Tuesday, July 27, 2010

Arrange sign LO & relisting auction unit ....

Last week aku arrange En J sign loan agreement di Damansara. Since dia dengan pakcik dia tak familiar dengan jalan KL, aku suruh mereka tunggu di pintu gerbang darul ehsan sempadan Selangor\KL.. Terus bawa ke pejabat lawyer sign documents yang di sediakan ... entahlah samada sempat atau tak sebab contract valid till mid of august ..Tapi aku yakin lawyer dapat siapkan dengan sebelum due date sebab bank pelelong dan bank loan adalah sama.. selalunya mereka contra off saja amount ... tak macam RHB dan EON .. walaupun bank sama.. procedure dia sama macam loan dengan bank lain .. agak leceh ... diorang suka tengok NPL figure tinggi kot2 ... Apapun aku kena follow up dengan developer dan lawyer agar dapat complete sebelum due date..

Kelewatan ini disebabkan Mr J apply loan goverment tapi ken reject, sebab government not allow pinjaman untuk membeli rumah lelong .. ( rumah jugak kan ) .. kalau tak mmg confirm dah settle kalau apply loan dari bank pelelong ...

Aku masih menunggu bank pelelong untuk listkan balik satu unit apartment di Klang untuk re-auction. Dah fews email aku hantar, tapi bank pelelong buat derk ajer ... hmmm bila dah ada confirmed bidder yang sanggup bayar pada last auction reserve price pun main tarik tali lagi ... bidder ini adalah seorang penolong pengarah di government opis yang berkerja di east malaysia .. aku naik segan jugak bila dia tanya padal tarikh re-auction... bank ni tak duit ker ..apapun kena follow up lagi esok ...

Aku tengok unit2 lelong sekarang ini tidak menarik, kalau adapun.. lebih dari RM100k ... itupun off 10%-20% dari market value .. to me is not worth it ...asben aku ada 2-3 kawan dia berminat nak beli rumah lelong untuk investment. Since unit2 yang kurang menarik aku tak nak recommend pada mereka .... nanti kalau tak dapat sewa dan jual balik aku yang akan malu dengan diorang .. unless if they inssist .. itu aku tak boleh cakap apa2lah .. bid sajalah ..

Monday, July 26, 2010

Department Trip Ke Penang

Hari Jumaat lepas aku dan staff unit2 lain ke Penang buat lawatan ke Dell APCC... Bertolak dari opis aku around 8am dan sampai di Prai Auto City almost 1noon. Lunch di Golden Triangle, menu lunch ialah masakan Thai, memamg sedap. Tak terlarat nak makan almaklumlah Dell yang bayor.. makan free katakan .. lepas lunch terus ke Dell APCC tengok camna pemasangan notebook, desktop pc dan server di pasang. Actually di APCC sebenarnya hanyalah tempat pemasangan tahap akhir ..Tengok macammana diorang upload software OS secara terus database ...

Dari APCC aku ke Dell HQ di mana ada dua orang system engineer beri briefing tentang product2 mereka. biasalah bersungguh2 diorang terangkan .. tapi bagus juga innovation yang mereka lakukan ...since dah kenyang melantak jadi .. mata2 pun ala2 layulah ...apa2 its very interesting ...

Bermalam dua malam di Hydro Hotel yang full sponsored by vendor .. hari ahad baru balik KL ...

Monday, July 19, 2010

Jutawan tapi kerja sebagai Cleaner cum pencuci toilet

Hari Jumaat malam kakak aku sekeluarga datang kerumah dan bermalam. Bagus juga dia singgah di rumah aku dari tinggal di hotel sebab pada masa inilah kitaorang boleh bergurau senda, makan minum bersama2. Mmg meriahlah ruma aku...

