Sunday, October 31, 2010

Nak let go rumah

Last week aku advetised dua buah rumah aku for sale. Aku dapat banyak calls bertanyakan kedua2 rumah. Penat aku melayan calls2, kalau bzz sangat aku duat derk ajer. So far dah ada tiga orang yang minat dengan rumah teres di cheras. Harap2 aku dapat let go 1 atau 2 biji untuk ambil balik modal dan juga untuk pembelian unit2 seterusnya. Insyallah.

Listing terbaru ada juga unit2 yang menarik perhatian aku, aku decided untuk hold dulu sebab aku pun bzz sket dgn kerja di opis dan d rumah. Tapi kadang2 tu bila ada unit2 yang bagus terpikat juga aku nak masuk bidding. Ada a fews kawan asben yang berminat dengan rumah teres lelong tapi bila aku baca POS ialah adalah court auction bukan public auction. Aku kalau court auction di fobia sikit sebab kalau nak mintak time extension kita kena upah lawyer untuk buat court presentation. Menurut lawyer aku cost estimation +-RM5K. Everthing up to court samada nak grant atau tidak. Walaupun bukan aku yang beli tapi aku kena uruskan incase anything happen. Ada juga agent2 yang lepas tangan macam tu ajer, at the end bidder lose 10% deposit dan juga kena bayar legal fees sedangkan rumah terlepas .. be careful my dear.

Banyak yang aku nak taip, tiba2 macam takde mood, pulak.. bila aku ada mood aku akan sambung lagi ..

Thursday, October 28, 2010

Keluar Masuk Duit ..

Beberapa lepas aku cerita pasal nak renew roadtax kereta aku. Dua2 kereta aku kena blacklisted sebab saman speeding aku tak bayar lagi. Aku hanya boleh renew 6 bulan ajer roadtax kalau tak bayar saman. Macam siot ajer aku dengar. Nak tak nak kenalah aku melawat balai trafik jalan bandar. Ada dua saman speed trap dan 1 saman parking. La ni dah takde discount2, kena bayar full.. hmmm malas aku nak cakap panjang dengan rela hatinya aku " sedekahkan " RM630 kepada kerajaan malaysia yang aku cintai ini.. 1Malaysia katakan ...

Semalam lawyer called bagi tau yang bank pelelong dah bagi cheque refund untuk rumah apartment cheras aku. Syukur Alhamdullilah dapatlah aku duit sikit cover balik duit saman aku. Btw, maintenance office sampai hari ni belum clear aku nyer cheque..tapi bank pelelong dah refund pada aku ..dah kasi aku ambillah ..bolehlah aku gunakan duit tu, bayar ansuran duit maintenance ..

Apartment2 yang aku survey beberapa minggu lepas di sapu bersih oleh pembida2.. cayalah ..

Monday, October 25, 2010

Tugasan Hari Ini

Hari ni asben aku mula berkerja di Bangi harap2 semuanya okay. Alhamdulillah harap2 tempat baru ni dia dapat explore lagi field yang dia kerja sekarang. His previous company counter offer but my asben refused to accept, not interesting offer katanya. Well to me less work but good pay ..bankrupt company kalau semua ada intention macam aku .. btw that's a fact of life .. nothing come easy .. we need to hunt for a money for life .. Pagi2 aku dah gerak dari rumah ke Maybank KL Main. Bila sampai di lobby Maybank macam mengimbau kenangan lampau dimana aku pernah kerja di Menara lepas aku grad. Mmg best kerja di Menara, semuanya mudah, makan-minum, shopping,tranportation dan juga senang aku meet up kawan2 masa lunch ..Aku sampai di Lobby at 9.18pm, isuse cash cheque untuk bank in duit asb kakak aku yang dia TT aku 3 weeks ago. Branches hanya limited certain amount untuk bank in ASB pakai cash cheque. Tulah sebabnya aku kena datang ke Menara maybank

Lebih kurang 10 mins waiting nombor queue dan terus ke kaunter, biasalah kena thumb print .. nak masuk duit kena thumb print sebab aku issue cash cheque. Maybank ni kadang2 buat aku naik angin ajer.. btw this is my 1st employer that I worked. Urusan di Maybank selesai aku terus ke Jalan Ampang jumpa lawyer ambil geran rumah since aku dah full settled housing loan company aku. Lepas ambil geran dan dokumen aku terus ke opis, sampai awal aku hari ni.

Hari ni di opis tidaklah sibuk sangat dapat jugak aku relax sket... best nyer hari nie. Esok aku kena renew roadtax dan insurance since dua2 kereta expired end of this month. Kena pergi awal takut kalau incase kereta aku kena blacklisted since a fews saman ekor yang aku belum bayar lagi ...

