Wednesday, December 30, 2009

Penara Blok B

Agak bzz dengan kerja di opis,semuanya urgent dan perlukan diselesaikan dengan cepat dan pantas..

Hari isnin lepas aku pergi rumah yang nak di jual secara subsale di Penara - blok B. Aku tengok blok B ni agak kotor, sesak tetapi mempunyai berbagai kemudahan. Pro and Con lah .. Agent rumah ni lewat sampai aku pun tunggulah GF depan lift almost 1/2 jam. Aku tengok ada aje orang naik dan turun lift, berbagai-bagai bangsa but the majority adalah melayu. Agent rumah tu pun sampai aku pun naiklah survey tengok rumah ni, rumah ni di tingkat 13 dan keadaan dalam rumahnya adalah basic, tennatnya adalah melayu tapi keadaan dalam rumah tersangatlah berselerak dan agak kotor. takde masa nak berkemas kot ...

Harga yang di offer adalah RM70K tapi pada aku investment return dari rental still +VE tapi kalau nak jual balik memang susah. Sapa nak beli flat rumah low cost more 90K kan ... condition rumah not really good... lantai yang tidak even... boleh rasa bila aku pijak .. Aku taknak terburu2 buat keputusan samada nak proceed atau tidak. Kalau jadi belipun aku hanya beli pada 65K aje not more than that .. beli untuk duduk sendiri ok tapi for investment not good .. ini my opnionlah .. pilihan masing2 kan dan sendiri tanggung kan ...

Friday, December 25, 2009

Signed letter offer

Semalam asben aku signed LOL di Eon bank dan alliance bank loan selamat aku signed offer letter. Syukur alhamdulillah. harapnya semuanya on track selepas ini.

hari khamis aku di beritahu ada rumah di penara nak di jual secara subsale RM70K , samada hari esok atau ahad aku nak pergi rumah ni. tengoklah macam mana keadaan rumah ni, apa yang aku diberitahu rumah ni basic takde renovation. pada aku aku lebih suka beli rumah yang basic sebab kita boleh mintak owner reducedkan harga. Pada aku renovation tak penting sebab kalau nak sewa dapat ke kita upkan rental tinggi2. To me, harga belian yg rendah passtu just buat minor renovation dah okay.
Masalahnya gaji aku dan asben dah melepasi had pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh DBKL yg mebolehkan aku beli rumah kos rendah dbkl .. bagaimanapun aku akan cuba tanya pendapat agent. Dulua ada kawan aku beli rumah dbkl yang mana tidak mendapat kelulusan dbkl, lepas tu dia buat akuan sumpah menyatakan dia ada pertalian saudara dengan penjual, lepas tu baru lulus. entahlah samada masih valid atau tidak sekarang ini.

semalam aku sekeluarga makan steamboat di taman tun perak , okaylah perhead untuk adult RM22 dan kanak2 RM12. Makan sampai kenyang, balun cukup2 sampai tak larat nak bangun. asben aku makan ikan merah almost 1kg, mana tidaknya ikan mahal ni ... compared nelayan titiwangsa rasanya tempat memang murah. masing2 dah kenyang kalau balik rumah mesti tidur punya, asben aku cakap jom ronda2 sungai long dan mahkota cheras. aku pun kata no problem. aku pun tunjuk kat dia condo garden park ..

mahkota cheras dan sungai long memang ada potential kalau buat property investment. aku jangka dalam 3 tahun properties di sini macam pisang goreng seperti kota damansara. Infra dah banyak ada dan surrondings yang baik dan ada class...

