Monday, April 30, 2012

Pagi yang bersih nan sedih ...

Hari Sabtu yang lepas aku sekeluarga, adik-beradik dan mak  menghadiri kenduri kesyukuran sempena kelahiran baby baru dan harijadi anaknya. Kakak dan anak-anaknya datang lewat sebab banyak jalan yang ditutup kerana penghimpunan yang semua sudah maklum. Apa-apa pun pandangan politik adalah had individu masing-masing, dah besar dah pandai berfikir. Tapi satu ajerlah aku nak marah juga sebab ada yang  membawa anak-anak bersama-sama. Kalaulah terjadi apa-apa, siapa yang benar dan yang salah, pada aku yang bersalah adalah ibu-bapa dorang.. Tak sayang anak kot...Anak saudara yang menuntut di UM pun suruh aku pickup dia tapi disebabkan banyak jalan di tutup jadi aku pun bagi tau tak boleh nak ambil dia... hmmm

Malamnya kakak dan anak-anaknya tidur di rumah sebab nak menghantar kakak dan anaknya ke KLIA yang akan bertolak ke Perth. Malamnya memang gamatlah rumah aku, mana tidaknya bila semua berkumpul. Anak kakak sulung yang menuntut di Maktab Sultan Abdul Halim " ponteng" kuliah sebab nak jumpa kakak.

Paginya selepas subuh kami bertolak ke KLIA, wowow check in untuk international flights panjang betul, kakak kena queue-up almost sejam jugak. Anak no 2 dia beritahu yang dia tak nak balik sebab seronok duduk di Malaysia. Siap bagitahu bila besar nanti dia akan menetap di sini, nak jadi doktor tentera. Siap minta beret, songkok, rantai askar dari adik aku..Kata kakak dia ini agak nakal sikit tapi kalau aku tegur apa-apa dia akan dengar cakap. One thing ialah umur baru 9 tahun tapi fikiran dia matang, kalau bab2 IT dan phone mmg2 dia terer. Kakaknya just baru 13 tahun but looks mmg matured.. dua2 kalau di beri pilihan tak nak balik sana... lagipun dorang still malaysian cuma yg 3rd sahaja australian.

Masa nak masuk ke  imigresen counter, anak no 2 tu mata dah berair-air, merah, bila di tanya ' are you crying " .. no im not crying " tapi air mata meleleh .. almaklumlah super hero .. aku selalu cakap pada dia " hero must hv a patience, thats why hero always win " .. yang 2nd one pulak membisu ajer, mata dah berair2 jugak .. yg 3rd one just 3yrs + taklah rasa apa-apa.. btw aku pun sedih juga.. walaupun jumpa 1 yrs + sekali ..

Dahulu kakak datang dari melbourne tapi balik ini ke perth sebab dia sekeluarga berpindah ke Geraldton. Rumah yang di beli sudah pun dapat kunci, kiranya dalam masa sebulan urusan pindah milik dapat di sempurnaka, cepat betul kalau dibandingkan di malaysia. Asben dia tunggu di perth dan untuk ke Geraldton mengambil masa 4hr driving jugak. .

Anak-anak aku agak sedih jugak akmaklumlah dah bersama-sama bermain, tidur bersama sebulan. Siap bagitahu dorang nak simpan duit untuk beli tambang kapal terbang ke australia. Sedih jugak aku tengok dorang .. insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki akan kesana tahun depan ...



  


Tuesday, April 24, 2012

Valuer ....

Just nak cerita pasal valuer yang banker aku appointed untuk buat valuation rumah JV yang menangi tempohari. Aku agak bengang juga sebab valuer tu aku pernah liased dengan dia ni sebelum ni.. mmg2 slow betul.. aku pernah check value rumah, dia just pakai taram ajer bagi value. Bila tanya dia banyak2 dia suruh emailkan details pada dia. Bila dah email ... hmmm sonyap ajer. taulah aku just tanya ajer tapi kalau tak nak tolong just bagitau ajerlah ... itu cerita tahun lepaslah

Tak tahulah pulak banker appointed mamat ini slow ini buat valuation. Kalau aku tahu mmg aku akan suruh appoint valuer lain ... Mula-mula dia kol adik, almaklumlah kurang knowledge pasal hal rumah-rumah ini. Aku pun call lah mamat ni, bila aku tanya berapa market value dia bagitahu verbally .. aku tanya balik are you sure ke dgn value tu .. dan dia pun jawab ..nanti saya akan confirm balik ..setahu akulah MV rumah tu around 90K itupun last nyer valuation..