Thursday, October 21, 2010

Borak2 dgn Silent Jutawan Hartanah ..

Masa lunch di opis pantry aku bersembang dengan one chinese guys, mamat ni ialah vendor project manager company aku . Mula borak pasa hal kerja yang dan karenah2 user yang menyaikitkan hati. At end dia cerita pasal property investment pada aku, inilah topic yang aku suka nak dengar. Apa lagi, aku koreklah cerita dia, mamat ni pun bagitau yang dia pun dah lama involve dengan property investment. 1st house yang dia beli ialah sebuah flat di rawang dengan harga 18K, dengan bermodalkan 20K dia beli rumah ni cash dan sewakan pada kilang. Selepas setahun dia berjaya menjual flat ini dengan harga 4OK. Dari situlah lah dia membeli unit2 lelong, menyewakan. menjualnya. Dia juga ada membeli shoplot di Ipoh dan menyewakan kepada 7 Eleven, bayangkan berapa rentalnya kan .. lebih dari gaji yang dia terima sekarang ni .. agaknyalah yea. Mamat ni tidak tertumpu pada klang valley sahaja, beliau membeli hartanah di merata2 dan yang terbaru dia membeli tanah lelong yang berharga RM2 Juta.. nak pengsan aku nak dengarnya.. kayos betul .. muda lagi dan belum kawin lagi .. So aku cakapa pada dia .. why you still work here if u r already millioaire ? mamat ni cakap saya suka kerja ni .. aku cakap balik " wah u just worked here as a part time joblah "

So kesimpulannya whoever yang involve dgn property investment 5 year ago mmg boleh generata good income. Sekarang ni perception mengenai unit lelong dah berubah dan banyak saingan.. susah nak dapat good house with good location..

Motivated aku dengar cerita mamat ni.. bilalah aku nak sampai tahap ni .. bukan senang nak jadi senang .. tapi senang nak jadi susah ..

Aku decided tak nak bid apartment di Puncak Alam. Aku berpendapat agak berisiko kalau invest di puncak alam buat masa ini. Aku decide untuk membida sebuah unit kondo di Cheras pada minggu depan. Aku dah called up developer dan maintenance opis, outstanding almost 5K jugalah .. not 2 worry sbb bank covered semua OS. Hari weekend ni aku akan ke unit tersebut for onsite visit. Mengikut maintenance opis unit ni di diami oleh keluarga india yang katanya adalah owner. Aku tak caya sangant maintenance opis kadang menipu juga, aku dah pernah kena. Cakap ada orang , bila pergi rumah tak da orang tinggal. Kalau owner tinggal, mmg confirm aku tak bid, cari nahas tandanya ..

Saturday, October 16, 2010

Puncak Alam Good For Property Investment ???

Semalam aku dan asben ke Puncak Alam membuat tinjauan disini since lately unit2 lelong almost sapu bersih. Mostly tidak di jual dengan RP..ada pertarungan antara pembida2.. Sampai d Puncak Alam around 3pm melalui jalan Meru, Klang.. Kalau malam2 bahaya juga kalau drive ikut jalan ni. At 1st jumpa pintu masuk utama ke Kampus Puncak Alam. Berdekatan dengan pintu masuk ada sebuah restoran MCD, dari luar banyak juga orang di dalamnya ( sorry aku dah boikot MCD). Masih banyak kawasan lapang yang belum di bangun yang majoriti di miliki oleh IJM ( banyak papan tanda tulis nama IJM jd aku assumed tanah tersebut di miliki oleh IJM). Aku mmg tak tahu area puncak alam ni, pakai redah aje. 1st Taman perumahan yg aku masuk ialah Taman Cakera Purnama. Majoriti penduduk adalah melayu dan ada jugak unit2 yg tak berpenghuni.

