Monday, February 13, 2012

Updates Semasa

Agak sibuk kebelangkangan ini, sibuk di rumah, di opis dan di luar. Cuti awal muharam dan thaipusam yang lalu aku sekeluarga balik kekampung meraikan perkahwinan anak sepupu. Meriah betul majlisnya yang besh nyer masa inilah dapat bersua muka dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa tu banyak yang diborakkan. 

Sambil itu asben dan aku buat survey harga bahan binaan di pekan. Akmaklumlah kawasan luar bandar harga agak mahal jika dibandingkan dengan KL. Nak buat costing renovate rumah yang di beli tempohari. Tukang rumah rasanya akan di import dari KL. Bukan takde tukang di kampung tapi aku tak puashati sangat hasil kerja dorang. Lagipun kalau nak komplen banyak-banyak tab boleh sebab sedara-mara, nak minta diskaun pun macam takut jugak. Kalau orang luar ini kita bolehlah komplen dan nego harga. 

Insyaallah bila pihak kontraktor yang di lantik oleh SUK menyiapkan pembaikkan, kerja-kerja ubahsuai boleh di mulakan. Rumah pun sudah di kunci dan rasanya proses pembaikan akan di lakukan dalam masa yang terdekat ini. 

Hari Jumaat lepas aku ke pejabat lawyer hantar surat dari JMB kepada PTGWP  untuk urusan MOT. Sekarang ini dalam tempoh lanjutan dua bulan yang akan luput pada 27/2.. Menurut lawyer harapan untuk siapkan dalam tempoh lanjutan pun mmg2 slim, dan dia akan minta lagi lanjutan 2 bulan. Nasib baik rumah ini aku dah sewakan sejak bulan Disember 2011 yang lalu dan  duit sewa dapat covered interest yang di kenakan oleh bank pelelong iaitu BLR + 4% !!! . Menunggu dan sabar menantilah aku ..

Asben pulak beritahu kemungkinan dia kena posting selama 3 bulan samada di Agentina atau Tunisia sebab ada masalah yang memerlukan dia memantau di sana. .. selalunya dia mengelat tak nak pergi buat onsite survey dan audit .. nampaknya kali ini susahlah sebab semua orang kena involved.  Harap2 tak jadilah 

What next is kemungkinan akan turun lagi ke gelanggang lelongan untuk membida sebuah apartment. Ini projek JV dengan adik. Asyik2 kalah atau unit called off. Harapan menang mmg tipis, tapi mana tau kot ada rezeki kami .. insyaallah


Thursday, February 2, 2012

Kalau ada rezeki tidak kemana ... syukran2

Semalam hari yang memenatkan sebab drive sorang-sorang dan balik sorang2 ke kampubng. Actually adik aku nak temankan tapi sebab dia ada urusan di Kuala Trengganu yang tak dapat di selesaikan pada hari selasa jadi hari rabu kena extend. Asben pula sibuk sesangat, banyak issue yang nak kena settle lagipun bossnyer cuti bersalin. Since aku dah berjanji dengan mak aku, jadi kena balik jugaklah. Wife yang berdikari tu yang asben tak kisah sangat aku balik sorang kot ... hmmmm

Bertolak dari rumah around pukul 6am sampai kampung pukul 9:30am. Jarak pergi balik +-700km jugaklah.. Balik inipun ada sebabnya sebab nak ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk membuat bayaran rumah teres perumahan awam yang di tawarkan kepada mak aku. Dulunya SUK tidak luluskan jadi takdelah mengharap langsung. Rumah ini atas nama mak sebab SUK ada meletakkan beberapa syarat jadi di sebabkan aku terlebih layak jadi tak layaklah. Harga rumah ini RM20501.70 ajer, teres low cost, 3 bilik, 1 bilik air dan 1 tandas. Rumah ini kiranya unit lelong yang mana pemilik terdahulu gagal menyelesaikan pinjaman pada SUK. Keadaan rumah standardlah, rosak sana sini tapi SUK akan hantar kontraktor  untuk membuat baikpulih. Tunggakkan cukai, tanah, pintu, api dan air SUK tanggung. Untuk proses masuk nama dalam geran hanya di kenakan bayaran RM75 ajer... [dah jimat dah]. Rate sewa bagi unit standard adalah RM200 dan kalau yang dah renovated around RM300. Perumahan ini betul-betul di jalan besar dan 50m ajer dari surau.

Mak dah pesan jangan di jual rumah ini sebabnya lepas ini confirmed tak akan dapat dah rumah dengan harga yang macam ni. Insyaallah aku akan kept rumah ini sebab ini janji aku pada mak.. Insyaallah selepas dapat geran rumah nanti, plan nak buat ubahsuai yang perlu sahaja. Masa di Pejabat Daerah ada beberapa unit yang kosong di beberapa daerah, kalau mana-mana yang berminat boleh emailkan personally pada aku, nnt aku akan beri no telefon person in charge. Mana tau kot2 masih ada kosong lagi.

Kiranya kekecewaan dua minggu lepas terubat minggu ini. Allah itu maha adil, maha mengetahui, kita sebagai hambanya kadang2 terlupa pada ketentuanNYA.

Insyaallah weekend ini aku sekeluarga akan balik semula ke kampung untuk meraikan anak sepupu aku kahwin. Kalau tak balik tak sedap pula rasanya sebabnya dia yang selalu temankan mak kalau nak kemana-mana. Almaklumlah aku adik beradik semuanya out of negeri n country..