Aku nak sharekan cerita yang paling menarik dari abang ipar aku. Ceritanya begini, ada kawan dia seorang kontraktor australian yang mana suami isterinya adalah jutawan. Umur couple ni around 50 tahun dan anak2 pun semuanya dah berkerja. Company dia mempunyai around 50 orang.. besar jugaklah takan nanti jutawankan.. tapi isteri dia bekerja sebagai cleaner cum pencuci toilet di syarikat yang sama di mana suaminya adalah mempunyai contract dengan syarikat gergasi. Selaku owner mat salleh ini yang humble ini bekerja bersama dengan engineer untuk memantau kerja harian. My brother in law bertanyakan kepada couple mat salleh ni kenapa allow wife dia berkerja sebagai cleaner cum pencuci toilet. Mereka menjawab sebab hanya engineer dan pekerja yang dibenarkan sahaja boleh masuk ke opis main contractor. Di sebabkan wife dia ni takde apa nak buat di rumah dan boring sesangat jadi wife dia decided jadi cleaner di main contractor office so that dia boleh makan bersama dan boleh jumpa selalu .. Sebabnya masa asben di rumah agak terhad sebab busy dengan kerja harian... Abang ipar aku cakap wife dia bawak kerja yang berharga AUD200k datang kerja ....bayangkan betapa kayanya diorang nikan .. tapi australian percaya kalau tak berkerja umur tak panjang .. so diorang akan kerja selagi termampu ...

Sanggupkah kita berkerja sebagai cleaner di syarikat suami kita berkerja sedangkan kita mampu ? Kalau orang kita kalau asben kerja manager isteri kerja sebagai kerani pun dah malu..Pada couple mat salleh ini perasaan sayang each others tak pernah luntur..

Pengajaran pada aku adalah sayangilah orang di samping kita selagi mereka2 berada dekat kita...

Thursday, July 15, 2010

Mengimbau Kembali Sejarah Hidup Aku

Teringat aku masa aku baru2 kawin dengan asben aku.. Gaji yang dapat ngam2 ajer..Masa aku pregnant 3 bulan aku dan asben decided beli kereta kancil sebab senang nak kemana2 dan balik kampung. lagipun nielah kereta pertama kami .. Masa takda anak, taklah teruk sangat. Lepas aku melahirkan anak dengan follow up dengan HUKM dan keperluan anak duit gaji tak berbaki langsung dan kadangkala tak cukup. Simpan awal bulan, hujung bulan ambil balik .. Masa tu mmg perit betul.. aku dan asben bawa bekal hari2 ke tempat kerja. Kalau telur ayam tu macam2 aku pelbagaikan masak, sambal telur, kari, kurma dan paling simple goreng bawang.. aku hanya peruntukkan RM200 belanja dapur setiap bulan.. yealah gaji aku dan asben tak sampai 2K sebulan, dengan sewa rumah, ansuran kereta, bil api-air, susu dan pampers anak, upah pengasuh, ulangalik ke HUKM, insurance dan duit bulanan pada parents. Susah macam mana pun tak pernah aku minta pinjam dari orang tua.

Beli ikan dan sayur dan pasar malam ajer, kalau ikan2 tu beli yang longgok2 ajer, 3 longgok RM5, kalau sayur tu 3 ikat RM2, beras pula, kalau ada yang paling murah itulah pilihan aku.. kalau ada budget lebih baru beli udang dan sotong ... mmg perit .. anak aku pula hanya pakai pampers waktu malam saja sebab nak berjimat ..

Kami berdua tabah dan sabar melalui liku2 perjalanan hidup di kala itu. Mmg perit tapi aku belajar menhargai nilai setiap sen duit.. Pada masa itu kawan aku buka pusat tuisyen di rumahnya dan asben aku buat partime ambil student2 pergi dan balik ke pusat tuisyen 3x seminggu. Walaupun upahnya RM120 ia dah seribu rahmat dengan rezeki yang di terima..