At the end aku sampai juga ke Residensi Warnasari yang menjadi rebutan oleh pembida2. Aku dapati banyak betul unit2 kosong.. 80% 3rd and 4th Flr tidak berpenghuni. Kawasan perumahan yang agak bersih jugalah, yealah ramai orang tak duduk of course tak banyaklah sampahkan. Persekitaran yang sunyi, aman dan tenang mmg sesuailah untuk student. Aku ada membuat tinjauan di beberapa unit lelong disini ada yang berkunci dan ada yang tidak. Kebanyakkan unit jadi tempat longgokkan sampah dan store jiran2, ada juga yang jadikan unit tersebut tempat menyidai pakaian. Dari meter ada masih ada fuse ada yang tiada begitu juga dengan meter air. Bagi unit2 di 4th Flr nampak ada kesan bocor.. even dari bawah dah nampak kesan2 air di siling dan ada juga siling pecala. Overall unit lelong di sini oklah. Semasa survey aku terserempak dengan 4 orang student UITM yg di tangga apartment, aku bertanyakan berapa u all bayar sewa rumah, katanya RM350 basic. Tapi di sebabkan di Puncak Alam banyak sangat rumah dan apartment kosong jadi agak susah nak dapatkan rental yang bagus. Penawaran melebihi permintaan. Menurut student tadi sekarang ni kampus Puncak Alam dah sesak sangat sampaikan nak makan di kantin kampus pun susah, kalau next semester kalau ada penambahan student tak tahulah betapa sesaknya di kampus.

Aku berpendapat kalau nak beli rumah atau di apartment puncak alam mestilah pada harga yang betul2 rendah. Risikonya ialah jika cerita student tu benar maka perpindahan degree course dari Shah Alam ke Puncak Alam mungkin mengambil masa, kerana uitm perlu membina bangunan tambahan bagi menampung penambahan pelajar2. So far ada course degree berpindah dari Shah Alam ke Puncak Alam untuk sem december. Jadi aku kena fikir sedalamnya samada decide nak beli atau tidak.. Bagusnya kalau beli sekarang harga masih rendah lagi. Soalanya jika aku berjaya membeli rumah tersebut dapatkah aku menyewakan atau menjualnya ? For investment kalau kita lambat mendapat return of course ia akan effect kepada Cash Flow. Monthly kita kena bayar bank loan, maintenance, api, air dan yearly kena bayar cukai pintu.

Buat masa ini aku kena fikirkan samada to proceed or wait n c ...








Wednesday, October 13, 2010

Ragam2 Penyewa

Aku nak shared beberapa pengalaman aku mengenai ragam penyewa2 rumah. Of courselah yang menyakiti hati .

Kes pertama
Penyewa adalah one group student UITM. Masa nak rumah bukan main lagi tak tengok rumah pun dah bayar booking fees. Masuk bulan ke 3 dah buat perangai bayar sewa rumah lewat. By right kena bayar before 5th, on 6th aku sms tanya nanti saya bank in before raya. Bila balik raya check account duit belum terima. At the end cakap ada tak account CIMB senang nak buat online transfer. At the end dia masukkan juga on 15th ... Bulan ni selepas aku desak beberapa kali baru nak bank in. Aku check account CIMB takde bila tanya acct mana yang dia bank in baru cakap bank in ke acct maybank.. siap sound aku lagi " jangan kata saya tak bayar pulak " . Last month bank in ke account cimb , this month bank in ke acct maybank.. Apapun mamat ni akan pindah keluar dari rumah aku Nov end sebab course dia berpindah ke puncak alam. Elok jugaklah keluar, tiap2 bulan aku kena jadi ceti ingatkan dia..Nak jadi pelabur hartanah yang berjaya aku kena jadi macam cetilah ...sms2 dan call2..

Kes kedua

Penyewa dah bayar booking sebulan. Kerana kesian aku kasi dia masuk awal sbb dia janji akan bayar baki deposit bila dapat gaji. Aku SMS dan call berpuluh kali tak berjawab, almost seminggu aku call tak dapat2. Aku pergi rumah aku tapi berkunci, mengikut jiran2 diorang tak nampak pun sapa2 yang keluar dari rumah. At the end aku sms cakap nak cari di opis then baru dia balas sms cakap yang dia tak tinggal di rumah sebab berperang2 dengan asben dia tahap nak cerai berai. At end malas aku pening kepala, pergi rumah tukar mangga dan cari penyewa baru ..

Kes Ketiga

Yang ni sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa ni masa nak rumah tak dan aku nak habiskan mengecat rumah dah nak masuk rumah. Siap offered dia akan habiskan mengecat dan betulkan apa yang rosak. Deposit aku mintak 1+1 ajer. Masuk bulan ke 6 dah buat hal, bayar lewat, macam alasan di beri seperti ;

1. mak saya pinjam duit saya
2. anak saya demam
3 asben saya berhenti kerja
4 asben belum dapat gaji

at the end aku terpaksa halau dorang sebab dah 4 bulan tak bayar sewa dengan api dan air kena potong. Aku minta pada wife , dia kata minta pada asben dengan alasan asben dia lari balik kampung. dia takde duit nak bayar. Sebab di desak mengalahkan along at the end asben dia bayar semua tunggakkan api dan air, sewa rumah sampai la ni tak bayar2 ..

