Tuesday, June 22, 2010

Opis Politikus

Insyaallah kalau ada rezeki sebelum hujung tahun ini aku akan berkerja di tempat lain. Kawan yang interview aku suruh aku ambil duit bonus 2nd payment pada end of August.. Company aku nak sekat staff dari resign jadi kalau whoever yang dapat bonus more than certain month dia akan divided bonus .. hmmm .. actually aku tak hadap pun bonus ni .. apa yang penting aku resign dari sini.. Naik cuak aku tengok muka boss aku dan balaci2nya ...tambahan pula balaci yang lupa daratan .. menyampah betul

Terus-terang aku katakan aku mmg demotivated betul sekarang ni, tapi takdelah aku buat hal cuma aku felt very2 sad dengan politiking boss aku .. Nampak sesangat dia nak suruh permanent staff resigned so that dia boleh line-up balaci2 baru .. Yealah boss aku ni pun tak sampai setahun kerja tapi bab politiking ni mmg cekap.. actually designation dia just up one step dari aku .. Kaki2 pengampu dia ni mmg pandai aircon dan tunjuk bagus depan dia tapi hakikatnya kat belakang curi tulang ..

Monday, June 21, 2010

Maybe Bid Tanah Utk Kakak

Hari ini aku dapat email dari kakak aku di australia. Semalam dia ada call bagitau yang dia bercadang nak beli bungalow lot untuk buat rumah bila dia balik dari australia nanti. Yang aku terkejut badaknya dia email suruh aku bid tanah tu on behalf dia once dia dah details dari agent ... terus aku balas email dia kata yang aku akan settlekan apa yang patut since aku boleh earn komisyen kalau menang .. ada ke patut agent dia just kasi POS then suruh orang bid .. senang2 hidup dapat bank komisen .. tak susah2 payah ... ada jugak agent yang boleh cari makan makan macam ni ..

Aku pun terus call company yang aku register untuk dapatkan POS dan mintak tolong lawyer checkkan land status dan oustanding cukai tanah .. Menurut lawyer esok boy dia akan dapatkan details .. superb juga legal firm nie .. cergas betul .. kalau dapat tanah ni aku akan suruh diorang settlekan untuk urusan tukar nama .. budget kakak aku pun bagus giler .. dan dia akan settled cash ..almaklumlah nilai 1 AUD almost RM3 kita ... Actually dia pun tak tahu yang aku involved dengan auction properties hanya adik aku yg tinggal dengan aku ajer yang tahu .. malas nak kecoh2, biarlah low profile ...

Luas tanah almost 10k sqft ... almost 10 biji luas tanah rumah aku ..boleh buat kolam renang ni ... standard aku beli tanah di kampung ajer ... yealah kakak aku ni mmg bijak pasal financial planning , semua expenses dia recorded, almaklumlah ex accountant dan ex- tax adjuster .. dia ni mmg planned dia punya budget tapi taklah kedekut ..macam sesetengah orang .. aku kena mintak dia belanja nih since dia akan pada bercuti pada 13th Jul ...

Dalam minggu ni jugak aku kena buat onsite survey dan ambil gambar untuk emailkan pada dia ...

Kerja kontrek d hujung minggu

Hari Jumaat malam aku sekeluarga ke klang siapkan rumah, actually takde apa sangat nak buat , tapi just nak tidur semalam sebelum handover pada penyewa. Paginya aku bersembang dengan kakak depan rumah aku, borak2 dengan dia. Dia tanya kenapa pasang aircon sedangkan nak kasi sewa. Aku cakap sebab penyewa nak jadi aku pasanglah. Actually dia cakap ada a fews people tanyakan pada dia kalau aku nak sewakan. Aku cakap pada dia yang rumah ni dah ada penyewa. Berkemas2 barang masuk dalam boot kereta terus ke kedai hardware beli lock. Lepas beli lock pergi kedai jubin beli jubin untuk gantikan parquet depan bilik air rumah sentul kakak aku .. lepas tu ke seksyen 2 untuk brunch (breakfast + lunch ).

