Friday, April 30, 2010

Pergi Interview

Hari ini aku ambil cuti sebab pergi interview di damansara. Actually aku forwardkan resume aku pada my ex-office mate utk di forwardkan pada HR. Last monday HR dia called untuk arrangekan interview. Aku sampai awal dalam 2:30 ptg dan interview started pada 3:15pm .. Rupa2nya kawan aku yang interview aku... hmmm tak macam interview pun .. borak ajer dalam bilik dia, director katakan .. salutelah aku pada dia .. ada company driver pulaklah tu .. Company ni ada 13 subsidaries .. kata dia cuber proceedkan pada HR untuk manager post since aku sekarang ni AM ... kalau dapat posting di KLCC .. Fuyoh harap2 adalah rezeki aku ...

Saturday, April 24, 2010

Family Holiday

Hari sabtu lepas aku dah gerak PD bawa anak2 aku jalan2. Berhenti sekejap di hentian Seremban untuk breakfast. Ramai betul orang sampaikan terpaksa tercari2 meja kosong, luckily dapat. Masa aku tengah breafast orang bertambah2 ramai.. macam2 gaya ada yang ala2 nak berkelah dan ada juga yg macam nak pergi kenduri..

Sampai di Bandar PD aku ke Billion beli barang2 sikit seperti jan2 anak2, air dan juga beli baju anak2 aku sebab offer di Billion. Beli2 almost RM100 jugak terbang... layan ajelah ...nama pun nak bercuti kali kedekut sangat baik duduk rumah aje kan ..lagipun aku dapat duit semalam ..later2 aku cakap sebab involvement aku dengan benda ini baru lagi so tak payahlah nak kepoh sangat ... nanti rezeki lari lak ..

Sebelum check in anak aku dan asben bermandi manda di Teluk Kemang. Orang taklah ramai sangat oklah .. Aku sewa khemah RM25 untuk berteduh ... anak2 mandi tak ingat nak naik .. berendam ajer ... Aku tak mandi pun sebab nak jaga2 barang sebab di sebelah khemah aku adalah student foreigner dan local, takut jugak barang2 hilang. Semuanya kurang ajar ada ker dengan selamba dia ambil kerusi dari khemah aku dengan selamba badak ajer .. rupanya diorang ini student kolej yang aku study dulu ... hmmmm

Aku stayed di Avillion Cove Admiral yang bersebelahan dengan Marina Admiral...Masa MATTA fair aku beli 2D1N hanya RM158 ajer memamg berbaloi2 jugaklah...puashati jugaklah ... cuma masa admiission diorang kasi aku kunci bilik yang ada orang ... ader ker patut ... aku turun balik ke lobby dan diorang assigned bilik yg lain.. since front counter pun bersopan santun .. takde le aku sound .. lagipun lobby dia memamg class .. cantik ...

Dinner aku beli di pasar malam PD, banyak betul pilihan , macam2 aku beli tapi dalam kuantiti yang sikitlah karang tak habis pulak .. Breakfast pihak hotel tak kenakan caj pada anak2 .. breakfast dia taklah variety sangat tapi sedap jugaklah ..

Oklah layan ajerlah gambar yang di ambil masa percutian aku di PD ....




Thursday, April 22, 2010

Cerita Hari Ini

Pagi ini aku ke Kajang bayar balance legal fees since diorang dah advised RHB buat disbursement. Masa aku issue check di lawyer opis rupanya RHB dah pun issue cheque dan dan di hantar ke bank pelelong lawyer opis .. Alhamdulillah kes rumah apartment ni settle dalam 3 bulan ajer dan ada extra 1 month lagi.

Since aku ada meeting di HQ pada 10:30am aku pun bergegas dari Kajang, bila sampai bilik meeting rupanya aku yang terawal datang, unit lain representative tak datang lagi.. aku pun duduk dalam bilik meeting dan buat call follow up dengan lawyer2 dan call syarikat pemaju rumah yang aku menang sabtu lepas. PIC bagi tahu ada tunggakan lebih kurang RM1200 termasuk maintenance, meter api, air, quit rent dan sinking fund yang belum di jelaskan. PIC tu bagi tau once aku bayar semua outstanding dia akan bagi kunci rumah dan akan arrange orang pasang balik DB box.. baik betullah developer ini. Kalau semua developer macam ini senanglah nak berurusan. Aku cakap pada dia weekend ni aku nak jumpa dia bayar OS dan ambil kunci... Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan jalan aku ... syukur aku kepadaNYA

Aku start meeting pukul 12noon dan habis 1pm, lepas tu lunch dengan meeting chairperson. Sebelum masuk office aku ke Maybank keluar duit dan bank in account trading aku ....