Kes ke 4

Yang ni pun sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa adalah ex-staff asben aku. Tahun pertama payment bagus. Masalah bermula bila dia beli kereta. Dah mula bayar lewat, cakap nak bayar lusa, bila sampai masa, cakap duit takde .. alasan2 dia lagi power seperti ..

1. asben belum dapat gaji
2. anak sakit
3. wife kurang darah
4. wife balik kampung
5. Mentua pinjam duit
6. Bergaduh dengan wife
7. Bergaduh dengan mentua
8. Nak bercerai dengan wife
9. Kereta rosak

At end lepas aku dah desak2 bila nak bayar sewa rumah diorang cakap dorang nak pindah. Aku sound masih ada 2 bulan sewa rumah tak bayar + dengan tunggakan api/air. Cakap nak bercerai-berai lepas tu wife dia cakap " alah kitaorang bukan pun banyak berhutang dengan awak " aku cakap kalau tak banyak bayarlah sekarang " sekarang saya takde duit.. nanti tiap2 bulan saya bayar installment.. hampas sampai sekarang seposen pun dia tak bayar. Siap bersumpah dengan nama allah yang dia akan bayar.... aku cakap pada dia aku tak halalkan setiap duit yang dia hutang dan setiap air yang dia minum dan ambil air sembahyang ..

So kita alert ragam2 penyewa kita kalau tak nanti kita yang merana ...

Saturday, October 9, 2010

Serah Rumah dan dapat penyewa baru ......

Hari yang memenatkan hari ni. Bakal tennat aku utk apartment cheras nak pindah masuk esok sebabnya boss asben dia hanya bagi cuti hari Isnin. Lepas ambil anak aku dari pusat tuisyen terus ke sana untuk pasang 2 pintu toilet. Lepas asben aku buat measurment baru sedar yang extension wire tertinggal di rumah. Since lampu dinding belum lagi dan kena balik rumah ambil extension wire aku suggest kat asben aku pintu toilet beli bila dah beli lampu dan lepas ambil extension.

Terus ke kedai lampu di Balakong, budget aku untuk 3 lampu dinding less than RM100 ajer. Tengok2 adalah lampu within aku nyer budget dan ada discount 30% lagi. Masa bayar amoi tulis resit aku kena bayar RM109 aku pun tanya balik you tak tolak ker ? dengan selamba badak dia cakap pada aku hanya satu lampu ajer ada discount 30% dan lagi 2 lampu takde discount. Aku argue dengan amoi tu, kalau takde discount why you put 30% tag to the light. Berulang2 dia cakap lampu tu nett price. Berulang aku cakap why you put discount tag ? at last dia kasi juga discount 30% pada kedua2 lampu yg jumlahnya RM85.50. Yealah aku pun dulu2 pernah kerja di supermarket, kalau salah price tag kena ikut harga seperti yang di tagging. Aper ingat aku ni tak sekolah ker ?

Lepas beli lampu terus kerumah ambil extension dan ke kedai hardware beli pintu toilet. Almost 2 jam jugaklah asben aku pasang pintu toilet. Around pukul 4:00pm aku bertolak ke Shah Alam untuk jumpa orang nak sewa rumah. Satu appt pukul 5pm dan sorang lagi 5:30pm. Jalan punyalah jammed, masa tol di puchong aku terpaksa queue di laluan tunai sebab lupa bawak TnG. Adalah pulak mangkuk2 yang tak reti bahasa ikut suka potong queue macam tol tu diorang ajer yang bayar... Bengkeq betullah dengan sikap pemandu yang tak tahu malu. Kalau aku bawa bulldozer mau ajer aku langgar kereta dorang ....

Sampai simpang keluar mentari court ada pulak pemandu teksi berhenti ambil penumpang, ada sorang pemandu lori asyik dok hon2, dan sorang mamat tak sabar nak keluar simpang, geramnya hati aku. Aku buat bodoh ajer berhenti belakang teksi, mamat tu hon2 aku peduli apa. Aku pun bayar roadtax juga.

Sampai Shah Alam dah 5:30pm at the end aku bawak kedua2 bakal penyewa tengok rumah. Student yg dok rumah ni akan pindah keluar pada 1/12 sebab course dia berpindah ke Puncak Alam. Tunjuk rumah dan brief sikit pasal rumah ni. Masa borak di bawah lepas tengok rumah student uitm ni confirmed nak sewa rumah ni dan terus mintak nombor account aku.. manalah aku bawak nombor account. Jadi aku cakap malam nanti aku smskan nombor acct.. Rezeki2 .. syukran2 ..