Sampai sentul pukul 11pg dan adik2 aku dah tercegat di sana menunggu almost 1 jam .. diorang tak leh masuk rumah sebab kunci kat aku. Masuk ajer dalam rumah rumah operasi dimulakan, adik lelaki pecahkan mana2 perabut yang tidak sedap mata memandang dan buang ke tong besar.. Dia ni bab menjahanamkan mmg terrer.. ada jugak yag tak habis ingatkan boleh habis ... esoknya datang balik untuk final touch up .. tiba2 pulak toilet pam rosak .... bila sampai rumah, penat gilos semua badan terasa sakit ... almaklumlah pekerja kontrek di hujung minggu ...

Jumaat, sabtu dan ahad aku akan ke Shah Alam siapkan rumah lelong aku. Macamana pun kena siapkan juga since student UITM nak masuk pada hari ahad ni .. Loan rumah meru aku dah selamat disbursed, cepat giler.. tak sampai 2 bulan pun semuanya settled.. cuma aku hangin dengan kontraktor buat grill, janji nak pasang grill pada minggu lepas tapi tak pasang2, sampaikan asben aku pergi rumah cari dia .. inilah orang yang tak reti buat bisnes, macam mana nak maju kalau buat bisnes kalau asyik konar sana sini ... takanlah dia nak buat bila penyewa aku dah masuk rumah... hampas betul .. nasib baik rumah shah alam aku minta kontraktor lain buatkan .. kalau tak mmg tempah nahas aku ..

Hari Ahad asben aku tunjukkan rumah pada potential buyer, harap2 deal ni jadilah .. aku malas nak hold lama2 .. details aku dah berikan sebab dia nak minta 2nd opinion dari banker lain ... Aku dok menunggu duit epf asben aku, hari ni baru approve tak tahu lagi bila diorang nak disburse duit .. susah betul nak dapat duit kita balik .. pinjam bank lagi cepat dari keluar duit epf ... Duit refund dari bank pun takde citer lagi, bilalah aku dapat duit aku balik nih ..

Thursday, June 17, 2010

Api n Air dah masuk ... nak bid atau tidak ???

Semalam bank loan called aku mintak aku bayar 5% duit balance ke bank pelelong. Actually bank loan tak tahu yang aku belum bayar lagi, bila dia advised bank, baru dia tahu .. Sepatutnya aku kena bagi pada lawyer aku cheque tapi disebabkan urgent bank loan minta aku bagi dia so that dia boleh minta bank buat disbursement... walaupun lawyer aku ni berapa happy tapi pada aku masa itu emas... aku tak kisah janji loan dapat disburse dengan segera .. lagi cepat lagi bagus .. boleh close file .... staff nurse yang akan menyewa rumah kakak aku di sentul dah bank in booking fees dan minta masuk pada 24th June ni.. tak kira macam manapun, rumah kakak aku kena siap this saturday .. aku terpaksa import adik aku dari kem sg besi tolong clearkan barang yang patut di buang ...

Hari ini TNB dan SYABAS called dan bagi tau api dan air dah masuk untuk rumah Shah Alam. Syukur Alhamdulillah .. Since asben aku ada class hari ahad, nampaknya aku dengan anak2 dan adik aku akan ke shah alam basuh rumah dan mengecat .... tengoklah sapa yang aku akan import nanti tolong aku ... Aku estimate rumah kerja2 di rumah shah alam completed before 27th .... kalau tidaak aku kena transitkan student ni kerumah medium cost .... insyallah harap dapat complete according to the schedule ...

Ada potential buyer called bertanyakan apartment aku di cheras. Macam2 info dia mahu. Apa yang dia nak aku dah kasi, cuma alamat aku tak kasi sehingga aku bersemuka dengan dia. Cuma pending bank value, aku dah call bank officer tolong aku checkkan. Malaslah aku nak push sangat since aku minta tolong dia, sehari dua aku follow uplah ... Harap2 deal ini akan jadi ..

Tadi aku ke Mydin beli sarung kusyen dan dapur untuk rumah sewa kakak aku. Yealah kakak aku dah bagi kepercayaan pada aku uruskan rumah dia jadi aku kena lakukan yang terbaik. Lagipun dia akan balik bercuti di malaysia pada 13th Jul. Malulah aku kalau buat sambil lewa.

Ada a fews unit yang akan di lelong dalam masa terdekat ini, unit di kawasan yang sama aku pernah kalah bid ... 50/50 nak bid atau tidak ...asben aku dah beri greenlight tapi cuma aku yang masih pikir2 lagi ... lately asyik kalah ajer itu yang rasa demotivated ..

