Wednesday, February 27, 2013

Rumah dah siap dan disewakan

Akhirnya rumah lelong aku dah siap di cat dan di bersihkan. Agak perlahan sebab hanya hari ahad ajer datang ke rumah ni, sebab hari sabtu asben ada class di inspen. balik kampung jengok rumah, personal matters. 

Hari Sabtu lepas datang dengan anak aku basuh rumah ni .. sebagai reward dia nak aku belanja makan kfc ..

Bila advertised ramai yang telefon, viewing di mudah.my lebih dari 1K viewer. Macam-macam orang call termasuklah african of courselah mmg aku takkan sewakan pada dorang ni.
Ada juga yang call on behalf saudara-mara, kawan2 dan on behalf boyfrend pun ada. Ada yang tak tanya pun dorang akan beritahu kerja di mana, anak berapa, status perkahwinan pun ada juga, siap bagitau saya ni janda anak 1.. ada yang bagitahu ada rumah di kampunglah, kerja asben dia, ada juga yang bagi tahu kena tipu bayar deposit tapi tak dapat rumah ..alasan tak nak bayar deposit kot .. 

Ada juga yang tak nak tengok rumah, terus nak confirm ... ada yang beria2 nak tengok rumah bila ditunggu bayang pun takda.  Ada juga yang aku bagitau yang rumah dah ada penyewa sbb ada kriteria2 penyewa yang aku tak berkenan.

Rumah ini aku sewakan pada pasangan yang baru berkahwin. Rezeki pengantin baru, yang lelaki tu baru bekerja 2 minggu di kawasan rumah ni, dan sekarang berulang alik dari Shah Alam. Sebelum ni dia kerja di Perak, bulan 4 ni baru wifenya  akan datang menyusul, dah letak notis berhenti kerja.  Jarak opis dgn rumah tak sampai 3km, dekat sangat.
bilik no 3

katil peninggalan owner lama

tempak memasak .. ni aku beli yer, RM199 

Yg ni aku beli juga bukan pusaka owner lama 


pintu warna kuning .. bilik utama

nilah bilik paling terkotor sekali .. bilik no 2

Hall


tikar getah tu nampak "kereput" sbb almost dua tahun dlm stor 

jarang2 rumah low cost kurang 6 tahun ada balkoni


Thursday, February 21, 2013

KALAH

Tewas dalan pertarungan hari ini membida rumah jiran aku. Terdapat 8 pembida termasuklah salah seorang jiran aku. Sempat juga aku borak-borak dengan jiran aku ni. Katanya dia nak beli rumah ni sebab unit lelong bersebelahan dengan rumahnya .. boleh sambung jadi 1biji

Bersemangat kakak ni lawan2 akhirnya tewas juga. Katanya itu maximun dia kalau lebih lagi harga dah tak masuk akal. sebelum bid tu aku ada advised juga apa perlu nak dibuat lepas menang. Katanya inilah 1st time masuk auction.

Additional RM75K dari RP.. unit ini dimenangi oleh seorang chinese. Sebelum bid sembang2 dgn dia katanya di beli under company dan semua belian secara cash. Katanya tahun lepas company dia berjaya beli unit lelong around 30 unit.. pegang dan jual [flip]. 

Apa2pun sekurangya aku dah cuba .. insyaallah akan turun lagi .... 

Tuesday, February 19, 2013

Akan turun bid rumah jiran

Inshaallah dalam masa terdekat ini akan turun untuk membida sebuah rumah yang jaraknya 50 meter dari rumah yang aku duduk ni. Kiranya rumah jiran akulah ... tapi tak pernah bertegur sapa pun...lagipun dia orang bisnes jarang ada dirumah ..   rumah ni dibeli 3 tahun yang lepas dan sudah direnovated and extended. Kos renovation ada kot 50K

RP adalah almost 2x dari harga rumah yang aku beli 9 tahun lepas dari kilang perabut bankrap. Owner pun dah pindah keluar dalam keadaan tergesa2, tak semua barang di bawanya . angkut barang dalam kereta ajer . malu agaknya. almaklumlah agent masukkan detail rumah lelong dalam postbox jiran2 .. mestilah terasakan .. Owner pun nampaknya dah redha ...

Kalau ada rezeki aku pada rumah tu aku berjanji pada diri aku akan call owner untuk ambil semua barang2nya yang ditinggalkan.. Kasihan juga bila kita tengok jiran kita dalam kesusahan macam ni .. turun naik seseorang itu kadang2 kita tak menduga itu ketentuaan allah taala .. 