Monday, December 21, 2009

Bank lembab ...and homestay

Lebih kurang pukul 11am asben aku call cakap yg eon bank taman midah tak dapat issue offer letter sebab eon balakong dah update my asben loan application.. aku pun call eon bank balakong dan PIC yg aku selalu deal cuti hari ni .. aku cakap kat relief dia yg aku dah almost tunggu almost 1 monthh tunggu letter offer kalau diorang tak nak buat, aku suruh dia orang cancelkan dalam system so that taman midah boleh issuekan letter of offer. Sakit hati aku di buatnya.. lepas tu aku call alliance bank suruh collect letter of offer .. call2 takde answer passtu dia sms cakap dia training 2 hari .. hari rabu boleh datang. agaknya bank2 local di malaysia nie dah kaya2 kot tak nak buat sales. masa lunch aku aku call lawyer purchaser tanya bila aku nak dapat hasil jualan rumah aku di cheras bt 9. Biasalah jawapannya saya dah instructed rhb untuk issue cek... aku tanya sapa pic rhb yang buat disburment tu dia kata jap lagi saya sms kan email dan tel no yea puan ..sampai la ni pun dia sms aku .. tak pe esok aku mesti jerit punya ...hari ni memang very bad day for me ... sabau ajer lah aku ..

dalam minggu ni aku akan HQ mintak HOD signature company loan application letter dan collect duit esos share aku.. adalah sikit boleh cover balance down payment dan semua legal legal fees untuk ketiga2 rumah aku nie.

life must goes on kan so kenalah banyak bersabar kalau tak nanti aku punya BP naik aku gak yg susah kan ...

la ni aku tengah plan nak cari kondo buat homestay kalau boleh dekat area cheras ler. senang aku nak uruskan. risiko homestay tinggi jugak tapi kalau dalam sebulan dapat 5 kali sewa dah covered loan installment dan api/ air .. apapun aku perlu buat researh tak nak terburu2 .... wrong decision .. money gone ...

Sunday, December 20, 2009

Cerita2 pasal property investment

EON Bank called bagi tau yg asben aku punya HL dah approved. Dalam minggu depan ambil Letter Offer dan esok Alliance akan collect LO yang aku dan sain.

Sekarang ni aku tengah buat sedikit analisa tentang rumah2 yang yg kawasan tak lah hot sangat tapi aku rasa ada potensi naik. Aku kena berhati2 sebab tujuan aku beli rumah adalah untuk investment kalau silap stuck lah duit aku. Walaupun rumah tu di bawah MV tapi sebelum di jual kena lah cari penyewa dulukan .. hmmm jangan nanti beli rumah tak dapat jual dan sewa sedangkan duit dah banyak keluar. Ini lah risiko buat property investment. Kalau modal banyak no problem.

Aku memang mengidam rumah di penara tapi kalau masa bidding RP40K jadi 77K itu namanya mengarut. Buat masa aku nak pergi bidding. Aku survey jugak di mudah ada yg nak jual subsale dalam RM80K, katakan loan 72k, BLR 5.5% X 30 thn, monthly repayment RM409. Pada aku tak berbaloi langsung sebab renting di penara average adalah RM550. RM409 belum campur cukai pintu dan maintenance dan memang ada =ve CF tapi takkan lah nak hold sampai duit tak dapat rolling kan ..

Tengoklah kalau ada rezeki nanti ker.. dapat sebijik jadi lah .. insyallah.

Petang tadi aku sekeluarga pergi ke taman bukit jalil main badminton. tak sampai 1/2 jam hujan turun, tak palah at least ada lah keluar peluh. Masa on the way tu asben aku cakap condo sebelah bangunan SSP tu cantik sebab pakai batu merah. Aku cakap pada dia garden park condo si sg long macam tu jugak ... facilities yang di sediakan pun ok.. kalau sewa dapat cover loan repayment pun dah ok sebab aku boleh make used dia punya facilities.. asben aku buat dunno ajer .. malas aku nak ulas panjang2 .. kalau ada rezeki aku nak beli developer unit pada 90K sedangkan dalam mudah kebanyakkan owner nak jual min 100K. kat situ dah ada 10K difference kan .. hold sekejap lepas setahun boleh let go min RM110K .. lepas penalty at least aku akan dapat at least RM10K nett...

kadang2 aku macam terlebih2 pulak tapi takpe pada aku biar excited asalkan kita tahu apa yang kita buat. Apa2 yang kita buat semuanya ada risiko tanam pisang pun ada risiko kan .. so dengan kurniaan akal fikiran kita cuba pikiq macam mana nak elakkan risiko dan macam mana nak minimisekan risiko... dan apa contigency plan ... kalau dalam IT kita panggil DRP .. disaster recovery plan ..