Macam tahun lepas disebabkan valuer bagi salah valuation figure seorang buyer yang agreed nak beli pada harga yang telah dipersetujui telah membuat pembatalan. At last rumah itu di jual kepada orang lain dan MV yang diberi oleh buyer tersebut lebih tinggi berbelas ribu dari harga yang aku nak jual pada buyer pertama...

Hmmm esok nak kejar valuer slow ini., nak tanya agak bilakah dia akan siapkan valuation report tu .. caj dia pun agak mahal jugak tu .. dahlah slow ... mahal pulak tu ...



Thursday, April 19, 2012

Progress : Permohonan Bekalan Elektrik

Semalam ambil EL sbb anak perempuan aku tak sihat, sekarang ini cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan dan juga mendung.Taklah teruk sangat tapi takut juga sebab banyak sangat kes kuku, mulut, tangan, demam virus, denggi, selsema dan batuk. Anak ex-vendor company aku mati kerana kes kuku, mulut dan tangan, lepas tu pulak dia keguguran. Dahlah ada anak seorang sahaja yang dikandung pula gugur..

Anak adik aku yang berumur 40 hari pun, dah masuk 4 hari admitted di KPJ, kena lung infection.. mulanya dia pergi sebuah hospital swasta tapi dorang tak dapat detect sakitnya, bila pergi KPJ baru tahu yang anaknya kena lung infection.. kecik2 dah masuk hospital ..

Semalam ke pejabat TNB untuk permohonan bekalan elektrik untuk rumah yang di beli tempohari. Memandangkan bekalan tiada melebihi 6 bulan maka aku kena cari registered kontraktor untuk buat pemeriksaan .. aku cuba nego untuk exemption  bagitau yang rumah tak pernah diduduki tapi kerani tu bertegas juga. Nak tak nak kena appoint kontraktor.. masa aku beli rumah lelong di shah alam dulu tak payah nak appoint kontraktor .. just buat surat menyatakan yang pendawaian dalam rumah dalam keadaan yang baik. ...

Call 2,3 kontraktor untuk bertanyakan cajnya.. dapat juga seorang kontraktor yang mengenakan caj RM400 ... murah ker mahal ker aku pun tak tahu.. janji cepat buat kerja.. oklah .. hari ini dia call beritahu yang permohonan bekalan sudah diluluskan dan dah boleh bayar deposit di kedai Tenaga.  esok adik akan kesana buat pembayaran .. insyaallah esok lusa meter boleh di pasang..

Once dah ada elektrik bolehlah cari kontraktor buat grill dan pasang lampu, kipas.. Kadang-kadang beli rumah yang masih dara ada kebaikkan dan keburukanya.  yang bagusnya rumah selalunya tak rosak, tak perlu nak mengecat balik, just touch up pun dah okay.. dan juga tak payah nak pening suruh owner/penyewa keluar... tak bagusnya kita kena keluar duit buat grill, lampu, kipas dan juga kos-kos masuk air dan elektrik..

Bagi rumah yang didiami pula ialah selalunya dah ada grill, kadang2 dapat barang tinggalan seperti lampu, kipas, almari.. tapi yang paling tak best nyer kalau rumah seribu satu masalah, rosak sana-sini, owner/penyewa tak nak keluar, tunggakan bil utiliti yang tinggi....

Pendekata dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya.. sebagai pembeli rumah lelong kena buat anggaran kos-kos yang terlibat .. memang beli rumah lelong ini murah dari hari harga pasaran tapi kena bersedia dengan kos-kos yang perlu di tanggung. Selalunya aku akan buat costing kasar dan catatkan setiap sen yang dikeluarkan untuk sesuatu rumah. So that kita dapat tahu the actual sebenar kos yang di keluarkan...


Friday, April 13, 2012

Loan rumah adik dah LULUS

Hari ini dapat call dari banker bagi tau yang loan rumah adik dah diluluskan ..syukur alhamdulillah .. Actually suspen jugak sebabnya staff HQ ada called up HR adik minggu lepas bertanyakan pasal employment status dia .. Employment adik still under contract basis dan akan tamat pada hujung bulan depan. Kadang-kadang bank tak nak approve loan kalau dorang tau yang applicant employment status under contract. dan juga dia takde credit history. Hari ini adik attend 2nd interview di salah sebuah GLC yang ada kaitan dengan course yang dia ambil masa di UNITEN dahulu. Katanya shortlisted yg datang tadi 15 orang yang nak ambil kerja hanya 6 orang... company mana .. hmmm ... harap2 ada rezeki untuk dia dapatkan permanent placement. MOF untuk rumah ni semestinya 90% since ini adalah loan pertama dia.