Alhamdulillah masa anak aku yang sulong berumur setahun aku dapat promotion dan adalah sedikit increment.. ini pun dah syukur.. lepas 3 tahun aku bertukar kerja di tempat baru dengan perbezaan gaji almost RM1K.. syukur alhamdulillah.. selepas 9 bulan berkerja aku mendapat ESOS sebanyak 37000 unit sebab company nak list di KLSE... tahun pertama bonus company beri 6 bulan gaji ... dari situlah aku menyimpan sedikit demi sedikit gaji aku , asben aku pun bertukar kerja dan mendapat gaji yang agak baik juga ...

Kadangkala aku naik pelik bila orang cakap takde duit nak makan, nak beli susu anak, nak bayar kereta padahal bila dapat gaji joli sakan, beli baju mahal2, makan di tempat mahal2 dan boleh bercuti tempat mahal2 ... Pada aku biarlah kita berpada2 semasa berbelanja dan yang pentingnya ikut kemampuan bukan ikut nafsu .. Aku pernah hidup susah dari kecil, ambil upah cabut kacang tanah, petik daun tembakau, petik cili, ambil upah tanam jagung... bayangkan lepas waktu sekolah terus ke mana2 yang bagi upah buat kerja .. bila sekolah petang, pagi2 aku ke kebun getah tolong kutip getah sekerap .. macam2 aku buat .. Yealah bapa aku hanya beli baru masa time raya ajer .. kalau nak beli baju t-shirt ker, seluar ker kena cari duit sendiri .. betapa bertuahnya budak2 sekarang siap demand2 nak notebooklah, PS/2, handphone, baju kasut berjenamalah ...

Alhamdullilah aku amat bersyukur kepada Allah Taala dengan rezeki dan kebahagiaan aku kecapi..

Dah Dapat Refund Cheque dari EON

Hari Isnin kerani bank loan legal firm called beritahu EON Bank dah hantar cheque refund dan aku boleh collect bila2 masa. Hari Selasa lepas kerja aku terus ke Kajang ambil cheque dan terus berkejar ke rumah sebab adik aku bagitau adik-beradik nak berkumpul di rumah aku since kakak aku dan keluarga balik bercuti di Malaysia..Sampai rumah terus masak, luckily adik aku balik awal tolong masak sekali. Kalut jugaklah almaklumlah 20 orang nak makan ... kalau kakak aku di kelantan ada sekali dengan anak2nya 8 orang .. kena makan kedailah ...

Lepas isyak semua dah datang dan gamatlah rumah aku di buatnya.sekali-sekala gamat takpalah kan.. banyak juga di borakkan ... anak saudara lelaki yg duduk di Malaysia nie slang BI dia pure Australian, kadang2 aku pun tak dapat tangkap apa yang dia cakap... aku cakaplah pada dia .. go and watch TV , here programme very interesting ... dia cakap pada aku not interesting at all, no kissing2 hmmm amboi kecik2 dah mengatal .. kakak aku pun risau jugak sebab kawan2 dia semuanya mat salleh .. dan di sana pergaulan mmg terlalu bebas .. sebab tulah kakak aku masukan dia ke sekolah islamic private islamic school ...

Monday, July 12, 2010

Weekend Activity .............

On last Friday, aku turun untuk membida sebuah kondo di kajang, takde rezeki, kalah lagi. Yang menang adalah seorang perempuan melayu, harga yang dia dapat agak tinggi juga, hanya 16 ribu kurang dari developer price .. ( developer masih ada a fews unit yg available untuk di jual).

Pada hari jumaar tennant kakak aku di sentul called bagi tau TV rosak, ayoyo.. aku cakap hari sabtu aku akan kesana bersama asben untuk gantikan toilet flush set ..