Cukuplah setakat ini ajer .. mata dah mengantuk dan esok kena datang awal sebaba colleagues aku bercuti makan angin di Hong Kong .. bestnyer bilalah aku nak makan angin di oversea..

Monday, December 14, 2009

Lagi survey rumah lelong dan bank loan

During last weekend aku pergi buat survey di taman impian ehsan, balakong dgn anak2 dan adik aku. Asben aku tak datang sebab ada exam. Aku saja nak survey sebab banyak jugak rumah lelong yg harganya menarik. Cuma aku nak pastikan environment di sini. Agak terkejut juga kebanyakkan rumah apartment dan flat di impian tidak di maintain dengan baik, kawasan yg kotor dan menjengkelkan.. tapi ada juga yang okay dan well maintained.. rental kat sini not attractice , terlalu rendah. Pada pengiraan aku kalau sewa susah nak dapat tennant dan susah nak jual balik.. kadang2 tu aku terfikir kalaulah maintenance yang menjaga kawasan itu teruk mengapa tidak kita sebagai penduduk dan penghuni bersama2 menjaga kebersihan. Jika kawasan itu bersih maka tentunya persekitaran yang bersih menaikkan seri rumah kita. Jika kita terlalu menjaga kebersihan di dalam rumah mengapa tidak juga menjaga kebersihan luaran ..

Apapun ada juga apartment yg menarik minat aku yang pada mata aku kebersihan di tahap yang baik. Kalau ada rezeki insyallah aku akan bid untuk unit2 yang aku dah shorlisted kan ....

Lokasi kedua aku pergi ke sungai long mencari condo garden park. Pusing2 jumpa juga akhirnya. masa survey tu aku ternampak kain rentang condo untuk di jual. Aku pun terus call dan harga seunit ialah dalam RM90K, free SPA, free 1 year maintenance ... yg paling aku suka ada swimming pool, gym, badminton court, bbq , jogging track .. aku tengah pertimbangkan walaupun asben aku kata tak minat. aku aku beli dia nak kata apakan. Walaupun rental dia tak bagus tapi aku rasanya sungai long ni satu kawasan yang elit dan privacy of course ada class..

eon bank balakong masih menyepikan diri .. geram aku di buatnya. Esok aku akan tanya lagi .. hari jumaat lepas aku ada apply loan dari eon bank taman midah dan rhb taman midah, hari ni rhb call dan kata diorang hanya boleh bagi 80% loan ajer dgn alasan asben dah ada loan rumah yg lain. asben aku cakap rumah tu dah jual dan dlam ccris pun takde... kat mana dia referred pun aku tak tahu.. CTOS kot tak update lagi kot ..

jumaat lepas alliance bank dah beri letter of offer utk rumah SA yang kau geram ialah interest rate ada ke -4.75% utk setahun dan -.70 utk the balance of loan tenure. .. dan lock in period adalah 5 tahun dan penalty min RM5K for early settlement. Alasan yg di beri sbb aku dah ada 2 rumah ... aku belum sign aku .. tengah survey bank loan lain ... pandai betul diorang nie .. macam tau2 ajer aku nak jual balik .. biasalah bank kan nak untung cepat .. macam aku juga nak untung cepat jugak kan ..

berita paling aku sangat sedih yg rumah section 16 yg aku idam2kan dah ada orang ambill. aku sangat berharap takde orang rumah ni dan RP akan turun lagi 1O% baru aku nak grab.. apa2pun takde rezeki untuk aku kali ni .. tak pe ada bnyk lagi rumah lelong lagi ....