Rumah pun dah di bersihkan tunggu kontraktor buat checking sbb elektrik dah di potong melebihi setahun. Once api dah masuk dah boleh pasang lampu, kipas dan grill.. No petak parking dan sticker kereta pun dah dapat. Hanya Touch n Go card belum dapat dapat lagi, ok jugak, tak payah nak touch, pak guard yang akan tolong bukakan gate .. :)

Malam ini akan bertolak ke PD untuk berbbq malam esok, planningnya nak buat di tepi pantai, since baru ni gempa bumi lautan macam fobia pula nak buat kat sana. Selepas 3 gempa di acheh ada beberapa gempa susulan yang berlaku di beberapa negara. Takut juga tu ..ya Allah hindarkan negara kita  dari malapetaka yang menakutkan ini ... amin ....


Wednesday, April 4, 2012

Rumah Baru Kakak di Geraldton, AU


Lepas balik dari Malaysia, kakak sekeluarga akan berpindah dari Melbourne ke Geraldton. Asben dia dapat offer kerja dari kerajaan australia. Katanya Geraldton adalah kawasan perlombongan arang batu dan terpencil, tapi sewa rumah mahal, lebih kurang AUD450 seminggu. Lepas diskus asben dia dorang decided refinance rumah di Melbourne untuk dapatkan cash untuk beli rumah di Geraldton. Rumah baru dia macam gambar di bawah, dari AUD385K dorang dapat nego ke AUD370K ..hmm nilai matawang dorang tinggi dan sudah tentunya kuasabeli tinggi. 

Teruja aku tengok gambar rumah ni.. aku tumpang seronok ..insyaallah akan ziarah dorang tahun depan .. 











Monday, April 2, 2012

1st JV : RP

Alhamdulillah syukur kepada Allah, akhirnya berjaya mendapatkan sebuah rumah apartment pada lelongan beberapa hari yang lepas. Inilah projek Joint Venture dengan adik . Dah beberapa kali mencuba dan called off, akhirnya dapat juga dan yang mengembirakan pada harga rizab ... Ngam2 sampai di pejabat pelelong 3:30pm, adik pula masih tak sampai-sampai lagi End up aku yang proceed bid on behalf dia,nasib baik aku dah sediakan authorised letter kalau tak mmg terlepas. Masa regsiter tu aku dah tahu yang adik aku adalah single bidder untuk unit tersebut ...Masa unit di panggil barulah adik aku sampai di dewan lelongan ..termengah-mengah .. tapi bila pelelong mengesahkan hanya single bidder .. wowow berseri2 muka dia ..


hall .. mmg tebal habuknya ... 

Pandan dari tingkap rumah [tkt 3]

Anak saudara berlari-lari di taman .. ada tempat BBQ juga


tukar tombol 
Bahagian dapur dan yard
Keesokan harinya operasi tukar tombol pintu pun dilakukan yang disertai juga dengan adik aku, anak bongsu kakak aku yang berumur 3 1/2 tahun dan anak bongsu aku .. rumah tak pernah di duduki walaupun sudah handed pada owner 6 tahun yang lepas .. grill pun tak berpasang dan rumah mmg tak berusik langsung .. air masih ada, meter pun tak bergerak langsung ,  cuma meter api dah tiada .. mengikut notis TNB ..ia dipotong pada tahun 2008 .. btw .. tak perlu nak tanggung bil owner lama .dan terus boleh apply bekalan ...

Pagi-pagi tadi aku dah called banker beritahu yang aku nak jumpa dia esok submission loan rumah ni .. Insyaallah takde masalah sebabnya adik ni zero commitment .. cuba bayar loan belajar ajer .. Tapi kadang-kadang bank sengal juga .. sebab applicant takde takde credit history .. bila banyak hutang .. dorang conerned .. bila takde hutang langsung pun dorang concerned jugak ... Harap2 process pindahmilik dapat di selesaikan dalam masa 120 hari yang di tetapkan oleh bank pelelong .. sebabnya pemaju masih hidup lagi dan freehold ..