Sunday, February 27, 2011

UNIT CALLED OFF

UNIT CALLED OFF. Owner bukan sahaja menyelesaikan oustanding payment dengan bank tapi juga membayar semua outstanding maintenance dengan JMB. Kadang2 tu owner mengharapkan kawan, saudara mara yang menyewa rumah untuk membayar bank installmnent tapi kadang2 ada orang tak jujur, yang akhirnya memakan diri sendiri. Kadang2 kita tak tahu masalah2 owner..kan.

Apa yang menariknya unit ini tak berpenghuni, sudah ada strata tittle, freehold, end lot dan walking distance ke sebuah pasaraya besar.





Friday, February 18, 2011

Esok nak pergi buat Onsite Survey..

Esok aku n adik akan membuat onsite survey unit lelong yg akan di lelong dalam masa terdekat ini. Ptg td called developer untuk check samada ada defaulter mempunyai tunggakan LPI dan juga samada kunci sudah handover atau tidak. Malangnya OIC developer tak nak berkerjasama kerana hanya membenarkan auction bank lawyer berurusan dengan mereka. Aku pernah liased dengan developer yang sama tahun lepas dan mereka memberikan kerjasama yang baik pada aku. Tahun ni tak boleh pula, katanya kena ikut company procedure. Hmmm nak buat macam mana dah rules dorang.. Esok cuba nak masuk ke apartment ini untuk meninjau2 samada unit ini berpenghuni, siapa yang tinggal, kalau ada peluang nak interview jiran, selongkar peti surat untuk dapatkan apa2 maklumat seperti bil air/air [ kalau tak berkuncilah ], dan juga nak jumpa maintenance office staff [ rasanya tak banyak sebab unit ini agak baru juga dan bank covered all the OS kecuali LPI]. Untuk area ini aku pernah membida beberapa kali tapi semuanya kalah dan menjangkan bidders untuk unit ini melebihi 10 orang termasuklah juga ulat2 gonggok. RP untuk ini ialah more than 50% off from MV, kalau dapat mmg2 berbaloi2. Aku berdoa agar allah mempermudahkan urusan onsite survey esok, insyaalah

Monday, February 14, 2011

Bekas penyewa kakak mempersoalkan mengapa aku deduct duit deposit

Malam semalam aku bank in balance deposit kepada ex-tenant kakak selepas tolak outstanding api/air, sewa rumah untuk 7 hari [sbb notis keluar rumah di beri pada 7th Jan, itupun selepas aku bertanykan tentang sewa rumah], dan juga upah cuci rumah sebanyak RM50. Hari ini ex-tenant hantar sms mengapa aku deduct RM50 untuk upah cuci rumah. Dgn sukacitanya aku bagi tau yang dorang keluar rumah tanpa bersihkan rumah, peti ais tak bercuci, bulu kucing merata-rata even di dapur, tinggalkan surat khabar lama dan barang2 dorang yg rosak dalam store room, toilet kotor tahap gaban dan dgn kreatifnya lekatkkan bulan bintang sign di siling bilik master room . Aku deduct RM50 ajer, kalau owner lain ntahlah. Menyesal pulak aku cuci semalam, eloknya aku call nurse2 ni bersihkan rumah ini. Lepas tu tanya mengapa aku deduct 7 hari sewa. Dahlah masa masuk dulu aku tak berkira bagi dorang pindah masuk seminggu awal tanpa bayaran. Lagi mahu cakap banyak.

Kakak mengamanahkan rumah ini pada aku jadi kenalah pegang amanah untuk menjaga " hal-ehwal" rumah ini dengan sebaik mungkin. Kalau dilayan memang meyakitkan hati juz buat tak tahu ajerlah . Aku jadikan ia sebagai panduan untuk masa akan datang agar lebih " kreatif melayani " penyewa yang pindah keluar.

