Sunday, April 28, 2013

Bawa potential buyer tengok rumah & berjaya closed deal sewa rumah

Agak lama jugak aku tak update .. ni entry ke 2 dalam bulan April, sibuk sesangat di opis dan hal2 di rumah. 

Tak tahu mana satu nak story tapi aku nak share cerita hari ini yang berlaku semasa asben bawa potential buyer tengok rumah. Owner rumah ni kawan asben, selalu jugak asben jumpa dia ni.  Owner dah bagitahu pada tennantnya yang ada orang nak tengok rumah pada pukul 3. Aku pun gi jugak saja nak menyibuk. Sesampai kami di rumah ni, salam di beri berkali2 tapi takda balasan dan ketuk2 pintu dan tingkap tapi takde response. Asben called owner bagitahu yang tenantnya tiada di rumah, owner pun calledm tenantnya tapi tak berangkat.

Lebih kurang 20 minit menunggu, jiran depan rumah memberitahu ada orang dalam rumah sebab sebelum kami sampai ada orang macam bergaduh dalam rumah.. No wonderlah dia tak nak buka pintu.. Potential buyer pun kata dia nampak kawasan apartment ni OK lagipun baru dicat dalam luar. Kami pun turun kebawah. 

Masa asben masuk kereta dan start enjin, perasan yang tenant tu terpacul di tingkap bilik, oo rumahnya ada rumah. Asben pun keluar dari rumah dan jerit pada tenant. Nasib baik potential buyer belum balik lagi.. Asben dan potential naik balik tengok rumah... masalah betul tenant ni..

Bila asben masuk, boleh bagitahu jangan beli rumah ni... sebab dia nak duduk.. Ada pulak tenant macam ni, apa2pun potential buyer akan beri keputusan esok. harapnya jadilah ..

Owner punyalah naik angin dengan tenant ni dahlah tertunggak 2 bulan sewa lagi nak buat hal.. Tenant pulak sewakan bilik pada pengkid [ info ni aku dapat dari jiran depan rumah ]. Barulah asben tahu yang sebelum ini tenant ni sewakan bilik pada couple yang berlainan agama [ kes murtad ni], owner dapat tahu dan dah warned pada tenantnya , hari ini pulak dia sewakan pada pengkid [ perempuan berperwatakan lelaki]. Rupanya lepas asben balik owner serang  tenantnya dan memberikan notis seminggu untuk pindah keluar katanya dia dah banyak bertolak ansur dengan tenant sebab kasihan anaknya yang berusia 2 tahun.

Apa2pun bukan alasan tenant owner nak jual rumah tapi sebab dia nak memerlukan duit untuk bisnes.. 

Alhamdulillah hari ni asben dapat closed deal sewa rumah. Tengok dan lepas tu terus confirmed dan bank in deposit sewa sebulan. Sebenarnya aku tahu yang rumah ni owner beli dari lelongan tapi aku takdalah bagitahu yang aku tahu pasal ni. Yang pastikan rumah ini di beli pada harga RM26K dan berjaya disewakan pada rate RM500.. fuyoo mmg best. Ramai yang terujakan...

Insyaallah akan turun dalam masa terdekat ini untuk membida sebuah unit flat yang jaraknya dekat sangat tempat kerja asben. Unit didiami oleh penyewa dan owner pulak adalah bekas staff pemaju yang membina flat tersebut .. Doakan aku dapat RP !!

Kalau takda rezeki  ada unit yang menarik ,tapi banyak kerja perlu dilakukan sbb unit hmmm dalam keadaan super teruk ... [ yang teruk2 ni aku suka sbb takda sapa yang inginkan]
Apa2pun wish me a luck, yea ... 

Sunday, April 7, 2013

Progress rumah di kampung

Rumah di kampung dah 99% completed cuma 3rd room kena order customize pintu bilik .. Aku ambil block leave masa cuti sekolah dan dapat pindahkan barang pada hari Rabu sebab aku minta Indon kontrek touch up mana2 yang menyakitkan mata .. ada juga yang aku buat sendiri .. 

Perabot ada juga yang aku beli dari nilai, kalau jenis pasang siap aku beli carrefour..  mmg aku taknak berhabis sangat dengan perabut, sebabnya rumah ni hanya untuk persinggahan menampung overflow rumah mak dan juga untuk sewaan harian. 

Perancangan di masa hadapan untuk mengembangkan ke pembinaan chalet untuk pelancong2 yang berkunjung untuk melawat tempat2 bersejarah dan riadah. 

Mak kata dia nak duduk puas2 baru bagi orang sewa.


TV lama kakak yg ditinggalkan di kampung masa dia migrated ke Australia



Lampu tu lampu lama dari rumah aku


Kerusi lama dah berusia 30 thn .. mak kasi bagi mengurangkan kesesakkan dirumahnya.. sudah di cat semula ,
langsir tak siap lagi temporarily pimjam mak punya

Bilik utama .. cuma part piping aircond tu aku tak berkenan.. asben akan redo balik



atas peti ais macam2 ada 

dua bilik tidur .. 

3rd room .. 

parking ... kena bayar add. charge sbb kedudukan aircond dgn compresser 30 kaki ..