Wednesday, December 9, 2009

Bank & Rumah lelong Pandan Indah

Kerja di opis hari ni bzz gak, pakne aku mc ari ni... buat rileks ajer ... cuba yg terdaya, kalau kelam kabut banyak mistake nanti aku gak yg susah. malas nak cakap pasal opis kalau makan gaji biaslah kan .. kalau kerja sendiri nanti pun sama jugakan ..fikir biarlah nak dapat duit ...

hari ni office mate yg duduk kat rumah pandan indah bagitau pasal rumah tu.. dia kata rumah tu kosong, pintu, tingkap dah takde, siling rumah dah banyak berlubang2, ada orang buat pembakaran tertutup ... in short form.. the condition dia very2 bad ler .. dia cakap dalam belas2 ribulah kalau nak repair. no wonderlah murah ...hmmm .. aku kena pakai contractor buat cost estimation dulu sebelum buat keputusan.. MV rumah ni ialah dalam RM120K.. RP ialah RM65700, katakan kos lawyer + renovation = RM25K , masih berbaloi2 lagi ..kalau cost rumah tu jadi RM90700, rumah ni bumi lot katakan -10% dari MV, maka MV ialah RM108K... berbaloi2.. rental RM700-750, katakan aku buat full loan monthly baru ajer RM374 katakan maintenance + cukai pintu = 100 = RM474 - RM700 = +VE CF RM226 ... melalut pulak aku ni ..macam ler confirmed nak beli rumah ni , kalau confirmed dapat aku menang rumah ni masa bidding... hehehe .. bank aku kata forward thinking .. aku kata forward thinking .. for more $$$$$ ...

Aku naik menyampah dengan EON bank ni .. hari ni aku follow up tanya loan status untuk asben aku .. aku siap sound lagi kalau tak nak approve ... just said ajer.. lepas tu dia call aku dua kali utk dapatkan add. info .. nampak sangat diorang ni tak submit loan aku untuk approval ...alliance bank call pun ada called kata yg aku dah ada 2 rumah dah kenapa nak beli lagi. aku cakaplah aku nak duduk kat rumah yg aku beli tu dan rumah sekarang ni aku nak jual .. kelentonglah sikit .. kalau aku cakap investment nanti dia tak nak approve lak ... lagipun aku dah buat pengiraan yg aku layak ambil loan lagi ... ccris aku memang cun dan bersih....

Kalau tak de apa2 masalah lagi dapatlah cheque jualan rumah aku minggu depan kata purchaser punya ..harap2 betul lah aku pun dah lama sangat tunggu cheque ni..

lepas semua urusan rumah ni selesai, boleh lah aku tebang pokok kelapa di kebun yg aku beli di kampung .. untuk tanam sawit ...plan aku untuk next yearlah ...la ni duit pun susut ..insyallah ada rezeki ..

Tuesday, December 8, 2009

Catatan Hari Ini

Semalam Alliance Bank called aku dapatkan additional info pasal loan application. Dah kasi hari jummat ni boleh follow up balik tanya pasal loan status. Eon bank masih takde bagi jawapan lagi.. esok kena follow up gak. Masa dok berjalan ... Purchaser lawyer belum bagi tahu lagi bila dapat cek balance jualan rumah yg tertangguh setahun lebih .. lawyer J Fong called kata SNP dah siap ready for collection. Kebetulan hari Jumaat ni asben aku cuti, dia akan collect sendiri...

Banyak jugak benda yang outstanding dan not really follow the schedule. Apa2 aku kena follow up dan bersabar ajerlah..