Tapi pada bulan depan insyallah aku akan bid on behalf on my neighnbour bid rumah di klang. Nampaknya mamat ini betul minat dengan unit ini ....ikut perkiraan aku chances menang mmg cerah since area klang ni kurang di minati oleh pengemar rumah lelong ...

Tuesday, June 15, 2010

Masa !!!

Hari ini aku masuk opis selepas bercuti selama 1 week. Malas rasanya nak datang kerja .. Hari ini aku follow up dengan bank loan lawyer dan menurut katanya dia dah advised bank untuk buat disbursement. Syukur alhamdulillah ... Ngam2 pula next month tennant akan mula menyewa rumah aku di klang.. So far rumah klang ni takde masalah langsung yang timbul, developer pun sporting habis. During the last weekend kerja2touch up, mengecat bilik, memasang railing tingkap dan pintu dah selesai. Kena survey kedai perabut beli kabinet dapur ... cuma grill yang belum pasang lagi .. janji nak pasang during the weekend tapi reschedule this week ...

Once api dan air dah masuk, aku dan asben akan mulakan kerja2 di rumah lowcost di Shah Alam... harap2 dapat di disiapkan selewat2nya pada 27th June .. Kalau tak aku kena bagi student ni tinggal sementara ni rumah medium aku ...duit booking aku dah ambil kalau aku cancelkan deal tak sampai hati pulak..

Aku baru ajer balik dari sentul tunjukkan rumah pada 2 orang potential tennants. Satu pasangan baru berkahwin 2 minggu dan satu laki staff nurse... Aku cakap sapa yang confirmed dan bayar duit booking, the house beonged to yours. Staff nurse tu confirmed ambil rumah tu at rm820 rental rate.. Esok diorang akan bank in sebulan rental. Akhirnya ....hari ahad ni aku kena selesaikan rumah kakak aku.. just bersihkan ajer..

Ikutkan sebelum habis bulan ni aku kena siapkan 5 buah rumah. Runah cheras aku hold dulu since aku kena samak dulu rumah ni sebelum kerja2 touch up dan mengecat dilakukan .... mmg bzz sesangatlah selagi rumah2 tu belum siap ... nampaknya adacertain2 things aku kena panggil kawan2 buatkan ... Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar .. mudahan Allah mempermudah langkahku ini ...

Friday, June 11, 2010

Kerja semasa cuti

Hari Isnin

Balik dari bercuti, penat gilos

Hari Selasa

Pagi2 dah ke Shah Alam jumpa kerani maintenance office mintak sambungan paip di meter , nak ambil gambar untuk appy air. Punyalah aku berangin KERAni ni kata dia belum terima clearance dari developer. Aku siap tunjuk surat kata yang aku dah bayar cash pada bank pelelong, lagi tak nak percaya. Terus KERAni ni call HO dia tanyakan, KERAni developer urusan pindah milik belum complete. Aku cakap yang rumah ni dah jadi rumah aku sebab aku dah bayar pada bank, dan developer dah takde hak nak haling aku … Aku dah tak sabar betul dengan maintenance office dan developer banyak songeh betul.. law mana yang dia pakai pun aku tak tau .. Aku call lawyer aku, dan lawyer aku pun cakap aku dah ada rights pada rumah tu … lepas aku bising2 baru KERAni maintenance opis kasi sambungan batang paip untuk ambil gambar .. dah aku mengamuk sakan baru nak kasi.. siap cakap pada aku, akak tak boleh marah saya, aku jawab balik, saya marah U, U pergilah marah developer sebab tak tahu law …

Lepas tu KERAni developer called aku kata boss dia tak kasi masuk air dan api .. hmmm aku cakap takpe nanti aku check dengan lawyer bank pelelong .. buang karan betul ..aku Tanya lawyer aku pasal refund disbursement pada asben aku, dia cakap bank pelelong belum bagi confirmation letter dan due to that bank tak leh advise.. Fuyoh ni pun satu punya hal. Aku minta location bank pelelong yang sengal nak sign.. Bila aku dapat terus aku pergi bising2 di credit recovery.. dah lah dapat payment, lepas tu buat bodoh ajer taknak kasi confirmation sedangkan cheque cleared pada 21st May 2010.. Tak logic ker kalau aku nak mengamuk …Boleh dia kata I don’t know and please don’t ask me … please talk with your lawyer .. aku mmg blacklisted bank ni … mmg masalah betul, no wonderlah bank lain nak take over diorang .. pikir2 bank mana tu ….