Sabtu ini aku dan family akan ke PD stay di Avillion since this year aku belum bawa2 anak2 luar KL, lagipun asben baru ajer habis last paper pada hari sabtu lepas. So sebelum dia start class bolehlah jalan2 ...

Wednesday, April 21, 2010

Approval dari RKR dan Disbursement

Hari ini pagi2 aku dah call lawyer checkkan progress pasal approval dari Lembaga RKR. Syukur Alhamdulillah dah approved dan hari ini my solicitor akan hantrkan approval kepada bak lawyer. Insyallah disbursement akan di buat dalam bulan ini. RHB dah bagi confirmation yang diorang nak issue cheque untuk disbursement untuk rumah shop apartment dalam this week. Syukran2

Aku dah appointed the same solictor untuk uruskan rumah lelong yang aku menangi di lelongan CIMB. Aku mmg berpuashati dengan kerja diorang dan selalu buat follow up dan selalu update aku progress status.

Since 3 kes rumah aku akan settle dalam this month, aku rasa seronok sangat dan bagi aku semangat untuk mencari yang terbaru. Aku targetted untuk beli beberapa rumah since aku boleh buat loan lagi ... KPI this year lagi 3 buah lagi insyallah .. salah satunya aku nak cari yg ada swimming pool pulak dan berdekatan dengan IPTA atau IPTS untuk di jadikan homestay dan rumah rehat aku ..Aku aku punya plan within this year aku nak letgo 3 buah rumah untuk dapatkan modal pusingan. Selewatnya awal bulan lima aku dah dapat duit OD .. bolehlah aku touch up rumah teres aku di Cheras untuk naikkan value..

Dah pukul 8, aku dah nak gerak dari opis,

Saturday, April 17, 2010

Menang pada RP dan Ops Tukar Tombol not pecah rumah OK

Pagi tadi ini aku ke lelongan cimb membida unit apartment di klang. Syukur alhamdulillah aku menang dengan Reserve Price. Rezeki2 .. asyik2 dok kalah ajer .. baru rasa motivated sikit. Loan aku akan apply dari cimb sebab senang nak deal. Banyak juga orang dapat RP. Tapi yang menyakitkan hati dan ambil contract aku menunggu 2jam lebih.. bila aku tanya kena lambat sangat diorang cakap yang expert2 cover tempat lain .. hmmm

Hari ini colleagues opis aku turun sekali saja2 nak tengok macam mana auction di jalankan .. minat betul dia ni pasal hartanah ni .. aku cakap pada dia kalau minat memamg boleh buat duit kalau jadi ejen dan buat pelaburan hartanah.

Petang tadi aku dan asben buat ops gantikan tombol, since unit ini tak pernah diduduki habuk memamg tebal betul, bilik air mmg cun habis dan tak perlu di cat .. kalau nak cat cuma bahagian tertentu saja bagi menaikkan seri rumah .. fuyoh ... MV untuk unit ini 90K aku dapat pada RM53K.. okaylah rental value not bad jugak ... aku tak kisah unit ini Malay reserved sebab majoriti penduduk kawasan ini adalah melayu ...Aku sempat juga borak2 dengan jiran di sana . Ramah diorang ini dan siap tanya aku bila nak pindah sini ... aku cakap tengoklah nanti ... Cadangnya aku tak nak hold lama2 sebab nak rolling duit aku balik ...

Aku dapat tahu yang lawyer bank dah advise rhb buat disbursement, since bank pelelong adalah rhb the money going to the same bowl jugaklah .. Lawyer aku pun dah hantar surat pada lawyer bank loan untuk arahkan bank buat disbursement ..

Cadangnya aku nak survey rumah lagi, ini untuk adik aku pula.. umur pun muda lagi so aku galakkan dia beli rumah untuk tujuan pelaburan ...

Blog hartanah lelong aku dah ada orang masuk tengok dan ada a fews yang hantar email pada aku. Diorang tak beli pun takpa yang pastinya aku nak built up relationship dengan diorang, kerana dari situ aku tahu diorang punya preferred area .. Itu yang penting ...

So layanlah gambar2 aku snap masa lelongan dan ops tukar tombol





Friday, April 16, 2010

Esok Pergi Bidding

Pagi esok aku akan ke lelongan CIMB di hotel Istana untuk membida sebuah apartment di klang. Since asben aku ada last paper maka aku akan pergi seorang dan ada seorang colleagies opis aku nak ikut saja nak tengok macam mana auction ini di jalankan. So harap2 unit ini akan menjadi milik aku ..insyallah ..