Saingan rasanya sengit jugak, sebabnya kawasan umah aku ni walking distance ke bank2, pasaraya besar, later on ada MRT pulak .. jangan pula aku jumpa jiran2 aku yang lain masa bidding sudahlah .. rasanya macam ada .. 

Max price ..bajet rendah, kalau ada adalah .. kalau dapat alhamudullilah .. rezeki anak2 

Pada awal bulan Feb aku ada turun untuk bid sebuah rumah di kawasan yang sama aku beli .. tapi tewas, tak angkat sekali pun .. last price add. rm10k+ dari dari harga yang aku beli pada awal tahun ini ..


Saturday, February 16, 2013

Renovate rumah di kampung

Kalau sapa2 yang selalu masuk blog aku ni tentunya tahu yang aku ada beli rumah di kampung. Rumah murah ajer..  Tujuan aku beli rumah ini untuk dijadikan rumah persinggahan sewaan dan juga menampung rumah mak yang over flow bila semua anak cucu balik, setahun dua dapat pulak cicit pula .. 

Rumah ini sebagai reward untuk aku n asben, since aku ni  bukan kaki shopping, tak beli barang2 mewah, takde kereta mewah , jadi rumah ini  sebagai tanda self rewardlah .. Mungkin juga untuk masa tua nanti ke ulang alik ke kampung.. tengok2 dusun, kebun rumah, jumpa sedara mara. Rumah sebelah tu owner sewakan RM250 .. harga tak lah mahal tapi kenalah dengan harga yang di beli RM20K .. Aku tak galakkan untuk newbie beli rumah di kampung yang mahal2 sedangkan sewanya ciput ajer tak boleh cover loan installment. Kalau menguntungkan dan boleh generate +cf boleh beli ajer .. 

 Rumah  sekarang ni tahap akhir ubah suai.. Aku appointed seorang indon untuk kerja2 ubahsuai ni ..bayar upah, barang aku yang beli .. tapi progress nyer slow bebenor ..tiap2 2 minggu minta duit, bila di tanya kerja yang di suruh dah siap, bila balik tengok tak siap lagi ..minggu  lepas aku terminated indon ni .. 

Aku appointed new indon [ indon lagi .. hmm]  kontraktor untuk buat siling, mengecat dan pasang tiles.. so far so fast lah kerja dia sebab dia ada permanent staff buat kerja.

Kos mmg dah out budget,  standardlah kalau buat renovation mesti terlebih.. bila dah buat dan nak tambah2 of courselah kena tambah duit ...he2 ..harapnya bonus tahun ni boleh cover kos renovation ni ...

Inshaallah semua kerja2 akan siap minggu depan .. 


bumbung rumah ni rendah .. standard rumah  kos rendah

parking .. just muat2 kereta .. 

tiles .. gi beli dgn mak.. dia yg approved colour apa nak  beli
toilet tambahan ..
hall + dining  .. panjang nyer 40ft . siling budget rendah
depan rumah ....
                                   
 





Tuesday, February 5, 2013

Operasi BERSIH

Dua minggu lepas kerja pembersihan di lakukan oleh kami anak beranak di unit lelong yang dimenangi. Asben dapat FOC mask dari kedai runcit dekat rumah since kata owner kedai masak ini dah lama sebagai persedian menghadapi bauan busuk. Siap bawa tali untuk turunkan barang2. Jimat tenaga dan masa kalau pakai tali turunkan barang2, ringan2 bolehlah .. kalau berat2 tu kena naik turun jugak

Pada mulanya adik lelaki nak tolong bersihkan tapi kena duty pulak. Masuk2 rumah anak aku komplen pasal  bau walaupun dah pakai mask.

Masukkan barang dalam beg plastik, buang apa yang patut .

Dalam 2 bilik tidur ada banyak bekas minuman yang mengandung air macam kuning jer .. untuk mengurangkan berat bila bawa turun sampah air dalam bekas kena di buang. Bila aku tuang air dari bekas tersebut terbau hancing, ingatkan air teh ker .. rupa2nya dorang kencing dalam BOTOL ..

Asben sampai termuntah2, anak dan aku pulak dok asyik erk2 ajer ..rasanya adalah lebih kurang 30 bekas yang berisi air kencing.. bau petai pun ada .. Inilah rumah lelong yang paling terkotor aku dapat ... agaknya dorang ni jual air kencing kot atau bawa balik kampung siram pokok kucai ..