Hari ni masa lunch time aku surf internet dan nampak rumah lelong duplex di pandan indah. Harganya very attractive dan rentalnya between RM650-700. My officemate tinggal di blok bersebelehan dengan rumah lelong ni.. aku memang faham kawasan ni sbb pernah tinggal di kawasan pandan ni dulu. Aku dah mintak tolong kawan aku nie survey rumah nie ada tak orang tinggal di rumah ini, aku pun mintak tolong dia berikan contact number maintenance yg jaga apartment ni. Chances nak dapat rumah ni cerah sebab bumi lot ...lagi pun auction ni pada 2nd Jan 2010. Cantiklah tu ada masa nak buat investigate pasal rumah ni ....

plan aku nak buat ASB OD sebab staff rate company aku very attractive -2.35%. Menarik giler. Aku ingat nak buat next year ...

kerja di opis pun bzz giler banyak benda kena buat dan settle dengan segera...tension gak .. tapi apakan daya aku punya financial belum sampai ke tahap yg mebolehkan aku tak yah kerja ... pada aku biarlah susah2 sekarang bila dah tua rileks ajer ....hehhee insyallah

Saturday, December 5, 2009

Survey Rumah Lelong di Shah Alam

Hari nie aku sekeluarga pergi survey rumah. Sampai Shah Alam lebih kurang pukul 10 pagi, breakfast di pasar section 16. Aku dengan asben order mee jawa pakcik askan dan anak2 aku masing2 order nasi lemak. Rasanya dah 13 tahun tak datang ke gerai pakcik askan ni. Last sekali rasanya masa aku tengah dok cintan cintun dgn asben. Cepat betul masa berlalu kan.. hmmm umur pun dah makin tua....

Lepas breakfast aku dengan asben pergi lokasi pertama rumah lelong di taman seri proton. Tapi sebelum sampai sini sesat jalan yg aku pun tak tahu kat mana. at last berhenti kat petronas tanya lorry driver arah mana taman seri proton nie.. At last jumpa jugaklah.. rumahnya berhampiran dengan jalan besar, ada kedai runcit, ada klinik, gerai makan. Rumah di ground floor dan yg tak syoknya rumah ni betul2 sebelah tong sampah apartment ni ... hmmm ni yg tak sedap ni. rumah ni kosong takde orang duduk tapi macam ada orang jaga. bilik air bersih dan depan rumah ni ada taman permainan. Asben aku tanya le seorang budak muda kat situ berapa sewa rumah kat apartment ni, di cakap RM450. rate dia okay lah jugak. Majoriti penduduk di sini adalah melayu dan persekitaran adalah bersih.

Lokasi kedua aku pergi rumah lelong aku menang dua minggu lepas, asben aku nak tengok quality kerja kontraktor yang buat grill dan awning. Lepas tu aku pergi survey rumah lelong ke 2 di Section 24 Shah Alam, rumah ada tiga bilik dan kosong takde orang. Rumah tak berkunci jadi aku dan asben masuk lah kedalam. Dalam rumah nampak macam terbiar dalam setahun, standardlah rumah tinggalkan. Grill dan awning dah ada, save lah budget kalau beli rumah ni. Air kat singki ada lagi, tapi tak tahulah samada dari tangki, tolilet dia kena 100% buat lagi sekalilah, estimation kos dalam 1K cukup dah rasanya. Lokasinya bagus dekat dengan mydin, petrol pump, giant, kfc, mcd, bank2 .. dan segalanya lah... kalau dapat boleh terus makan sewa ni .. masalah nak cari penyewa takde masalah ..rental dalam RM500-600.. Senang2 boleh dapat..

Lokasi survey ke 3, aku pergi ke section 24, rumah ni 2 bilik aje. Rumah ni masih berpenghuni. Asben aku bagilah salam takde berjawab walaupun aku tahu ada orang dalam rumah ni sebab mangga tak lock dan ada kasut lelaki dan perempuan kat luar rumah... aku kureng sikit rumah 2 bilik ni.. tapi sewa boleh dapat between RM400-450...

Perut pun dah lapar, asben aku kata pergi makan dulu di section 2. Just makan nasi goreng dan anak2 tak nak makan, nak minum aje. Lepas makan asben aku cakap dia letih, suruh aku drive pulak.. ke survey yang terakhir iaitu Pangsapuri Penara Bandar Sri Permaisuri..