Sekarang ini aku belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku dan aku akan sharekan nanti .. very interesting but very risky ....

Monday, April 12, 2010

High Outstanding VS Low Reserve Price

Di sini aku nak share pendapat aku High Outstanding VS Low Reserve Price. Agak terkejut aku katakan ada rumah lelong yang di lelong 60% lebih murah dari market value. Katakan Market Value RM100K tapi di lelong dengan harga RM50K. Dari pengalaman aku yang seberapa ini aku mendapati reserve price akan menjadi terlalu rendah jik segala-gala outstanding tidak di tanggung oleh bank dan kena berhati2 dengan Conditions Of Sale. Jangan mudah terpedaya dengan reserve price yang rendah dan membuat anggaran yang tidak tepat mengenai tunggakkan. Ada juga pembida yang terlalu percayakan agen yang akhirnya menjerat diri sendiri. Kalau banyak duit no problemlah...tapi kena pastikan harga belian + outstanding masih rendah at least 30% dari market value.

Di sini aku nak highlight bahawa jika anda mempunyai duit yang mencukupi why not beli saja kerana tak ramai orang berminat dengan unit yang tinggi outstandingnya. Of couselah anda kena cari tempat yang hot2 sebab senang nak di jual bagi mendapatkan balik modal dan untung keatas pelaburan tersebut. Kalau tak untung tak payah2 susah2 sakit kepala beli rumah lelong dan lebih baik simpan dalam ASB yang semestinya selamat dan di tanggung oleh kerajaan.

Sunday, April 11, 2010

Weekend Activities

Semalam hari Sabtu pagi2 aku hantara adik aku ke UPM untuk unjian PTD gred 41. Jammed teruk gila, bayangkan dari The Mines ke UPM ambil masa 1 1/2jam setengah. Sepatutnya adik mesti ada di MARDI pada 8:30pm tapi sebab jammed sampai di sana pukul 10 pagi, aku cakap pada dia cubalah ajerlah, minta kelonggaran untuk attend ujian tersebut. Syukur alhamdulillah diorang bagi muka since ramai sangat yang datang lewat.

Pagi tadi aku ke asben pergi ke Shah Alam survey tempat baru exam dia dan ke Giant Shah Alam beli baju harian anak2 aku. Pada aku brand tu tak penting yang penting murah dan berkualiti..aku pun adalah beli baju dan seluar juga. Lepas itu aku ke Bangi survey 3 buah rumah lelong di sana. Harga agak menarik juga, rumah pertama yang aku pergi masih berpenghuni tapi bila di beri salam beberapa tiada siapa pun buka pintu. Yang hairan dan ajaibnya peti surat dia punyalah banyak surat sampai melimpah ruah sedangkan rumah berpenghuni ... macam ini apun ada jugak .. rumah kedua dan ketiga kosong. Ketiga2 rumah ini mempunyai outstanding yang begitu tinggi.. pikir 2x jugaklah samada nak masuk atau tidak.. lagi satu kena check dengan developer samada outstanding Late Payment Interest status.. Since rumah ini di beli around RM100K dan almost 8 tahun di duduki kalau ada pengsan juga nak bayarnya ...

Lepas dari Bangi cadangnya aku nak ke Kajang, tapi tiba2 my daughther ada fever sikit so terus balik rumah. Actually aku baru aje balik makan western food di Bukit Chera bersempena aku dah dapat hasil jualan rumah yang aku nantikan almost 2 year. Fuyoh lega rasanya, cuma aku masih nantikan deed of assignment dari lawyer untuk my asben buat pengeluaran EPF kali kedua...

Aku pun gembira jugak ada colleagues2 office aku yang minat dengan property investment, baguslah sekurangnya dah ramai orang Melayu yang dah minat dengan bidang ini. Umur2 diorang pun muda2 lagi so peluang masih masa memantapkan diri mereka dengan ilmu2 dan selok belok hartanah ini. Aku pun bukannya bagus sangat dan banyak belajar dari pengalaman aku dan orang lain.

So next week aku akan ke lelongan CIMB untuk membida sebuah aparment di Klang ...harap adalah rezeki aku kali ini ..

Friday, April 9, 2010

Marketing Partner 4 Auction Properties

Hari ini aku ambil cuti bawa my son jumpa doktor pakar kanak2 di Kajang. Adalah beberapa test yang di lakukan dan menurut doktor nampak takde masalah. So ambil darah untuk ujian makmal .. ntahlah aku pun tak tahu menyebutnya.