Friday, February 11, 2011

Update semasa

Pd 11/2 aku ke Ipoh dari Bukit Jalil. Malas nak drive, boleh relax sket naik bas ni, balik sorang2 ajer since asben busy sangat dgn kerja :). Sampai Ipoh around 11am terus ambil cab dari medan gopeng ke pejabat lawyer. Sambil signed document sambil berborak pasal rumah lelong dan kaveat. Menurut officer tersebut, kaveat yang di letakkan keatas hartanah lelong oleh saudar-mara defaulter tak valid. Confused jugak pasal ni, dari pemahamam aku dan thru my reading, jika hendak gugurkan kaveat kena melalui proses yang melecehkan.Nampaknya kena explore lebih pasal kaveat sbbnya defaulter boleh meletakkan kaveat ke atas hartanah yang ada strata tittle @ bergeran, yg masih under mastertittle still selamat lg but bila strata keluar, as a new buyer kita kena bayar kos strata. Selepas selesai urusan di pejabat lawyer, ambil cab ke medan gopeng. Bertolak dari medan gopeng pukul 1:30pm sampai bukit jalil pkl 4ptg.

Terus ke kaunter teksi yang terpampang bertulis lebih kurang kami menggunakan meter dan siap nombor hotline kalau nak buat aduan. Masuk dalam teksi, driver tu bertanya mahu kemana ? aku jawab mahu ke cheras batu xx, driver tu berkata, tambang ke sana RM30. Aku jawab, ini teksi pakai meter kan u mana boleh charge suka hati. Dgn nada benggang dia berkata, ok,oklah pakai meter dan terus keluar dari hentian teksi. Tiba2driver teksi ni bertanya pada aku, u mahu pakai meter, sy tak tahu jalan, u bagi tahu mana jalan u mahu guna. Blurr aku sekejap, boleh pulak driver teksi tu cakap tak tahu jalan bila aku suruh dia pakai meter. Apa dia ingat aku ni baru pijak bumi KL ni ker. .Aku pun cakap u lalu lebuhraya besraya masuk the mines. Bila sampai rumah meter reading baru tunjuk RM16 ajer, jumlah yg di bayar RM1.30 [tol] + RM3 [charge kaunter taxi] = RM20.30 ajer.. No taxi tu HBx 9x4? patut ker aku komplen teksi driver ni ..

Pd 12/2 Kakak dari Australia called suruh adik aku buat website untuk company dorang. Borak2 pasal ground arrangement untuk pelancong arab2. Servis yg di bincangkan ialah jemput dorang dari airport, arrange hotel, flight n bas ticket dan KL tour. . Actually dah bincang masa dia balik last year. Dia akan buat promote di sana melalui kawan2 dan saudara2 asben dia di sana. Tak salah mencuba kan.Petangnya pergi tanyakan kedai buat name card, yg ada logo+colour+double sided+covered dgn plastic sbb kakak suruh tanyakan, katanya dia Australia mahal. Lepas tu pergi survey rumah lelong dgn adik untuk projek JV... dah ada a fews yg di shortlist tapi masih fikir2 lg ..

Hari ini asben ada class, aku, anak2 dan adik pergi ke rumah kakak cuci rumah since tennats juz masukkan kunci rumah dalam letter box. Semalam ex-tenant bagi tau ada outstanding RM143 untuk bil api n air. Last month desak aku macam nak rak minta pulangkan baki deposit dan bagitau yang dia dah bayar semua bil. Dulu2 bolehlah ex-tenant nak main2 dgn aku, sekarang ni aku follow the rules. Once everthing cleared, baru deposit di pulangkan.. Keadaan dalam rumah penuh dgn bulu kucing satu rumah, sampaikan atas dapur gas dan tingkap2 ada bulu kucing.. Geram nyer. Bilik air pun kotor jugak.. aku ingatkan bagi nurse duduk rumah akan bersih tapi sebaliknya.