Masa nak naik lift ada seorang lelaki tua tanya lift ni pergi tingkat 6 ke ? asben aku pun tak tahu , dengan selambanya dia jawab sampai tingkat 7, turum tangga ke tingkat 6. Bila sampai tingkat 7, aku biar dulu pakcik tu turun tangga, pada firasat aku rasanya pakcik tu pun nak survey rumah lelong tu jugak.. Aku turun ke tingkat 6, pass tu aku perhatikan ada orang dalam rumah tu. oklah malas nak ketuk pintu tanya. Masalah nak cari penyewa tak de masalah sebab ni ialah hot area. Segala-galanya mudah.. Rental RM500-600 boleh dapat..

Aku discussed dengan asben unit mana nak bid.. so kitaorang berpendapat ;

unit di seri proton, RP ialah RM33K dan MV paling lowest ialah RM55K.. penyewa susah nak dapat, rental rasanya paling highest RM350... beli dan jual balik susah nak cari buyer ... lagipun kawasan ni agak kampung sedikit dan banyak perumahan baru di wujudkan... kalau aku beli nak duduk .... rasanya bolehh di pertimbangkan.. kalau segi investment susah sikitlah ....

unit 3 bilik di section 24, RP ialah RM54 dan MV paling lowest ialah RM65K.. cost repair dalam 3K dah cun rasanya.. rumah ni SO SO juga tapi penyewa senang dapat dan tak susah nak dapat balik investment... beli dan jual rasanya agak susah sikit sebab unit ni dah berumur 14 tahun ... boleh jual balik bila MBSA repaint the whole flat tu .. dalam pertimbangan kena ambil kira pasal outstanding charges, sebab kalau tak dapat kawtim dalam 4 bulan aku kena tanggung all the outstanding.... nielah perkara yg aku kena berhati2 .. sbb bank2 ni semuanya cerdik2 .... dia punya POS yg 100%menguntungkan dia .. so we as a buyer must me carefull ok...

unit 2 bilik section, aku malas nak ulas sbb kureng minat lagi pun ada orang masih tinggal dalam rumah. susah nak deal ... cancel


unit di penara, aku memang nak bid... RP40K dan MV paling lowest RM70K. Chances nak menang mmg susah dan gerentinya banyak bidders... aku paling tinggi nak bid pun RM60K ajer .. budjet sket ajer... dia punya POS banyak pusing2lah ..kena pikir jugak dia punya adds-on cost ... + nak deal orang di tinggal dalam rumah tu. Buatnya owner rumah tu tak nak berganjak, tak bayar bank loan tapi masih kata this is my house, i ve a right. cost buat lawyer notis, cost saguhati ker ... macam-macam cost .. due to that reasonlah aku punya budget ciput ajer ...

So pada aku, rumah lelong memang murah, tapi mesti ingat additional hidden cost ...jangan main taram ajer ... pandainya aku .. hehehe ....

so aku akan pergi bidding lagi .. yg paling sedihnya kedua2 hari tu hari bekerja .. nampaknya aku kena pakai agent lah ...

Thursday, December 3, 2009

Developer dan Kisah Grill

Follow up dengan EON Bank tanya status loan my asben. Kata loan officer bos dia belum sign lagi. Aku tanya ada masalah tak dengan application tersebut, dia kata no problem. Esok aku akan follow up lagi dengan dia. kalau tak follow up diorang ambil their own sweet time lah..