Semalam aku mendaftar sebagai marketing partner yang membolehkan aku mewakili bid orang lain semasa bidding.. dan of courselah kalau menang aku akan dapat komisen dari pihak bank. Kalau dalam satu bulan aku dapat menang bid dengan nilaian hartanh RM200K pun dah cukup. Aku nak mula slow2 dulu lagipun aku pun masih begineer stage dalam auction. Aku plan di masa hadapan aku nak sediakan full pakej dalam urusan belian secara lelong, dari segi sebelum auction, guaman, banker dan selepas auction.

Sasaran client aku adalah di kalangan low and medium income. Dari pengalaman aku
golongan ini mempunyai tanggapan negatif mengenai rumah lelong. Why not melalui belian lelong mereka boleh tinggal di sebuah kondo yang mempunyai complete facilities. Katakan MV kondo tersebut adalah RM150K mungkin dalam lelong unit itu boleh di beli pada RM75k, 50% discount dari market value. Di samping menolong menaiktaraf hidup mereka aku pun dapat earn komisen... of courselahkan..

Tuesday, April 6, 2010

My journey for the day ...

Pagi2 tadi aku ke old klang road pergi dokumen2 seperti yang di minta oleh lawyer untuk submission Lembaga RKR. Rumah beli secara lelongpun nak kena isi form.. Kalau macam ini punya susah aku lepas ini aku tak nak beli rumah lelong kos rendah yang berusia bawah lima tahun.. .. banyak keburukkan dari kebaikan walaupun rumah yang di beli memamg berbaloi2 .. penantian satu penyeksaan .... sabor ajerlah aku

Lawyer dah berjanji nak bank in duit jualan rumah pada asben aku esok.. kalau tak masuk .. aku tak tahulah ..perkataan yang sesuai untuk diorang ...

Pagi jadi jugak aku signed offer letter ASB OD dengan kadar staff rate -2.25% memamg cantiklah kalau compared dengan outside rate, eventhough for self rate pun bank aku berikan -1.65% .. Insyallah by end of this month duit OD masuk cadangkan aku nak masukkan separuh kedalam ASB semula.. yang lainnya sebagai standby. Asben aku pula cadangnya nak buat ASB OD dengan duit jualan rumah yang dia akan dapat esok, insyallah ...

Lawyer pun dah advised company aku disbursekan duit ke seller since Land office dah beri consent to transfer.. Aku dah bagitau owner supaya kalau tenant pasal tendancy agreement baru dengan aku .. syukran alhamdulillah ..

Friday, April 2, 2010

Duit Jualan rumah dan Listing terbaru yang agak mengujakan

Syukur Alhamdullilah akhirnya RHB buat 2nd disbursement kepada aku. Aku hantar email ke PIC RHB untuk mendapatkan kepastian. Insyallah dalam minggu depan lawyer akan bank in duit tu ke my asben account since this house under his name. Lepas ini aku akan dapatkan Deed Of Assignment sebagai bukti yang rumah di telah dijual bagi membolehkan asben aku buat 2nd withdrawal duit KWSP dan buat ASB OD....Nampaknya satu bebanan dah lepas dan aku kena concentrate pula pada urusan2 belian rumah yang masih dalam proses. Rumah yang aku beli secara subsale tak adalah pening sangat cuma kes rumah Shah Alam yang begitu menyakitkan hati. EON bank bagi extension selama 2 bulan since 120 hari dah lapsed, tapi aku kena bayar RM608.83 sebagai late payment interest.... minta sekaligus pulak tu ... Masa lunch tadi aku issue cheque dan berikan pada lawyer. Masalah kelewatan ini di sebabkan developer yang tak nak beri kerjasama.. Projek township dia jutaan ringgit tapi staff langsung tak professional dan lembab..Tunggulah bila kes rumah ini selesai taulah macam mana aku nak kenakan diorang balik ...

Nampaknya listing terbaru ada unit2 agak menarik. Unit yang aku suka tapi RP almost market value ..Ada unit yang aku minat under Maybank tapi segala outstanding kena tanggung sendiri.. Unit pun dah dilelong sebanyak 6X.. gerenti outstanding mesti tinggi punya.... ada lagi satu unit yang menarik perhatian aku sebuah flat low cost di Cheras Selatan .. aku rasa untuk cari penyewa takde masalah tapi kalau nak jual balik susah sikit kot .. Cheras Selatan ini tengah pesat membangun .. harga rumah pun dah meningkat ....orang pun dah makin ramai di sini .. tak caya.. datanglah hari sabtu dan ahad ke econsave dan JUSCO nak parking kena tawaf 2, 3 x baru dapat ..

So lepas ini ramailah pula akan cuba unit-unit di sini ... dan of courselah rumah2 aku disini meningkat nilainya ...Insyaallah