft tapi sebelum aku called auctioneer bertanyakan samada lelongan untuk unit ini masih ON atau called off. Diberitahu oleh auctionner lawyer bank pelelong called beliau bahawa owner telah menyelesaikan tunggakkan dengan bank..

Takde rezeki kakak n brother in law ..

aku pun terus emailkan pada kakak n asbennya ..

abg ipar ni steadylah .. dia replied


Kakak dan aku pun tengah dok survey rumah subsale .. semoga dipermudahkan


bid rumah utk kakak

Insyallah akan turun ke lelongan mahkamah untuk membida sebuah landed property untuk kakak di australia.. Dia mmg nak beli sebuah landed property katanya sebagai rumah persinggahan semasa balik bercuti di malaysia. Dia pun dah ada sebuah apartment di sentul dan bank loan pun dah settle.

Kali ini kakak n asbennya memperuntukkan additional RM100K dari RP .. dengan harapan dia dapat memiliki rumah tu.. rumah pun mmg tak jauh dengan rumah aku sekarang dalam 4KM kot,, senang jugak aku nak jeguk2 .. katanya nak settle cash kalau menang, yealah AUD1 berbanding RM3.

Onsite survey dah dibuat dan rumah itu disewakan pada keluarga.. asben cuba mendapatkan no telefon owner tapi penyewa tak nak beri... takpalah tak beri .. cuma nak memcuba nasib kot2 boleh direct dengan owner untuk menjualkan rumah tu pada kakak .. of course kena settle hutang dia dengan bank dahululah ..benda ni kita kena serahkan pada lawyer yang buat jangan buat sendiri2 sebab agak berisiko ..

Penyewa rumah ni pun ada intend nak beli rumah ni dari owner tapi katanya owner masih sayangkan rumah tu .. katanya jugak kalau auction ni rumah nanti confirmed akan terjual melebihi market value .. pandainya dia ..aku and asben pun sound dia .. auction ni kadang2 owner boleh buat duit lebih kadang2 owner terduduk sbb kena bayar pada bank sbb rumah dibida kurang dari jumlah terhutang dengan bank..

Ada beberapa kes yang mana terdapat berbelas2 pembida tapi dibeli dengan harga reserved price ...terus terdiam penyewa ni ..

Bukan nak menakutkan inilah realitinya apabila acara lelongan di jalankan, kalau tak percaya rajin2kanlah hadiri sesi lelongan..

Selepas lelongan aku n adik akan terus ke kampung untuk persedian hari pertunangan adik pada 31st aug ni ...sebelum tu singgah di felda trolak pickup makcik .  asben n anak2 akan menyusul pada hari jumaat malam
ke kampung..

Saturday, August 17, 2013

Suasana di Hari Raya

Dah seminggu lebih kita menyambut Syawal..Last puasa tu mmg panas betul cuaca di kampung mmg betul menguji kesabaran, pulak akulah jadi chef bab masak rendang ,, 

Tahun ni mmg sibuk sbb anak sedara melangsungkan akad nikah d rumah aku di kampung.

Majlis kecilan saja sbb dia nak minta transfer mengajar dari Sarawak ke Semenanjung.. Majlis resepsi pulak akan diadakan pada CNY tahun depan serentak dengan adik aku .. Anak sedara aku ni kembar dan adik aku pulak bertemu jodoh dengan kembar juga. 

Mmg penat jugak .. nak layan sedara mara yang datang, masing penat tapi mmg seronok bila majlis dijalankan dengan sempurna.. Ni kiranya cucu pertama mak aku kahwinlah .. setahun dua aku dapat cuculah. 31st Aug ni pulak adik aku pulak bertunang ... 

Balik ke kampung Asben di Bagan Datoh pun balik hari sbb raya ke3 dah sibuk prepare kenduri pada raya ke4. Sempat juga menjengah kebun kelapa n pisang. Alhamdulillah semua serai, limau, kunyit hidup belaka. Cuma pokok pisang dalam 10% mati.. standardlah kalau ada yang mati. Sekejap saja dah semak kebun ni, insyaallah nak upah orang meracun, kalau kebun semak takde feel nak gi lawat.. Pondok studio dalam bln 12 kot baru plan nak bina..
d pg raya ..

di masjid seblm akad nikah .. gambar blurr tu akulah .. he2 taknak terang2 maluuu

siap ada pelamin


rendang n lemang

d malam raya

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Lagi sehari kita akan menyambut kedatangan Syawal setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Kepada yang memandu ke kampung pandulah dengan berhati2 dan berbanyak bersabar yea sebab jalan mmg semestinya sesak. 

Di kesempatan aku memohon kemaafan seandainya ada entry yang menyinggung perasaan kalian. 

Sekarang ni aku n asben stuck di jalan tun razak nak gi rumah kakak di sentul untuk konvoi ke kampung.

Alhamdulillah hari ini dah bayar booking rumah subsale. Semoga allah mempermudahkan segala urusan..

Saturday, August 3, 2013

Pasal Rumah Lagi

Lately kat opis mmg sibuk sangat ..nak raya2 ni ada system migration ada pulak virus attack aduhai .. vendor  CUSXXPI pun satu ngok .. tak bagi firm solutions, pakai pulak Symantec yg tak kalis Malware ..  bulan posa pulak tu .. kadang2 sampai rumah pukul 11mlm. letihnya.. end aug pulak pindah randah ke opis baru .. weekend kena kerja pulak tu ... hu2 .. 

Minggu lepas gi buat onsite survey beberapa unit lelong .. tempat bagus jugak tapi persekitran agak mengecewakan. Lagipun ada unit yang didiami tak tahulah penyewa ada owner yang pastinya bukan kaum kitalah.. mmg aku elakkan bid rumah yang dihuni oleh dorang.. ni banyak drama2 pulak

Aku pun pernah beli rumah yang didiami oleh saudara owner tapi dorang cerdik bila loan dah disbursed baru dia keluar. Btw, kalau dorang tahu law mmg sebagai pembida yang berjaya kita tak boleh nak suka hati suruh dorang keluar rumah sbb rumah tu masih lagi hak owner. Jangan cari pasal .. Lepas menang just bagitau rumah ni kita dah menang thru auction tunjukkan POS sebagai bukti. 

Tapi kalau dorang keluar sebelum loan disbursed pandai2lah.. Kalau dorang taknak keluar kenalah kita ikut undang2 keluarkan dorang.. Itu sebabnya aku mmg suka bid rumah lelong kosong atau didiami oleh penyewa sbb senang nak deal ..

Lagipun taknak pening2 kepala tapi ada juga yang berani yang beli.. 

La ni aku tengok rumah lelong ni susah nak cari harga betul2 lelong macam 2 tahun lepas.. kalau RP rendah akan menarik ramai pembida pula end up last price almost RP.. kalau ada rezeki kita mmg rezeki ..

Ada beberapa unit yang agak bagus, insyaallah hari ahad ni nak buat onsite survey ..exercise di bulan puasa ... 
Insyallah ada unit subsale yang menarik, bab2 nego2 ni aku bagi kat asben aku ni mmg malas nak berdeal2 .. harapnya adalah rezeki bulan puasa..