Pada pagi sabtu aku ke Jalan Pasar carikan kipas untuk rumah medium cost di Shah Alam. Aku sampai almost 9am, satu kedai pun tak buka lagi, awal benor kot.. terus ke Pandan Jaya breakfast, lepas breakfast pergi semula ke jalan pasar. Semua kedai dah buka dan terus ke kedai elektrik beli kipas dan a fews item. Jalan2 anak aku merengek2 nak beli kereta control yang boleh menari, tunggang terbalik .. at last beli jugaklah bagi dia happy sikit, almaklumlah aku akan ke shah alam dan tidur semalam disana utk siapkan rumah medium cost aku. Terus gerak ke Sentul, asben aku gantikan flush, betulkakn pinti toilet dan ganti plug di dapur. Aku pun test TV,rupanya TV ni tukar siaran sendiri. Aku rasa board panel dia dah circuit, sbb tulah dia sewel2. Aku cakap pada penyewa kakak aku yang aku akan loan satu unit TV pada diorang dan akan di hantar pada malam ahad.

Siap kerja almost 3pm, terus ke Shah Alam dan makan di Section 2. Terus gerak ke rumah dan asben aku pun ukur kedudukan railing, kipas dinding. Dah siap pasang railing, terus pasang tikar getah,malas nak lengah2.. lagi cepat lagi bagus.. Lebih kurang pukul 10pm aku sekeluarga ke Section 2 untuk dinner. Balik rumah semula pukul 12am dan sambung kerja2 basuh toilet dan bilik air. Pagi ahad aku cuci tingkap cermin dan asben aku pula pasang kipas dinding untuk bilik dan kipas siling. Lebih kurang pukuk 12noon, student tu datang untuk masuk rumah. Semua dah selesai dan student tu bayar aku balance deposit seperti yang di persetujui pada hari Isnin lepas .. Lunch dulu di section 2 dan terus gerak kerumah di Cheras.. mmg ponet gilos

Malamnya around pukul 8pm aku dan asben ke Sentul hantar loanner unit TV. Yealah since rumah tu partly furnish kenalah jaga hati tennants, kalau lengahkan pula , gerenti hujung bulan dia minta kita discount rental .. Tengoklah macam mana nanti, biar kakak aku yang decide samada nak ambil TV dia di kampung, repair atau beli TV baru ..

Hari ini kerani bank loan called bagi tau yg refund cheque dah dapat .. Esok lepas kerja aku akan kesana ambilkan cheque ..

Pagi esok kakak aku sekeluarga yang menetap di Melbourbe akan sampai di Malaysia around 7am. Since adik lelaki aku akan pickup diorang aku taklah ke KLIA. Banyak jugaklah aku nak borak dengan dia since dah 3 tahun tak jumpa, cuma YM dan phone call saja ..

Thursday, July 8, 2010

Cerita-Ceriti sehari dua

Hari Selasa aku ke lawyer opis bayar balance legal fees sebab diorang dah advised bank buat refund pada asben aku. Sengaja aku cakap pada kerani lawyer minggu depan cheque boleh dapat ker ? kerani tu jawab within this week boleh dapat .. aku saja ajer cakap macam tu sebab aku dah tahu gerenti tak dapat nyer within this week.. kalau betul mmg satu kejutanlah ...

Semalam aku jumpa lawyer aku ambil beberapa documents untuk aku kept. Aku bagi tau pada lawyer yang maintenance opis shop apartment belum clearkan cheque yang aku issue. Tak nak duit ker diorang ni .. Yealah kalau diorang tak cashkan cheque camna lawyer aku nak minta apportioned refund dari bank pelelong ... Sepengetahuan aku maintenance opis ni adalah masalah dengan penduduk jadi diorang .. Tapi aku tengok tiap2 malam lampu semua di pasang dan ada orang sapu sampah ... ni yang confused sikit ... apa2pun lawyer aku still follow up dengan maintenance opis dan developer ..

Ada kawan aku seorang Mak Datin suruh aku carikan rumah bungalow area kota damansara atau mana2 yang menarik. Tittle ajer Datin tapi low profile habis, tak kisah campur dengan orang biasa2.. Asben dia businessman yang berjaya jugaklah kalau tak macam mana dapat tittle Datuk kan.. Aku ada powad details rumah lelong pada dia.. harga2 berjuta2 jugaklah .. dia feedback pada aku yang asben dia berkenan dan nak buat onsite survey ... wowow ..