Lepas kemas2, kitaorang mop lantai untuk mengurangkan bau .. adalah kurang .. jugak ... Kata asben tikar getah akan dibuka dan dibuang setelah kerja2 mengecat dilakukan.

Esok TNB akan pasang meter letrik, Since bekalan letrik di potong since 2011 jadi kena appointed kontraktor untuk apply supply. Upah kontraktor RM230 lebih murah  dibandingkan tahun lepas iaitu RM400. Dulu aku call mostly kontraktor nak charge min RM400 dan la ni pulak around RM200 ajer. Since kontraktor ni melayu jadi aku tak kisahlah bayar extra RM30, beri support pada orang kita.

Grill pun dah tempah, inshaallah hari sabtu ni dah boleh pasang.




my son ni mmg rajin, suka dia bila kemas2 rumah

beg pasar malam tu aku punya yer, senang bawa barang2  


tikar ni akan digantikan nanti.. at least nampak ok sikitlah 

botol2

sampah2
 

Friday, February 1, 2013

Lelongan Mahkamah Tinggi KL & Asben dah registered as Perunding Hartanah

Baru terasa nak update pasal leongan mahkamah tinggi  KL pada awal bulan Januari yang lepas.
Rumah ini adik aku punya bukan projek JV.

Dengan semangat yang berkobar aku dan adik meredah kesesakkan jalanraya naik motorsikal, takut kalau bawa kereta jalan jammed dan tak dapat deposit bank draft dan IC untuk masuk lelongan. Lelongan mahkamah ni mmg strict, kalau dorang lambat no problem kita yang tak boleh lambat yea.
 
Ini lelongan mahkamah yang ke 3 yang aku pernah atend. Mahkamah tinggi KL di jalan duta mmg tak jauh sangat dari opis aku, selalu jugak lunch di food court Jalan Duta .. nasi beriani dia mmg sedap .. cerita pasal makan pulak ....

Sampai di bilik menunggu lelongan pkl 9am, kami berdua di sapa oleh kerani mahkamah, nak bid rumah bukit mahkota ker .. adik jawab. Ya, kerani tu pun bagitau awak ni pembida ke 15 ! masa tu 3/4 bilik menunggu lelongan dah penuh dengan pembida dan agent. Adik letakkan additional 20K dari RP. Lepas tu ada beberapa orang yang datang masukkan dokumen dalam peti ..

Masa lelongan pun bermula ada 2,3 unit lain yang ada pembida di panggil masuk kedalam bilik lelongan. Kerani mahkamah bagitau ada 27 pembida untuk unit yang adik aku masuk.. .. tipis2. 

Aku tak masuk pun dalam bilik lelongan, hanya bidder sahaja di benarkan masuk. Dari RP76K, Pelelong menaikkan ke 85K, kata adik, masa tu dia dengar ramai dah mengeluh. Lepas tu ada bidder terus up ke 100K dan ada bidder lain terus up ke RM135K dan dimenangi oleh non bumi. rumah pun non-bumi lot

Takpalah banyak lagi unit2 lelong yang menarik lagi... 

Kalau sapa2 yang berminat nak tengok listing lelong bolehlah layari http://hartanahtou.blogspot.com/
Kalau ada area yang preferred boleh juga bagi tahu, yea. Asben dah mendaftar sebagai perunding hartanah di Novaland Realty, dan kalau ada yang nak jual atau rumah, kedai, pejabat, kilang  , jadi ejen marketing homestay pun boleh juga, kalau berminat boleh call my asben Fuad - 012-250 2824 atau emailkan ker  ahmadfuadsarib@gmail.com 

Okay, hari ini cuti Hari Wilayah, sorang2 di rumah ajer. Lepas ni nak jumpa kontraktor elektrik nak masukkan api untuk rumah lelong yang aku menang baru2 ni. Lepas masuk api dah boleh sewakan .. Bulanan bayar bank RM157 ikat 30 tahun.. Rate sewa rumah kat situ pun nak makin naik, almaklumlah 2 km ke TESCO dan ada highway menghubungkan ke Putrajaya/Cyberjaya, Shah Alam.. Kawasan  suam2 kuku .. 

Insyaallah akan masuk lagi, pada masa yang terdekat ini ..