on the way pergi KLCC, asben aku call kata developer tak kasi kontraktor pasang grill rumah falt di Section 16. Aku pun call developer kata grill di pasang untuk protection rumah tu, apa tidaknya rumah tu semua barang yg boleh di jual habis di curi. Developer kata owner lama belum ambil kunci lagi, aku cakap rumah ni bank dah lelong dan aku pembeli baru. Developer kata nanti dia check kan dengan management dia nanti dia call aku balik. Lepas 20 minit, maintenance opis yang selenggara rumah tu call kata tak leh masuk. Aku cakap pada dia rumah tu semua barang dah kena curi. Dia kata kalau aku pasang grill nanti diorang tak nak gantikan benda yang hilang. Aku cakaplah inilah 1st time aku dengar developer nak tanggung kerosakkan. No problem aku tak akan claim daripada diorang. Macamlah aku bodoh sangat rumah lelong mana ada orang nak tanggung kerosakkan lebih2 lagi developer ..

Aku pun terus ke Shah Alam dengan anak2 aku. Bila sampai rumah tersebut, aku tengok kontraktor dah nak siap pasang grill dengan awning. Charge diorang okaylah , grill pintu depan yang ada sliding, grill untuk tiga tingkap, grill untuk toilet, dan grill emapt segi para kat dapur dan juga dua awning di bilik dan dapur, semuanya RM1450. Aku rasanya boleh di katakan murah jugak. Aku bayarlah balance pada kontraktor dan RM50 duit ambil letrik dari jiran sebelah dan minum2 pada kontraktor.

Biasalah rumah lelongkan nak dapat rumah below market price banyaklah dugaannya. Apa pun ini aku jadikan pengalaman di masa hadapan. Yealah nak beli rumah sub sale area shah alam ni mahal2 belaka kalau dapat sewa pun tak de positive cash flow .. Harap2 lawyer aku pantas berkerja menyelesaikan kes rumah ini.

Wednesday, December 2, 2009

Selesaikan Apa Yg Patut

2nd December 2009

This week aku cuti seminggu bersempena dengan cuti sekolah, nak luangkan masa dengan anak2 dan menyelesaikan hal-hal urusan jual beli rumah..

semalam, 1st Dec, pergi AMBANK buat full settlement loan kereta, pergi citibank cancelkan credit card, pergi CIMB buat housing loan reduction on behalf my sister. my sister ni tak de di malaysia dia dah migrated ke australia dapat PR sana. Jumpa Lawyer - Siti Aminah ambil R&R owner lama masa asben aku beli rumah. Rumah tu dah di jual tapi RHB tak nak release loan sebab takde owner lama R&R. Purchaser punya lawyer goyang kaki tak nak buat kerja jadi aku lah terpaksa settlekan. Al maklumlah duit aku bank masih tak releasekan lagi .. hmm harapkan purchaser punya lawyer .. sampai bila pun aku tak dapat duit.. ..

balik dari lawyer opis aku pergi ampang survey2 kat sana, jalan pun dah banyak berubah. Pusing2 jumpa lah flat sri nilam yang agak hot jugak lah walaupun low cost tapi di punya market value between 65K - 70K. Lokasinya very strategiklah , no wonderlah very high demand.

Pusing2 kat ampang aku lalu dekat ampang campuran terus ke pandan mewah. Wow dah banyak berubah memang very impress betul. last time kawan aku ada tinggal di pandan mewah blok 12 betul2 mengadap hospital ampang. pada masa tu hospital ampang baru tengah pilling. sekarang ni dia dah pindah ke nilai sebab asben dia kerja di klia. pandan mewah ni dulu rumah tak banyak orang duduk sebab takde bas lalu. kawan aku sewa dulu baru ajer rm350 murah giler, sekarang ni sewanya dah meningkat ke RM600-700. Fuyooh sapa yg beli rumah ni dulu mesti dapat return yang bagus. last time rumah ni di jual in between 45K - 55K,murah giler...