Aku dan asben ke Setialam survey aircond .. at last dapat jugaklah since bakal penyewa aku nak aircond dan dia pun agreed untuk top-up monthly installment…rumah aku pun tak de aircond … beli cash malas nak hutang2 ..

Sampai rumah pukul 6pm

Hari Rabu

Badan pun terasa macam nak demam dan migraine, keluar rumah lewat sikit pergi tolong adik aku renew insurance dan road tax kereta dia. Since dia ni tersangat lurus selalu kena ketuk dan beli insurance coverage tinggi sedangkan MV rendah. Lepas tu aku tukar tayar motor sebab terasa semacam ajer.. takut juga, apa2 jadi tengah jalan lagi rugi ..

Aku ke Pandan jumpa lawyer acknowledged a fews letter dan makan tengahari di sana. Aku terus balik rumah dalam pukul 4:00pm

Malam aku dan asben pergi ke Cheras gantikan tombol main door since tenant aku dah keluar.

Hari Khamis

Pkl 11am aku dan anak2 pergi Gleaneagles appointment dgn doctor pakar. Menurut doctor progress anak aku di tahap yg terbaik since lepas discharge dia okay , takde masalah..

Dari Gleaneagles, aku ke UM ambil module asben aku… susah betul cari parking kereta .. Then aku ke Hartamas jumpa bank pelelong ambil document since bank pelelong yang sengal tu dah issue confirmation letter dan issue mengatakan aku dah berhak keatas rumah tu… lawyer pun dah faxkan surat tu kepada developer “ PURE SERVICE “ .. korang translate lah company tu dalam BM .. Lepas aku pergi mengamuk sakan, baru semua orang buat kerja … tak bising .. tak buat .. bila bising.. baru terhegeh2 buat kerja …

Next aku ke TTDI pergi serang developer sengal, aku bawak surat dari bank pelelong dan kata diorang dah faxed to you on earlier on .. mangkuk berayun ni buat bodoh ajer … Aku warned pada dia, esok aku akan ke SYABAS dan TNB untuk apply api dan air. Jika maintenance tak benarkan aku akan buat polis report. Dia cabar aku kata go ahead … Fuyoh mana law dia pakai aku pun tak tahulah … sedangkan lawyer aku, bank pelelong dan lawyer bank pelelong kata developer no rights to stop aku enter the house …

Aku ke opis lawyer aku di old klang road dan kajang hantar document. Paling kelakarnya sebelum aku sampai mangkuk dari developer called loan opis loan lawyer tanyakan pasal loan disbursement .. kerani loan opis lawyer cakap yang aku dah bayar cash dan now waiting refund dari bank.. kalau dia betul kenapa dia terhegeh2 call loan opis lawyer …

Dari Kajang aku ke Klang pulak sebab kedai aircon nak buat installation … aku cakap aku akan sampai di sana pukul 5:30pm.. bila aku sampai tol batu tiga dia call kata barang2 dia kena curi masa dia minum petang dan due to that dia takde tools nak install aircond .. ponet2 aku rushing dari kajang … apa aku nak kata .. installation reschedule ke hari Jumaat at 12noon


Malamnya aku jumpa adik aku dan dinner makan ikan baker di jalan bellamy. Asben aku pulak lepas kerja terus ke Sg Petani sebab kena attend emergency meeting di opis client … Nak buat camna dah kerja dia macam tu …

Hari Jumaat

Aku ke kedai tenaga buat pertukaran nama untuk rumah teres di Cheras ..aku pun silap sebab lupa nak beli setem hasil, terpaksalah aku bergegas ke post office dan balik semula ke kedai tenaga.. Nombor giliran aku pula dah lepas ..aku call kedai aircond reconfirm dengan dia balik .. dia kata reschedule ke pkl 1noon… takpalah since akupun stucked di kedai tenaga .. lembab gilos .. ada dua orang, tiba2 seorang blah tinggal seorang ajer PIC .. Aku tunggu 1 jam 10 minit baru sampai giliran … dah selesai aku ke Klang standby untuk aircond installation…

Sakit hati juga di buatnya 2:30pm baru terhegeh2 dtg pasangkan… installation siap pukul 4ptg .. aku terus gerak ke TNB Klang, berpusing2 aku di buatnya cari kedai tenaga .. at the end jumpa jugaklah … lepas tekan nombor.. terus nombor giliran naik … bayar RM143 untuk service charges dan deposit .. settled ..