Monday, February 7, 2011

Coretan cuti CNY

Hari ni masuk opis lepas CNY cuti. Sampai kampung pd 3rd at 3pg, pada sebelah petangnya pergi ke KK pekena mee rebus dan popiah basah, mmg sedap betul. Popiah di beli dari gerai kegemaran di lembah KK. Esoknya kami semua ke Pasir Mas, Kelantan melawat kakak yang baru melahirkan anak dan juga melawat rumah baru dia. Kakak pun dah jadi orang kelantan, lepas habis maktab di MPKB, kahwin orang kelantan dan terus menetap disana. Malamnya asben dia ke Putrajaya hadiri HPA Konvek di PICC. Dah lama dia buat HPA ni, income mmg bagus mengalahkan gaji cikgu dia, lagipun dia stokis HPA. Bertolak dari rumah kakak pd 5th dan bershopping di Pengkalan Kubor dan pantai sri tujoh. Keindahan pantai sri tujoh tercemar sbb pengunjung membuang sampah merata2.. sepatutnya ada pihak yang bertanggungjawab memantau tahap kebersihan di pantai ini dan kesedaran sivik pengunjung perlu ada jugalah. OTW ke Perak singgah di bukit bunga buat last shopping..hehe.. murah giler...

Balik KL semalam, jalan punyalah jamm dari taiping ke KL ambil masa 9 jam..Hari Jumaat ni akan ke Ipoh untuk sign a fews document di pejabat lawyer dan bayar balance of purchase price..Allah mempermudahkan semua process berjalan dgn lancar, kerjasama dari pihak developer and auction lawyer pun okay. Syukran2

Wednesday, February 2, 2011

Accident

Semalam aku terlibat dalam kemalangan selepas mengisi minyak di xxxx. Semasa reverse kereta tiba2 kereta meluru dan berlakunya kemalangan. syukur alhamdullilah, Kereta aku pun taklah teruk sangat cuma dented di bumper dan calar2. Kereta kakak tu pun tak dented juz calar2 ajer, kalau polish dah okay.

Semalam punya planning semua cancelled. Since hari ini asben cuti dia yang menyettlekan penukaran nama di MBSA dan TNB Klang. Alhamdulillah selepas komplen aku tempohari pengguna tak perlu ke LHDN matikan setem hasil. Everything went smoothly kata asben .. :)

Malam ni aku akan bertolak ke utara Perak ke rumah mak aku. Dari 2nd till 6th Feb unit Suria ada guest menyewa. Harap2 dorang selesa menyewa di sana dan dari time to time aku cuber improve untuk keselesaan guest

Tuesday, February 1, 2011

Coretan di pagi ini .. cuti .....

Hari ini cuti hari Wilayah Persekutuan.Anak2 bersekolah agama dan asben pulak kerja sbb dia kerja di Selangor. Ada a fews things nak buat hari ni, nak pergi Jalan Pasar cari remote control TV dan beli notebook cooling fan. Rasa lepas tu nak gi Shah Alam bayar cukai pintu dan pergi TNB Klang buat pertukaran nama .. lepas kes stamping aku tak pergi lagi kesana.. harap2 dorang tak ingat lg muka aku nih ..:)

Malam semalam tengok listing2 auction properties, looks very interesting. Ada satu di Subang yang menarik perhatian, actually dah pernah buat onsite survey di sini tahun lepas. Facilities yang disediakan pun oklah, okay dari segi rental dan flip. Ada satu unit di OKR pun okay juga, rental rate okay but untuk flip tu yang aku tak pasti.. Ada lg unit di luar KL yang menarik tapi pada masa sekarang ni rental rate tak memberangsangkan juz ngam2 cover loan installment but after 3 year area ni akan boom...

Adik aku pun setuju untuk JV untuk next project.Since dia ni bebas hutang takde loan commitment, jd bolehlah gunakan nama dia untuk dapatkan 90% MOF. Adik aku ini ajer yang tahu pasal projek investment aku ni .. but she didnt know that I hv this blog :)

Kerja di rumah dah siap dan now nak bersiap2 keluar.. hari macam mendung ajer..jangan hujan sudahlah ..