Monday, August 30, 2010

Coretan Ramadhan

Bulan puasa ni aku tak berapa rajin nak update blog ni. Masa banyak di luangkan melayan anak2 aku. Persiapan baju raya untuk anak2 dah siap cuma diri aku ni yang belum beli apa2 lagi, ingat esok baru nak ke kajang shoping untuk diri aku dan asben. Aku akan bercuti dari 9hb Sept till 15hb sept sambung pula dengan hari satu malaysia. Aku akan bertolak ke kampung aku di perak pada 8th Sept selepas berbuka puasa. Harap2 jalan janganlah sesak. Asben aku ni bila jalan jammed mulalah mata dia pun layu, aku pulak kalau jam mmg cukup malas nak drive ...

Adik aku sekarang ni lepak di rumah sebab company sms yang dia kerja dulu dah kena jual. Bulan lepas company dia bayar half month gaji, dah lah opis kena pindah ke USJ.. biasalah company nak suruh staff berhenti mmg diorang plan buat macam ni supaya dengan relahatinya staff resign...since dia pun baru ajer konvo di uniten pada 8/8 jadi aku nasihat cari company yag betul2 stabil lagipun dia ambil major dalam IT networking so tak susah sangatlah nak cari kerja sebab tak ramai student ambil course ni sebab very tough.

Bulan puasa tahun ni depan rumah aku so far so good takde macam tahun2 lepas main mercun bom depan rumah aku. Aku ingat lagi tahun lepas rumah aku ni macam kawasan lapang sasar, anak2 jiran tetangga aku main macam dia ingat depan rumah aku ni macam rumah dia. Yg paling kurang ajarnya main mercun campak2 dekat porch kereta aku... aku dan asben cakap tak diendahkan langsung. Sampai tahap diorang campak mercun bom masa asben aku reverse kereta, sampai aku call polis peronda suruh berhenti depan rumah diorang ni. Tahun ni kalau diorang berani main lagi mmg nahaslah ..

Ada cerita menarik pasal rumah kakak aku di sentul. Minggu lepas tennant kakak aku call bagitau jiran sebelah pasal besi penyidai ngam2 dekat dengan meter air dan gantung pakaian dalam depan rumah . Since rumah kakak aku ni endlot jadi kalau nak kerumah kena lalu bawah bra dan coli jiran dia ni.. actually aku pun notice jiran ni gantung pakaian dalam masa aku repair rumah. Since tennant kakak aku tak puashati dengan jiran ni, kenalah aku dan asben pergi jumpa jiran ni... aku pun sound2 baik pada dia yang mengatakan aku nak pasang grill dari sempadan rumah ke rumah kakak aku .. hmm tau pulak dia kata area ni walkaway public area dan aku tak pasang grill...aku sound pada dia suruh buka balik besi penyidai kain since dia dah menceroboh kawasan. Aku terpaksa auta pada dia yang tennant aku dari sarawak ada pantang kalau ada pakian dalam di sidai depan rumah ia akan bawa bad luck .. walaupun dia macam tak puashati dengan aku dan asben dia mesti kena hormati jiran tetangga jugak. Aku tak sound tak bertempat, kalau dia dah menceroboh kawasan kita takan nak buat derk ajerkan. menurut tennats kakak aku so far so good ....

Esok ada hari kemerdekaan ke 53 bagi negara tercinta kita, biasalah tiap2 tahun aku kibarkan bendera depan rumah aku untuk menanam semangat patriotik di jiwa anak2 aku ...Bila aku amati bangsa kita masih ketinggalan di belakang, masih mundur tapi mendahului bagi stastistik kes buang anak, penyalahgunaan dadah, penghuni penjara, kes dera, merempit .. etc ...Dari segi ekonomi pula kita masih di takuk yang lama dan walaupun ada DEB, bangsa kita masih lemah dan kalaulah idea NEM oleh adik PM kita di realisasikan .. apa jadi pada kita ( hmmm ayah dia buat DEB anak bongsu daia ada idea NEM ??)....tapi pada aku ... walaupun DEB ini kekal selama-lamanya tapi kalau bangsa kita tidak menggunakan kemudahan ini apa gunanya ...bayangkanlah tabungan ASB khas untuk bumi belum pernah dalam sejarah tabungan ini penuh ....

Tak kira dimana reader blog saya berada, saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 53...

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan

Salam ramadhan aku ucapkan pada reader yang follow aku nyer blog ... Alhamdulillah dah masuk hari ke4 kita berpuasa. Cuaca agak panas buat masa ini bukanlah halangan tapi ia satu dugaan pada kita. Bayangkan merek2 yang kebuluran di luar sana, tiada makanan dan mengharapkan bantuan orang luar. Kemarau bertahun2 yang mengakibatkan tanaman2 dan ternakan mati. Sungguh beruntung kita di Malaysia ini, dengan sumber2 yang ada dan anugerah cuaca yang baik oleh allah taala. Tapi ada juga yang tak tahu berterima kasih dan mengharapkan ihsan....