Jam lagi 10 min ke 5pm, aku cuba try ke Syabas , jalan di klang ni almost one way, aku perpusing2 lagi sekali baru jumpa office SYABAS .. tapi counter dah closed .. lambat 4 min ajer …hmmm .. esok pagi kena dating lagilah …

Wednesday, June 9, 2010

Family Holiday - Part 2

sambungan dari Part 1 ...

dah puas tengok ikan dan ronda2 di sentosa island, sekeluarga naik cab ke bugis street nak cari tempat makan. Menurut carian internet aku banyak kedai makan halal arab dan melayu disini. Tambang cab dari sentosa island ke bugis ialah SD8. Bila sampai di bugis street, aku dan asben pusing2 cari kedai makan sampai anak aku kata kaki dia dah " kembang " .. meragam suruh dukung dia .. aku nampak ada ramai orang melayu makan di sebuah kedai makan, sangkaan aku kedai islam rupanya kedai makan cina ... siap pembantu indon dia panggil2 suruh masuk .. sorrylah lapar mana pun selera aku anak beranak takkan makan di kedai bukan islam .. aku tengok orang melayu singapore selamba ajer makan di restoran bukan islam... ada yang makan steamboat lagi ... kembang tengkuk menengokkan .. diorang agaknya dah biasalah ...

Jalan di bugis junction sambil tengok barang2 kot2 ada yang berkenan. 95% pengunjung adalah chinese. Ada jugak nampak orang melayu tapi dah jadi ala2 mat salleh ... dah penat ronda2 anak aku pun dah meragam cakap nak balik hotel.. ambil cab ke arab street dengan harapan kot2 ada restoran halal di sana ... nama ajer arab street tapi banyak kedai makan cina.. at the end baru nampak orang melayu di pitt street yang kebetulan ada pasar kutu .. takde menarik pun ...jalan2 jumpa ada orang jual baju2 murah jugalah bila dah convert to RM .. asben aku beli sehelai baju dan anak aku beli botol air minuman ..

Asben aku decided balik ke JB, dan ambil bas causeway dari queen street ke JB.. atas bas anak aku semuanya kepenatan..kena naik turun dari bas berhenti di CIQ ... sampai di larkin terus cari kedai makan, lepas makan naik cab ke hotel. Bila sampai hotel kami semua kepenatan terus terkam katil merehatkan badan .... penat gilos...

Malamnya kitaorang tak turun dinner dan just makan mamee cup, tak larat nak keluar dari hotel ... Keesokkanya pagi aku sakit kepala, asben tapau breakfast dan makan di bilik. Lepas makan asben aku temankan anak2 aku ke swimming pool sampai pukul 11pagi. Aku pulak kemaskan beg2 pakaian sebab check out time ialah pukul 12noon. Lepas check out kami ke danga bay untuk ambil gambar dan lepas tu terus ke KL.. dalam kereta aku cakap pada asben dah lama tak ke bandar melaka. asben aku cakap no problem kalau nak singgah di bandar hilir. Di bandar hilir aku melawat2 tempat sejarah dan minum petang...

Sampai rumah aku di Cheras pukul 9malam, memamg penat gilos ... apa yang penting anak2 gembira dan sebagai ibubapa aku cuba memberi apa yang perlu kepada anak2 ...