Actually aku macam 50/50 nak bid satu unit di Kajang esok, tapi masih dok pikiq2 lagi .. apa yang pasti bidders mesti more than 5 orang nyer .. aku pernah masuk unit kawasan ini a fews time tapi kalah ...walaupun bank tak cover apa2 tungakkan tapi RP dia memamg2 very2 interesting dan tak terhutang late payment interest langsung dengan developer .. aku boleh assumed dia nyer OS not more than 10K ...

Malam ni kena diskus dengan asben aku decide samada nak bid atau tidak ..

Tuesday, July 6, 2010

Sewakan rumah pada student uitm + melalut di malam hari

Alhamdulillah akhirnya rumah lelong shah alam selamat di sewakan kepada student uitm dengan rate RM450.Rumah ini aku beli pada auction EON Bank pada November 2009, berapa banyak masa aku habiskan dengan membuat follow up, call sana-sini, pergi sana-sini, naik hangin pun ada juga. Mmg mencabar betullah, dengan karenah developer yang seboleh-bolehnya cuba menghalang proses pertukaran nama, masalah dengan banker yang tiga kali tukar terms and condition LOO, dengan lawyer bank loan yang lembab dan lawyer bank pelelong kalau tak push tak jalan ..Aku nekad untuk teruskan pembelian ini walaupun banyak betul halangannya. Luckily lawyer aku ni cergas juga orangnya, dari air muka diapun aku nampak diapun macam almost give up dengan kes rumah shah alam ni ... Dengan rental RM450 ni lepas di tolak dengan maintenance fees aku dapat almost RM200 +VE CF .. Jadilah sikit pun rezeki juga..

Malam semalam ada last minutes student dah bayar booking fees RM500 untuk rumah medium cost di shah alam. Rasanya almost 5 orang bakal penyewa datang tengok rumah ni tapi tak jadi dengan alasan orang tak ramai duduk. Majoriti student UITM yang datang tengok.... Weekend lepas aku tengok punyalah ramai student yang pindah masuk ... so yang mana2 tengok rumah dulu decided tak nak sewa mmg rugilah. Sekarang rata2 owner letak rental rate RM600 sedangkan aku baru RM55O siap dengan tikar getah for whole house .. susah nak cari owner yang baikhati macam aku ni .. So aku akan handover rumah ni pada student ni pada this weekend ... tinggal pasang kipas ,tikar getah dan railing langsir ajer ..Utk unit ni aku dapat almost 50% +CF dari rental rate since bank kasi aku BLR yang rendah pada 1st year.. so lepas contract tamat aku bolehlah upkan rentalnya

Pada aku jika kita bermodal kecil maka pulangannya kecil jugaklah .. kalau bermodal besar belum gerenti dapat jana income besar ..kalau dapatpun besar mmg untung kaw2 .. lagi besar modal di laburkan lagi tinggi risikonya ...so aku selalu ingatkan diri aku .. jangan tamak dan jangan ikut hati nanti mati ... taklah mati .. tapi separuh mati jugaklah kalau banyak duit dah dilaburkan tapi tak menjana income ... apapun any action yang kita ambil semuanya berisiko .. makan pun ada risiko .. kot2 tercekik .. apa yang penting berhati2 .. ewah melalut pulak aku ... ni ..

Oklah aku nak tidur awal, esok pagi ada appointment dengan lawyer
ambil documents rumah .... Arios amigos ...

Monday, July 5, 2010

Update Seminggu - Part 2

Sambungan dari Part 1

Balik rumah di cheras almost 10pm, anak2 aku pun asyik call tanya bila nak balik since dah dua malam aku tidur di Shah Alam. Kesian diaorang .. luckily aku ada adik yang tolong jagakan..