Bulan ramadhan ni aku tak banyak aktiviti aku lakukan. Proses2 guaman untuk rumah2 aku dah selesai jua akhirnya. Unit2 lelongpun kurang menarik dan kalau adapun harga masih tinggi. Ada a fews kawan2 yang suruh aku carikan unit2 lelong untuk tujuan investment, so far aku tak berani lagi nak recommend sebab unit yg ada pun tak bagus. Cuma aku masih follow up dengan bank pelelong untuk relisting unit klang. Aku dah ada ready bidder untuk unit ini. Bosan betullah dengan bank ni.. camna nak reduce NPL kalau buat kerja terhegeh2 ...

Sekarang ini aku dok usha2 condo2 yang mempunyai faciilties unuk di jadikan homestay dan juga berdekatan dengan public transport. Aku plan untuk rumah ni sebagai rumah singgahan untuk saudara-mara dan kawan2 kakak aku dari australia semasa melancong di KL. Potential memamg ada since kakak aku boleh buat advertisement di arabic area di sana. Lagipun adik aku boleh bantu dari segi tourist guide dan transportation. Yealah tak semua yang kita rancangkan menjadi kenyataan tapi sekurangnya kita ada rancangan daripada takde.. kan

Monday, August 9, 2010

Peluang Bisnes ..

Almost 2 week aku tak update blog aku. Almaklumlah kakak aku sekeluarga bertandang rumah aku jadi aku spent masa dengan diorang. Banyak juga yang diorang shopping di sini sebab barang2 di Malaysia ni agak murah.. Since SOGO tengah buat sale banyak jugaklah yang diorang beli ..Hari Ahad minggu lepas adik ipar kakak aku datang ziarah rumah aku, just datang borak2 di rumah aku. Tapi yang menarik perhatian aku ialah peluang bisnes yang agak bagus. Adik ipar adik aku beli jubin di China dan di hantar ke Iraq. Duit tak payah keluar since pakcik dia beri duit untuk pembelian dan dia earned komisen dari pakcik dia.. tapi katanya quality jubin mmg teruk sebab setiap penghantaran at least 25% rosak .. untung tetap untung katanya.. akmaklumlah negara pun hancur jadi diorang mmg perlukan jubin untuk buat rumah.. dia suruh asben aku carikan factory jubin dan perabut pejabat yang okay untuk dapatkan produk catalog untuk dia serahkan pada pakcik dia di iraq ...

Lagi satu peluang bisnes yang menarik ialah menjadi tourist guide. Tak susah sangat just book diorang punya hotel, homestay, tiket kapal terbang, sewa kereta, shopping dan bawa ke tempat2 yang menarik. Aku nak marah betul dengan orang2 kita yang mengambil kesempatan keatas pelancong asing. Bayangkanlah masa adik ipar kakak aku bercuti di Langkawi pengusaha kereta sewa charged diorang RM100 untuk 4 jam.. Dahlah tu sekali makan breakfast yang berharga RM20 diorang charged RM60... Kalau teksi KL lagilah charged triple.. lagi satu sebuah travel agency di BB charged RM300 untuk service charge booking firefly ticket ke Penang... Abang ipar aku terkena juga beli durian di area rumah aku sekilo RM12 sedangkan untuk local di charge hanya RM8 ajer..

Yang aku marah sangat nilah jika beginilah sikap segelintir rakyat malaysia maka runtuhlah industri pelancongan negara kita.. Kakak aku akan war-warkan pada kawan2 dia dan saudara belah asben dia kalau nak datang Malaysia aku boleh arrangekan.. so kalau ada sapa yang ada homestay yang berdekatan dengan public transport bolehlah bagitau aku ...

Kakak aku dah balik ke Australia pada hari khamis lepas.. alhamdulillah kalau ada rezeki contract staff outsourcing dengan syarikat telecomunication asben dia akan datang untuk buat presentation. Masa di KL abang ipar ada berjumpa dengan one of top management syarikat tersebut since diorang mmg memerlukan project manager untuk membina menara pemancar handphone di Malaysia... maksudnya abang aku kena supply staff untuk syarikat ni ...sebelum migrated abang ipar aku ni dulu adalah country manager di Filipina, Thailand dan Indonesia ..apapun aku salute kakak dan abg ipar aku.. walaupun senang diorang berjimat cermat mengenai perbelanjaan.. bukan kedekut apa yang penting education anak2 dan simpanan pada hari tua ...

Actually banyak yang aku nak taip lagi tapi mata pun dah mengantuk ..esok aku sambung lagi mengenai cerita bidder aku yang tak faham bahasa dan cerita menarik di Fun Fair ..