Aku terus ke apartment Cheras untuk pickup asben dan anak aku. Masa mengemas penyewa dan asbennya datang nak ambil kunci rumah. Lepas aku serahkan kunci aku sekeluarga balik kerumah dengan rasa penat tapi masih ceria sebab hari ni aku dapat duit ...Apa yang penting apa yang kita buat mestilah ikhlas dan jangan sesekali menipu orang



Thursday, October 7, 2010

CF course, bank negotiation ...

Hari ni aku masuk opis setelah course financial cash flow dah selesai. Its very interesting course eventhough not related to my opis work but good apa yang aku buat sekarang. Kena analyse company report, asset, shares, stock, cash, creditors, debtors cam2 lagilah untuk tengok company cash flow samada bank consider bagi loan atau tidak. Baru aku tahu eventhough company declared loss tapi bank boleh kasi loan after CF analyse di lakukan dan of courselah mesti ada assumptions.. Very though to me yang takde accounting background but very good exposure... maklumlah free company sponsored .. tq boss2 sebab approved training aku .. ( kalau boss aku baca blog aku ni yang banyak mengutuk dia gerenti takde bonus tahun ni )..

Kawan asben aku mintak tolong aku negotiate dgn one of the foreign bank untuk buat installment on overdue repayment.. Bila aku tengok OS dia banyak betul iaitu RM31K. Last payment yg ayah dia bayor on 22/9/2010, lepas tu tak bayor. Rumah pun dah renovated bagus tapi monthly repayment tak di bayarnya. Rumah ni rumah lama yg di beli dengan harga 60k ajer and now after renovation MV around 300K to 350K. Besok aku cuba nego dengan bank ni. Dari statment yg aku tengok on 2/4/2010 ada legal fee amounting RM2000 aku rasa ni 1st reminder yang bank served pada ayah kawan asben. Kalau RHB dah gerenti masuk listing lelong..

Suddenly asben aku ke Kedah untuk attend emergency meeting di opis client. Sepatutnya malam ni dia kena bawak contractor untuk tengokkan bumbung bocor di apartment Cheras aku.. jd kena postponed esoklah itupun kalau dia sampai KL awal. Tennats nak masuk rumah hari ahad ni. Contractor ni cekap rasanya within a day dia boleh settled.. harap2lah ... Asben aku pun dah served resign notices to current employer on last Tuesday untuk rejoin company lama dia since ex-boss dia offer gud salary.. tiba2 company yg dia interview sebelum raya called dan hantar email offered employment.. walapun company bangi less pay but dia punya bagus ada car loan with zero interest, company trip, family trip dan very gud medical benefits extended to family ... so asben aku akan decide once back from Kedah ...

Monday, October 4, 2010

Apartment Cheras dah ada penyewa & attend Cash Floy Analysis course

Syukur Alhamdulillah, apartment aku dah ada penyewa. Semalam penyewa dan suaminya datang tengok rumah dan terus bayar 2 bulan deposit, balance setengah bulan akan di bayar bila kunci di serahkan pada 15th ni. Aku advertised di mudah.com dan OLX ajer, actually aku letak RM550 since family aku discounted RM20 . jd sewanya ialah RM530. Okaylah monthly repayment to bank RM304 dan maintenance fee ialah RM44 ajer. At least ada +CF RM181 sebulan. Apartment ni just walking distance ke bank, kedai makan, kedai kereta motor, mamak dan macam lagi kedai ada.. Weekend ni asben aku kena pasang pintu bilik air dan kena panggil contractor betulkan bumbung bocor.

Isnin till Rabu aku attend Cash Flow Analysis training di Bangi Training Centre. Trainer pelik sebab IT Staff datang training yg takde related dengan job scope. Actually aku just apply training ni tup2 HOD dan HR approved aku.. Mestilah aku attendkan kalau di luar entah berapa ribu raban fees dia. Yealah asyik dengar perkataan Cash Flow ajer tapi tak tahu what the really meaning. Day 1 very interesting, the speaker is a very experienced singaporean gentlemen. Tak boring langsung, very energy n pandai to attract audience. Banyaklah juga term2 yang aku faham macam NWC, CA, CL,LC, basic of OIF(Operating, Investing n Financing)dan simple CF calculation. Yg malas sikit dia kena buat case study ..luckily group case study kalau individual .. apalah aku nak jawab .. yealah aku bukannya accouting background.. masa study dulu adalah sket belajar accouting.. Actually course yang aku attend ni sesuai utk mereka yang ambil CCP paper 3 ...

Okay esok sambung lagi