Pada 28th June kerani loan bank called kata yang dia dah advised bank untuk buat refund.. entahlah bila aku nak dapat duit aku balik ...student uitm sms aku kata yang dia tak jadi masuk rumah pada 1st Jul dan masuk rumah pada 3rd Jul... aku pun tak kisahlah sebab rumah dah settle cuma valve bilik air aku kena panggil hack dan gantikan valve baru.. entahlah penyamun2 sengkek ni kepala paip pun dia nak kebas.. betul2 menyusahkan .. ada hikmahnya juga student uitm ni masuk lambat ... Pada malam rabu aku ke Shah Alam jumpa kontraktor untuk dia buat repair cost estimation pasal nak hack dan gantikan valve .. agak mahal juga dia charged.. since aku takde pilihan dan kena handover rumah, jadi aku terpaksalah setuju dengan harga yang dia quote ...

Pada pagi sabtu aku survey tempat letak dapur dan tong gas.. survey2 di cheras dan balakong... ada mmg ada tapi more than aku punya budget ... at last asben aku decided cari di Shah Alam...

Lepas lunch pukul 3pm aku gerak ke Shah Alam carikan tempat letak dapur, syukur alhamdulillah dapat juga akhirnya walaupun RM20 over my budget ...Luckily kedai perabut agreed nak hantar sebelum 8pm .. aku terus gerak ke rumah flat lowcost dan dapati kontraktor dan completed tukar valve tapi dapur agak kotor... luckily getah paip aku belum bawa balik lagi .. kenalah cuci sebelum student2 tu masuk .. Around 8pm student2 tu sampai, aku dengan senang hatinya menyerahkan rumah aku dengan mereka.. looks nampak baik dan siap tanya aku arah kiblat .. harap2 begitulah hendaknya .. Ketua rumah berikan aku baki deposit untuk aku belikan peti ais ...Aku gerak dari rumah low cost pukul 9:30pm dan semua kedai elektrik dah tutup ..

Keesokkanya aku, adik dan anak2 ke Shah Alam carikan peti ais, puas aku cari at the end aku jumpa juga di section 19, Peti ais satu pintu ajer, janji baru. Kalau 2nd hand takut rosak pulak dan tiada warranty

Sunday, July 4, 2010

Update seminggu - Part 1

Dah seminggu lebih aku tak update blog aku ... aku teramat2 bzz pasal rumah2 aku dan kerja di opis ... pada 25th Jul aku dan asben ambil cuti tahunan untuk settlekan rumah di shah alam, klang dan rumah kakak aku di sentul.. since api dan air dah masuk untuk rumah shah alam, aku dan asben basuh rumah, buang sawang2, lap semua tingkap, touch up cat, pasang lampu, kipas dan pasang tikar getah... actually aku nak cat the whole house tapi disebabkan kesuntukkan masa aku just touch up ajer ..

Almaklumlah condition rumah yang agak teruk dengan semua kepala paip, sinki dan shower kena rembat, semuanya kena di ganti dan ada juga yang kena repair seperti saluran basuh tangan yang tidak diletakkan dengan betul dan sambungan flush yang hilang .. mencabar betul ...dua malam juga aku dan asben tidur di rumah shah alam semata2 nak siapkan rumah ini untuk handover pada penyewa iaitu student uitm ...

Pada 27th Jul aku handover rumah aku di klang pada penyewa.Setelah didesak barulah tukang grill terhegeh2 pasangkan grill, kualiti kerja dia ala2 ajer .. tak berapa kemas... malas aku nak mengomen pada dia .. lagi aku banyak cakap lagi sakit hati di buatnya ...

Pada petang 27th Jul asben aku berjaya juga pasangkan semua lampu di rumah medium kos .. kipas dan tikar getah belum di pasang lagi. Actually dah ada confirmed penyewa tapi cancel di saat2 akhir ...so aku decided once ada yang bayar deposit baru aku nak pasangkan tikar getah .

bersambung lagi esok .. banyak cerita lagi