Tuesday, June 8, 2010

Family Holiday - Part 1

Pada hari sabtu lepas aku sekeluarga bercuti ke JB. Kami bertolak dari KL pukul 8am dan singgah di RnR untuk breakfast . Since asben aku goreng nuggets untuk bekalan dalam kereta, jadi anak2 aku dah full jadi kami order air dan dua ketul pau. Samapai di JB dalam pukul 12:30tghari. Since ini 1st time kami ke JB dan map yang aku printed lupa nak bawa, terkial2 dari Hotel Selesa. At the end jumpa jugaklah. Since masih awal aku sekeluarga ke City Square jalan2 di sana dan ke kawasan pinggir laut di Tambak laut. Dekat ajer rupanya Singapore dan JB ..lepas City Square aku sekeluarga cari2 gerai atau restoran melayu .. susah benor nak cari .. at the end aku cakap pada asben aku kita makan kedai mamak ajerlah .. asben aku ni kureng sikit dengan kedai mamak .. akhirnya jumpa jugaklah restoran melayu, walaupun harganya mahal sikit dari KL tapi mmg berbaloi2.. ada class,makanan dia standard hotel ... pergh kenang betul.

Lepas makan baru aku teringat aku terlupa nak bawa ubat anak aku, pusing lagi sekali cari farmasi, jumpa jugaklah farmasi. Harga ubatnya lebih mahal dari KL sebanyak RM10. Aku cakap pada cashier pharmacy kenapa mahal sangat, dia jawab di JB semuanya mahal2 .. Mmg benarlah living cost di JB tinggi sebabnya dekat dgn Singapore ...

Checkin hotel pukul 4:30ptg, bilik hotel besar jugaklah, puashati tapi ada satu ajer yang aku sakit hati bila aku call reception tanya WIFI password masuk internet. Dia cakap kena bayar RM10 untuk sejam dan tak silap aku RM20 untuk 24 jam .. Mak aih .. selama ini aku tinggal di hotel tak pernah pulak diorang charge .. aku cakap pada reception .. terima kasihlah yea ..

Pukul 6pm anak aku mandi-manda di kolam renang, aku tengok ajerlah. Pada malam pula aku ke danga bay, anak2 aku pula tertidur masa dalam perjalanan.. asben dan aku kejutkan suruh bangun.. dua kali pusing jugaklah baru dapat parking .. ramai betul orang .. meriah betul danga bay ni bila malam ..

Hari ahad aku sekeluarga ke singapore naik bas SJE dari larkin bus station, 1st time pergi singapore, sampai malaysia CIQ bas berhenti dan kena lalu imigresen Malaysia, lepas tu turun balik ambil bas SJE, lepas turun lagi sekali dari bas bila sampai CIQ singapore .. luckily aku dah isikan wild card yang aku ambil dari reception hotel .. dan terus ajer ke singapore imgresen untuk chop .. lepas tu naik bas balik dan terus ke queen street. Dari Queen street aku sekeluarga naik cab ke pulau sentosa.. tambang cab SD9 dan tambah SD6 untuk entrance ke sentosa island... Sampai di sentosa island aku tengok orang tak ramai sangat, banyak tourist dari oversea ...tangkap gambar. Aku terperasan ada sekumpulan remaja yang majoritinya adalah melayu main bola tampar pantai .. yang lelakinya aku taklah kisah sangat .. yang perempuanya pakai baju yang teramat2 seksa aku tengok ... sampaikan anak aku yang lelaki ibu xxxx aku cakap pada anak aku .. tengok ajer ..jangan cakap apa2 ..Sedih jugak tengok anak2 Melayu kita yang tiada segan malu dan hanyut kerana duniawi ... Anak2 aku pun lapar tapi aku ada beli sedikit bekalan makanan dan air di larkin jadi kitaorang makan ajer apa yang ada. Save banyak tu, bayangkan di pulau sentosa 1 can 325ml coca-cola ialah SD1.60.. kalau convert ke RM is 3.776 kalau di Malaysia boleh dapat 1.5L + boleh beli gula 20sen ... sayang duit aku ..ni baru di singapore kalau aku pergi UK lagi parah ... tak baik kedekut ..

Aku sekeluarga ke underwater tengok hidupan lauat, macam2 ada .. ikan jaws pun ada... ikan jaws tak ganas kot .. teruja jugaklah anak2 aku tengok .. aku pun seronok juga ... at least dapat release tension pasal kerja dan hal2 rumah2 aku .. lama juga aku di sini since anak2 aku happy tengok ikan dan asben aku asyik do snap gambar kitorang dan ikan2 ..

Mata dah ngantuk .. esok aku sambung lagi yea .. nanti aku uploadkan gambar semasa holiday