Hari ini, 2nd Dec, aku pergi pejabat pos buat pos laju hantar R&R dokumen ke lawyer purchaser rumah cheras bt 9 aku .. eloknya aku charge balik kat dia .. apa tidaknya R&R aku punya dia charge RM765. senang2 ajer dia dapat duit kan ..

lepas tu aku pergi TTDI bayar booking rumah section 16 shah alam. asben aku kata potential bagus . harap2 begitu lah yea. sain apa yg patur bayar RM500 dan terus isi borang apply loan alliance bank la ni interest dia -1.8% oklah current BLR 5.5 - 1.8 = 3.7% . Semua dokumen aku bagi pada sales person. rasanya takde masalah sebab aku dah buat calculation... rumah ni siap sebelum raya cina tahun depan, paling lewat bulan Feb dapat lah kunci.. lepas tu boleh sewa .. kalau boleh untung jual pun boleh ajer dapat RM10k jadi ler .. aku bukan nak untung banyak sangat .. at least boleh rolling2 sikit jadilah ..

lepas urusan booking selesai aku jalan2 kat situ terjumpalah kedai perabot terpakai .. tapi owner tu sombong semacam al maklumlah TTDI kan tempat orang kayo2 .. aku pulak biasalah dengan style sempoi aku .. aku tanya safe ni berapa dia cakap RM380 aku tanya boleh kurang ker ... dia buat dunno ajer pass tu buat call .. aku taulah safe tu hanya utk orang kayo2 .. aku punya kayo jugak kayo dengan hutang2 ... hehehe

dalam perjalanan balik aku pergi ke seri permaisuri, survey2 kat penara, pernah masuk kat sini dulu tapi dah lama dah. lokasi penara ni bagus dekat dengan segalanya-galanya. actually ader rumah penara untuk di lelong pada RP 40K entahlah apa condition rumah ni tak taulah kan. Market Value penara adalah between 65K to 75K..mahal lagi pun ada .. tak yah tamak2 .. mahal saper yang nak belikan .. investment2 jugak kalau beli over value .. bila nak dapat return balik ..

balik rumah sampai dalam pukul 3pm, rehat2 kejap, aku call JTR untuk dapatkan POS penara, lepas 10 minit diorang emailkan pada aku... go t, thru POS, mak ooi dia punya POS berbelit-belit dan berpusing2.. ala2 perangkap gitu. aku forward kan pada lawyer siti suruh dia go thru dulu .. biarlah the expert yag buatkan ..

keluarkan machine aku dari almari cuba connect dari tinkat atas rumah aku .. takde ringging tone .. hmmm geram betul.. aku pun bawa turun fax machine tu bawah dan tukarkan cable dan syukur alhamdulillah baru ader tone.. fax kan rhb credit card termination letter dan surat outstanding ke legal firm yang uruskan rumah lelong di shah alam. lepas 30 minint aku call RHB dan confirmed diorang dah terima aku pun call legal firm yang confirmed dia terima. aku tanya apakah progress terkini dia kata lawyer bank pelelong belum bagi dokumen2 yang dia mintak. tak pe esok aku akan follow up kan dengan lawyer bank pelelong.. masa berjalan kalau tak settle dalam 120 hari yg kena bayar penalty aku bukan diorang.

aku dapat sms dari agent kaman kata ada rumah nak jual di cheras jaya. mahal tu 115K, dia kata dah extend, ada mozek. lepas ambil anak aku di nursery aku pun pergi lah survey rumah tu ..hmm takde ler bagus sangat renovation dia .. ala2 ajer. rumah yang aku beli tu basic RM95K, kalau nak renovate dalam 15K dah cantik ...rumah ni masih lagi dalam proses baru sign S&P hari Khamis minggu lepas.. kilang stokin setuju dengan rental baru yg aku upkan sikit... takde untung pun .. tapi aku plan once columbia hospital , c&o dan shop lot sebelah jusco buka, market value akan naik 20%.. dan semestinya rental boleh up lagi

oklah esok aku plan nak pergi cimb terminate credit card ... lagipun aku bukanya pakai sangat pun.. pada memanjangkan aku punya ccris biarlah aku cancelkan ajer. lagipun next year government nak chargekan RM50 setiap credit card. tak berbaloi aku simpan ...